Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

''Fuelling Prosperity'', Menangi PETRONAS 'Gift Card' Bernilai RM8,888 Dengan Hanya Isi Minyak PETRONAS Primax RM38 Ke Atas

21 Feb 2018
No Comment

Sebut akan nama jenama PETRONAS kini, pasti akan ingat bermacam-macam hadiah mereka selalu berikan kepada pengguna setianya, terbaru sempena sambutan Tahun Baharu Cina ini, PETRONAS sekali lagi tampil untuk beri hadiah kepada penggunanya, kali ini mereka menawarkan pula lebih daripada 8,888 hadiah dalam bentuk PETRONAS Gift Card kepada penggunanya.

Dengan hanya mengisi minyak PETRONAS Primax iaitu RON95 atau RON97 minimum RM38, anda layak untuk memenangi hadiah ditawarkan ini di mana hadiah utamanya adalah satu Gift Card PETRONAS bernilai RM8,888, lapan kad hadiah PETRONAS bernilai RM888 setiap satu serta hadiah 8,800 mata Mesra untuk setiap 88 orang dan 800 mata Mesra untuk 8,888 pemenang.


Lumayan sangat-sangat hadiahnya, dengan harga minyak yang tidak menentu ini, pihak PETRONAS berbesar hati untuk hadiahkan mata ganjaran ini atau dengan istilah lain minyak percuma kerana mata ganjaran diberi itu boleh ditukarkan dengan isinya minyak PETRONAS Primax.

Peraduan ini tidak perlu anda mengisi borang yang leceh itu, syarat utamanya adalah ada merupakan ahli Kad Mesra PETRONAS, isi minyak dan leretkan Kad Mesra di kaunter atau pam sebelum mengisi anda terus berpeluang untuk memang hadiah-hadiah ditawarkan ini.


Fungsi PETRONAS Gift Card adalah pelanggan boleh terus membeli atau menebus barang-barang bahan api dan bukan bahan api dari Kedai Mesra tanpa perlu mengeluarkan wang, cukup menggunakan nilai yang ada dalam kad berkenaan.


Seperti ramai yang sudah tahu, Kad Mesra PETRONAS kini merupakan kad ganjaran yang paling berbaloi untuk di miliki, mana tidaknya mata ganjaran diberikan kini adalah 3 mata untuk satu liter minyak PETRONAS yang diisi, mata ganjarannya cukup besar berbanding stesen minyak yang lain. Mata yang terkumpul boleh digunakan untuk menebus bahan api dan barangan dari Kedai Mesra, yang memberikan penjimatan hebat kepada pelanggan untuk belanjakan.

BACA: Perbezaan Mata Ganjaran Stesen Minyak, PETRONAS Menawarkan Mata Ganjaran Paling Tinggi

Apa yang menarik lagi, ramai orang tidak tahu sebenarnya, kini ahli kad Mesra kini boleh menikmati faedah istimewa kerana inisiatif terkini yang diberikan dengan Kad Mesra adalah Insuran perlindungan atau Pelan Kemalangan Peribadi Mesra jika pemegang kad berbelanja sekurang-kurangnya RM100 sebulan di mana-mana stesen PETRONAS di seluruh negara. Perlindungan 24/7 di seluruh dunia menerusi program Axxess menyediakan ahli Hospital Kemalangan dan manfaat Kematian sehingga RM50,000.


Selain itu, sempena musim perayaan, ahli Kad Mesra yang mendaftar untuk Pelan Kemalangan Peribadi Mesra sebelum 28 Februari 2018 akan menerima faedah Mesra Mesra PA untuk bulan pertama.

Permohonan kad PETRONAS Mesra mudah dan percuma. Pelanggan boleh memohon kad di mana-mana 1,000 di stesen PETRONAS di seluruh negara atau melalui www.mymesra.com.my.



Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "