Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

"Haikal Nak Bagi Kereta Mama Cantik," Penulis Ini Tunjuk Cara Berkesan 'Hukum' Anak Bila Mereka Buat Salah

21 Feb 2018

21 Feb - Pernah tak anda alami situasi bila anak anda melakukan satu kesalahan? Apakah tindakan atau respon anda terhadap kesilapan yang anak anda telah lakukan? Tegur? Marah? Atau hukum?

Apa sahaja tindakan yang anda ambil, penulis yakin niat anda sebagai ibu bapa cuma ingin memberi sedikit pengajaran atas kesalahan yang telah mereka lakukan.

Tetapi, sebenarnya dari sudut psikologi banyak cara yang lebih efektif boleh dipraktikkan untuk anak-anak lebih faham dan lebih belajar dari kesilapan.

Malah, ada beberapa cara itu membuatkan anak itu sendiri yang minta maaf kepada anda sebelum anda menuruh mereka berbuat demikian.

Seperti apa yang dilakukan oleh seorang ibu yang juga seorang penulis terkanal, Adlil Rajah selepas anak lelakinya melukis gambar sebuah kereta di atas pintu kereta miliknya.

Adlil Rajah
Menurut Adlil, tidak perlu paksa anak untuk meminta maaf jika mereka lakukan kesalahan, sebab dia sendiri yang akan datang meminta maaf jika dia faham situasi dan kesalahan yang telah dia lakukan.

Jom ikuti perkongsian Adlil Rajah bagaimana beliau respon terhadap kesalahan anaknya yang melukis di atas keretanya tanpa perlu meninggikan suara dan tanpa perlu lakukan sentuhan fizikal.

Malah, anaknya sendiri yang mengaku kesilapannya dan meminta maaf. Semoga bermanfaat.

Haikal drew this on my car.
.
Me: Kenapa Haikal lukis kat kereta mama? Kan mama kata lukis kat kertas je.
.
Haikal: Haikal nak bagi kereta mama jadi cantik.
.
Mama: Haikal rasa cantik ke ni?
.
Haikal: Cantik!
.
Mama: Mama padam, boleh? Sebab ini dah langgar peraturan.


Haikal: Tapi Haikal lukis ni bukan sebab nak langgar peraturan. Haikal nak cantikkan kereta mama. Nak bagi mama happy.
.
Mama: Umm ok, good point there. Mama biarkan lukisan ni 2 hari. Sebagai tanda mama hargai lukisan Haikal. Tapi lepas 2 hari mama padam. Ok?
.
Haikal: Hmm ok.
.
Mama: Sebenarnya Haikal tak perlu langgar peraturan pun untuk buat mama happy. Lebih baik Haikal lukis atas kertas cantik2, supaya mama tak perlu padam, dan boleh tengok sampai bila-bila.
.
Haikal: Ok! Nanti Haikal lukis yang lain untuk mama kat kertas. Hmm sorry mama, sebab Haikal tak fikir dulu sebelum lukis kat kereta.
.
Mama: Takpe. Kali ni mama maafkan

My principle is simple. I believe--for me to gain respect from my child, i have to show my respect towards him first.
.
For my child to understand and tolerate with my needs and rules, i have to show toleration and understanding towards his needs/feelings first.
.
Tak perlu paksa anak minta maaf setiap kali dia melanggar peraturan, sebab dia sendiri yang akan minta maaf jika dia betul2 faham situasi dan kesalahannya.
So my job is to make him UNDERSTAND the situation, until he is able to think on his own whether or not to say sorry.


Peraturan wujud untuk mengawal keadaan, bukan untuk menyekat kebebasan berfikir dan kreativiti. Kan?
.
Kita selalu rasa anak kurang ajar, tak dengar cakap, tak bertolak-ansur, tak ikut peraturan, etc. Tapi cuba lihat semula tahap respect, toleration, dan understanding yang kita pamerkan kepada anak. Adakah mereka dah dapat yang selayaknya daripada kita, sepertimana yang kita harapkan daripada mereka?
.
As i always say, the best parenting is through akhlak. Be careful with what u think, say, feel and do. Because it doesn't only defines you but also your children, and THEIR FUTURE. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "