Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

"Saya Baca Kat 'FB' Dia Kata Makan Paracetamol Efek Hati Saya Pun Tak Bagilah", Bahana Percaya Fitnah Paracetamol Hampir Ragut Nyawa Anak - Dr. Zakimi

21 Feb 2018
Paracetamol digunakan untuk melegakan kesakitan penyakit ringan seperti sakit kepala, demam, sakit haid dan ia hanya bersifat dalam jangka masa yang pendek sahaja.  Selain membantu mengurangkan demam, paracetamol mengurangkan bahan kimia yang menyebabkan otak mentafsir keradangan.  Rasa sakit diubat melalui tindakan pada reseptor prostaglandin di bahagian otak dan menyebabkan kita kurang peka terhadap kesakitan yang ditanggung.

Pengambilan dos yang berlebihan kerana terlalu ketagih boleh mengakibatkan kegagalan hati namun ianya hanya akan berlaku jika dos yang diambil tidak seperti yang disarankan.  Oleh kerana itulah, perkongsian daripada Dr. Ahmad Zakimi Abdullah ini wajib untuk dibaca kerana kurangnya ilmu pengetahuan ibu bapa, nyawa kanak-kanak ini hampir diragut.

Baca cerita penuh dibawah, semoga dapat dijadikan iktibar dan jangan terlalu mudah mendengar khabar angin atau mitos yang tidak memberi kebaikan malah membahayakan nyawa.



Bahana Percaya Fitnah Terhadap Paracetamol di Facebook

"Doktor! Tolong anak saya kena sawan." Jeritan seorang ayah yang sedang mengendung anak lelaki berusia 4 tahun melulu masuk ke zon merah. Si ayah kelihatan kelam kabut dan panik.

Budak lelaki tersebut tak kekejangan kedua dua kaki dan tangan, mata terbeliak ke atas, mulut berbuih, kancing gigi dan pastinya tak sedarkan diri. Aku cepat-cepat datang dan memberi rawatan cemas sawan.

Aku cepat-cepat posisikan badan budak tadi mengiring ke kiri. "Cepat bagi high flow mask. Sediakan supp valium 5mg segera. Dapatkan line terus, ye." Aku mengarahkan MA yang bertugas. "Baik bos!" Balas MA.

Pantas kami menguruskan adik yang kena sawan. Segala 'vital sign' diambil. Tekanan darah stable tetapi kadar nadi agak laju, 140 denyutan dalam seminit. Didapati pesakit ini demam dengan suhu adalah 39.8 celcius.

Suppositories paracetamol 250mg dimasukan ke dubur pesakit.

"Misi, nanti tepid sponging (mandi berjelum) patient ni. Suhu panas 39.8"

"Baik bos"

Setelah 20 minit kemudian, sawan dah pun berhenti. Keadaan sudah reda. Adik ni mengalami 'complex febrile seizures' (sawan demam). Sawan berlaku akibat dari demam terlalu panas.



"Dah demam dua hari ni, encik ada bagi anak paracetamol tak?" Aku bertanya kepada ayah pesakit. "Tak, doktor. Tapi semalam dah jumpa doktor kat klinik. Dia dah bagi ubat paracetamol. Saya tak bagi."

"Kenapa encik tak bagi?" Aku panjangkan perbualan sambil menyelak-nyelak kes note.

"Saya ada baca kat facebook kata paracetamol bahaya kalu bagi. Boleh efek dan toksik pada hati. Jadi saya tak bagi lah. Kan bahaya." Ujar si Ayah sambil menunjukan satu artikel sampah dari facebook yang di 'printscreen'.

Aku agak terkejut dan kecewa dengan apa yang berlaku.

Paracetamol/acetaminophen atau biasanya kita panggil panadol (salah satu brand) diambil mengikut dos yang disarankan oleh doktor atau pengeluar adalah selamat. Maksima adalah 4 gram sehari (satu tablet 500 miligram sebanyak 8 tablet = 4 gram) seperti disarankan. Jumlah dos ini TAK menyebabkan toksik dan TAK merosakkan hati.

Drug Administration (FDA) pun sarankan 4 gram paracetamol setiap 24 jam adalah selamat. Semuanya telah dikaji dengan teliti dan terbukti.

Dose yang disarankan adalah seperti berikut:
1. Tab paracetamol 1g bersamaan dengan 2 biji (500mg satu biji) setiap 6-8 jam sekali (maksima 4g sehari) untuk orang dewasa.

2. Untuk kanak-kanak sirap paracetamol adalah 15mg per kg dalam 6-8 jam (3-4 kali) sehari.

3. Suppositories paracetamol yang dikenali ubat peluru (masuk rektum) 30mg per kg setiap 6 jam sekali (maksimum 5g sehari).

4. Paracetamol juga ada dalam bentuk intravenous (IV Perfalgan) diberikan 1g secara infusi dalam masa 15 minit (minimum tidak kurang dari 4 jam sekali: maksimum 4g sehari)



Paracetamol digunakan sebagai ubat demam (antipyretic) dan ubat tahan sakit (painkiller) yg paling selamat dan sesuai digunakan oleh kanak-kanak, ibu-ibu mengandung dan tengah menyusu dan juga warga emas.

Dose toksik panadol (overdose) pada hati sebenarnya adalah >10g (20 biji) atau 200mg/kg. Yang ni memang sekali nyawa kita jalan kerana kerosakan hati. Namun jika ada kes pengambilan secara sengaja atau tidak, N-acetylcysteine (NAC) akan diberikan sebagai rawatan.

Ada kajian mengatakan, daripada 275 pesakit yang mengalami kegagalan hati akut akibat overdose paracetamol yang tidak disengajakan menyumbang 48% kes, percubaan bunuh diri sebanyak 44% dan 8% adalah niat yang tidak diketahui. Penyiasat ini melaporkan bahawa 178 orang (65%) terselamat, 74 (27 %) meninggal tanpa pemindahan hati, dan 23 (8%) mempunyai pemindahan. (Janice Tanne, 2006)

Hanya beberapa perkara perlu berhati-hati jika anda adalah G6PD deficiency (possible risk of hemolysis), pesakit buah pinggang dan hati, dan alahan pada paracetamol. Jika ada perkara-perkara diatas perlu nasihat dari doktor terlebih dahulu.

Aku hanya ingin berkongsi kisah ini bertujuan untuk memberi kesedaran. Jangan sebarkan fakta-fakta yang kurang tepat dan mengelirukan tentang paracetamol di media sosial. Ia akan membuatkan masyarakat jadi panik dan tidak mahu makan ubat. Datang sakit demam jadi susah kami para doktor nak merawat. Aku ni hari-hari hadap pesakit di hospital tau.

Takde laa kita nak telan paracetamol macam makan nasi tiap-tiap hari kan. Ambil tu jika perlu dan bersebab. Aku tau apa niat penyebar dakyah ini. Macam nak jual sesuatu je?

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "