Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Ubat Kurus Jenama Terkenal Kena Didenda RM25 Ribu Kerana Tidak Berdaftar Dengan KKM

8 Feb 2018

Lambakan produk kesihatan atau supplemen yang dijual sama ada secara online atau di kedai-kedai jamu tidak diketahui selamat digunakan atau tidak. Paling penting, sebagai pengguna kita perlu memastikan produk tersebut berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Produk yang tidak berdaftar ini dikhuatiri dikilangkan di tempat tidak mengikut standard yang membawa kepada risiko pencemaran dan lain-lain lagi.

Dalam kes yang berlaku ini, penjual pula terkena tempias akibat menjual produk kurus yang tidak berdaftar dengan KKM. Pihak pengeluar produk juga tidak memainkan peranan sewajarnya memastikan seller, agent atau stokis di bawahnya menghentikan jualan mereka, bukan hanya memikirkan keuntungan semata-mata.

Perkongsian daripada Khairul Yoi melalui laman facebook ini mungkin boleh dijadikan pengajaran dan ikhtibar buat penjual di luar sana. Didenda RM25 ribu akibat menjual produk kurus yang tidak berdaftar, menyesal pun dah tak guna. Bukan sedikit jul

Jom kita baca perkongsian beliau seperti di bawah.

Ini kisah seller produk #*m#&x yang malang. Aku dh kaborrr pasal produk nie dulu, tak nak dengar. Degil. Haaa kan dah kena.

Disebabkan pihak #*m#&x tak buat press conference atau buat public statement menyatakan produk diorang spatutnya tak boleh dijual skarang sebab TAK BERDAFTAR, maka seller, agent, stokist yang mana terlibat dalam urusan jual beli #*m#&x terkena tempias.



Denda 25k bukan sikit woi. Boleh kawen, pegi hanimun kat korea, make love kat paris, branak kat london, dan membesar kat Malaysia Darul Kilo.

Cuba kau mintak 25k kat founder untuk bayar denda aku nak tgok dia bagi ke tak.

Memana seller atau agent atau stokist yang masih jual leonex sila berhati2 sebelum korang pulak kena warning dengan KKM. Kang ckp "Khairul Yoi kaki fitnah, pelingkup bisnes melayu" pulak. Nah la aku payung surat warning.

I've done my part, the choice is yours.

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 1 ulasan )
  1. AJOQQ menyediakan permainan poker,domino, bandarq, bandarpoker, aduq, sakong dan capsa :)
    ayo segera bergabung bersama kami dan menangkan uang setiap harinya :)
    AJOQQ juga menyediakan bonus rollingan sebanyak 0.3% dan bonus referal sebanyak 20% :)

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "