27 Feb - Selepas jurulatih pasukan Johor Darul Takzim (JDT), Ulises Morais meletakkan jawatan atas sebab masalah kesihatan keluarga, satu lagi kontroversi melanda kelab dari selatan tanah air itu apabila penyerang sensasi mereka, Jorge Pereyra Diaz juga turut dikatakan meninggalkan kelab itu semalam.
Perkara ini disahkan sendiri oleh Pengarah Teknikal Kelab JDT, Alistair Edwards menerusi laman rasmi Facebook kelab tersebut, Johor Southern Tigers beberapa jam yang lalu.
Menurut Alistair, Diaz dikatakan meninggalakan hotel penginapan pasukan pada jam 12 tengah malam kelmarin di Singapura sebelum pasukan berlepas ke Vietnam untuk perlawanan AFC.
"Ejen beliau telah menghubungi kami dan memberitahu tentang niat pemain tersebut yang ingin meninggalkan kelab," katanya dalam kenyataan itu.
Tambah Alistair lagi, kelab menghormati keputusan pemain Argentina tersebut dan membiarkan beliau pergi. JDT akan mencari pemain import baru untuk ditandatangani apaila jendela perpindahan dibuka Jun nanti.
berikut adalah kenyataan penuh dari Alistair Edward mengenani pemain Jorge Pereyra Diaz yang meninggalkan kelab secara mengejut.
Ejen beliau telah menghubungi kami dan memberitahu tentang niat pemain tersebut yang ingin meninggalkan kelab. Kelab telah membuat keputusan untuk menghormati keputusan tersebut dan membiarkan beliau pergi.
Kami akan mencari pengganti pemain luar negara yang baharu untuk ditandatangani apabila jendela perpindahan dibuka bulan Jun nanti.
Alistair Edwards, Pengarah Teknikal Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim - Siakapkeli.my
agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
BalasPadamayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
pin bbm :2B389877