Terkejut Ketika Tidur, Lelaki Campak Bayinya Kedinding Kerana Sangka Anaknya Itu Adalah Labah-Labah Yang Sedang Merangkak Kearahnya
Runtun hati seorang ibu apabila sekembalinya dia daripada membeli-belah disebuah pasaraya, lantas mendapati anaknya sudah mati.
Michelle Dearing telah meninggalkan bayinya Chase, bersama teman lelaki barunya, Dwayne Lindsey pada Jun 2016. Dalam pendakwaan itu, Lindsey menafikan dakwaan tersebut dan menyatakan bahawa dia tidak berniat langsung untuk membunuh bayi tersebut.
Mahkamah memberitahu ketika perbicaraaan bahawa bayi yang baru berusia enam bulan itu mengalami kecederaan otak, saraf tunjang, lebam dan lecet pada pangkal paha serta pendarahan retina yang teruk.
Nicholas Papas sebagai pendakwa berkata, "ketika kejadian dia sedang tidur sambil meletakkan bayi tersebut diatas dadanya, kemudian dia bangun dengan mengejut dan melompat kerana merasakan seperti labah-labah merangkak kearahnya."
Ibu kepada bayi tersebut, Michelle memberitahu mahkamah bahawa dia dan Lindsey telah merancang untuk berkahwin. Namun segalanya musnah selepas tragedi ini berlaku.
Pada jam 8.21 pagi, Michelle telah menerima panggilan daripada Lindsey yang memberitahunya bahawa ada sesuatu yang tidak kena kepada Chase.
"Chase tidak bernafas."
Namun pun begitu, bayi tersebut sudah tidak dapat diselamatkan kerana didakwa telah dihentak kepalanya didinding dengan kuat dan mengalami konflikasi dalaman teruk yang menyebabkannya tidak dapat bertahan lagi.
Siakapkeli.my
Sumber: Daily Mail
agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
BalasPadamayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
pin bbm :2B389877