Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Terkenal Sebagai Selusuh Ibu Bersalin, Ramai Yang Tidak Tahu Kegunaan Lain Pokok Sanggul Fatimah Ini

9 Feb 2018
2 ulasan

Pokok sanggul Fatimah atau nama lainnya iaitu pokok genggam, rumput Fatimah atau Selaginella Iepidophylla merupakan tumbuhan yang digunakan untuk kesihatan wanita terutamanya untuk ibu yang akan bersalin.

Bagaimanapun, selain daripada dibuat air selusuh untuk ibu mengandung, tanaman ini juga mempunyai pelbagai khasiat lain yang tidak diketahui ramai.

Oleh itu, seorang pengguna yang dikenali sebagai Abi Chai berkongsi tentang kebaikan sanggul Fatimah ini di laman facebooknya.

Mari kita ikuti perkongsian bermanfaat ini.


Pokok genggam atau Sanggul fatimah (orang arab panggil kaf maryam)

Khasiatnya:

- Untuk membuka pintu rahim
- Untuk memudahkan proses dan melancarkan bersalin (dengan izin Allah)

Cara Guna:

Rendam semalaman atau 1-3 hari di dalam bekas berisi air biasa.
Air rendaman tu dijadikan air selusuh.
Sanggul Fatimah ini akan mengembang..
Air rendaman tu biar berlebihan tak apa, untuk diminum jangka masa yang panjang.

JANGAN RENDAM DENGAN AIR PANAS ATAU DIREBUS...
Dipercayai akan mengecutkan rahim dan menutup pintu laluan.
INI AKAN MENYUKARKAN PROSES BERSALIN ITU NANTI..


Ketika kandungan berusia 38 minggu, minum segelas sehari dimulakan dengan bacaan Bismillah, doa makan dan selawat 3x.

Ketika kandungan berusia 39 minggu ( 9 bulan ) minum 2x sehari. Dimulakan dengan bacaan Bismillah, doa makan dan selawat 3x.

Ketika dah keluar tanda, mandi dengan membasahkan kepala. Dan Jiruskan air rendaman ni di kepala, hisaplah air yang mengalir itu sambil berdoa :
" Ya Allah, permudahkan dan licinkanlah kelahiran aku ini seperti mana lancarnya air ini mengalir ke atas rambutku ini.. Amin.. "

Semasa menunggu construction atau sudah di dalam labour room, minumlah sekerap yang mungkin.

Kaedah Penjagaan pokok ini?

Akar / Bunga / Sanggul ni jemur kering selepas digunakan kemudian disimpan ditempat yang teduh atau di dalam bekas berpenutup yang bersih.


Jangka Hayat?

Boleh tahan bertahun-tahun dan boleh digunakan berulang-ulang kali.

Ada cara lain nak guna, selain diminum?
- Boleh disapu ke perut atau dibuat mandi

Dalam perubatan tradisional arab mau pun melayu, sanggul Fatimah digunakan bagi menambah tenaga...

Kegunaan lain:

-Keputihan
-Sengugut
-Mengimbang Perjalanan Haid
-Mengembalikan Kekuatan Tenaga
-Mengecutkan Rahim selepas Bersalin
-Menyembuhkan Sakit Pinggang
-Melawas Pembuangan Air Besar dan Kecil
-Memberi Ketahanan Badan dan Kulit
-darah tinggi
-kencing manis
-menurunkan kadar kolesterol dalam darah
-menyembuhkan sakit sendi
-pelawas ( duretik )
-merawat kebas-kebas kaki dan jari
-membuang angin dalam badan
-menurunkan paras asid urik dalam badan ( mengawal penyakit gout )


-1 pokok dibasuh bersih

-Direbus dengan air anggaran 1.5 liter sehingga mendidih

-Minum 1 cawan 2 kali sehari

-Ulang rebusan sehingga hilang warna

-Gantung dan jemur semula selepas guna

Tumbuhan ini hanyalah ikhtiar tradisional. Yang menyembuhkan tetaplah Allah.

Sumber- Abi Chai
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 2 ulasan )
  1. F4ns Bett1ng
    B0l4, C4sin0, s4bun9 4yam, T0gel dll.. dp50 wd50

    BalasPadam
  2. agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
    ayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
    pin bbm :2B389877

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "