Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

"Kami Berdua Dah Bertahun Duduk Sini", Katanya Pengalaman Diganggu Wanita Berpakaian Zaman 90an Di Mid Valley

9 Feb 2018
2 ulasan
                                                           - Gambar Hiasan

Diganggu hantu atau makhluk halus merupakan perkara yang sangat menyeramkan bagi sesiapa yang pernah melaluinya.

Menurut pengalaman mereka yang pernah merasai detik menyeramkan ini, rasa seram sejuk yang teramat membuatkan bulu roma meremang sehingga mulut terkunci.

Seorang lelaki berkongsi kisah seram yang dilaluinya ketika pulang dari menonton wayang di Mid Valley. 

Mari ikut perkongsian pengalaman yang menyeramkan ini.

                                                                 - Gambar Hiasan

Kisah dan pengalaman saya ini berlaku pada tahun 2013 di pusat beli-belah, Mid Valley. Dalam jam dua pagi, saya baru saja selesai menonton filem The Conjuring, American supernatural horror film yang diarahkan oleh James Wan.

Orang lain semua sudah beredar mengikut arah North Wing. Hanya saya seorang diri saja yang gigih berjalan kaki menuruni eskalator yang telah berhenti berfungsi dan saya fikir nak keluar mengikut South Wing.

Apabila sudah sampai di Ground Floor, saya mendapati semua pintu telah dikunci dan keadaan pada waktu itu sangat sunyi sepi. Pengawal Keselamatan pun tidak kelihatan.

Kemudian saya ternampak ada dua orang awek India lepak di Kaunter Pertanyaan. Mujur ada orang, jadi bolehlah saya bertanya macam mana nak keluar dari situ sebab semua pintu sudah dikunci.

Baru saja mahu bertanya, mereka berdua gelak-gelak kambing pada saya. Saya pun malas nak fikir, lalu bertanya jalan keluar.

                                                                     - Gambar Hiasan

Tetapi mereka kata, mereka berdua sudah bertahun duduk di situ dan inilah pertama kali orang bertanyakan soalan seperti itu pada mereka.

Saya dah mula rasa cuak pada masa itu. Saya bertanya semula, apa yang mereka maksudkan 'sudah bertahun duduk di situ'?

Saya pun apa lagi, terus melarikan diri dengan segala kudrat yang ada. Tahu-tahu saya sudah berada di luar premis Starbuck.  Kemudian datang seorang pengawal keselamatan warga asing (Myanmar) bertanya kenapa saya berlari?

Saya pun jelaskan tentang dua orang wanita yang saya temui di Kaunter Pertanyaan itu. Mendengar penjelasan saya, pengawal keselamatan itu terkejut sebab sebelum ini katanya, ada orang lain yang juga pernah terserempak dengan dua wanita berkenaan. Tetapi dia dan rakan-rakan sekerjanya yang lain tidak pernah terserempak mahupun terjumpa dengan dua orang wanita itu.

Katanya lagi, mereka juga mendapat arahan dari pihak pengurusan Mid Valley untuk mencari dua wanita berkenaan. Tetapi semenjak dari itu, mereka tidak pernah terjumpa dua wanita terbabit.

Saya yakin, dua wanita yang saya jumpa itu bukan manusia. Saya sangat yakin. Ngeri siot!


Dua makhluk berkenaan tak adalah berpakaian sari ke apa. Baju zaman-zaman 90-an begitu. Seorang berbadan gemuk, dan seorang lagi saiz biasa. Mungkin yang jenis bunuh diri di kawasan itu agaknya. Wallahualam.

Sekarang tak tahulah sama ada dua makhluk itu masih ada di sana atau tidak. Kalau tanya pengawal keselamatan yang bekerja di pusat beli-belah itu, rasanya mereka tahu.

Mid Valley memang keras, spooky. Yang jenis tengok filem larut malam itu, janganlah pergi seorang diri. Kalau boleh, biarlah berteman. Kalau sesat, sekurang-kurangnya ada teman.

Yang kes saya, mujur Allah melindungi saya dan memang rezeki saya selamat pada masa itu. Kuasa Allah kuasa Maha Agung. Kalau Dia tak izin, maka takkan dapatnya celaka/bala ke atas makhluk Dia. Semuanya atas Kun Faya KunNya.

Sumber: فايز كارليتو روكر
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 2 ulasan )
  1. agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
    ayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
    pin bbm :2B389877

    BalasPadam
  2. Kecewa dengan agen game online yang lain?
    Daftar disini saja F4ns Bett1ng

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "