Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Tak Sangka Minum Barli Boleh Kuruskan Badan Dan Cantikkan Kulit, Gadis Ini Kongsi Resepi Air Barli Viral Yang Murah Dan Berkesan

1 Feb 2018

Adakah anda penggemar air barli? Seperti diketahui, bijirin barli merupakan sumber terbaik serat pemakanan, protein dan karbohidrat kompleks serta vitamin dan galian.

Terdapat dua jenis serat pemakanan iaitu mudah dilarutkan dan tidak mudah dilarutkan. Barli yang mempunyai kedua-dua jenis serat ini merupakan sumber terbaik serat yang mudah dilarut. Serat yang tidak mudah larut dalam barli adalah penting bagi memastikan usus dapat berfungsi dengan sihat.

Mengamalkan minum barli secara berkala boleh membantu menyihatkan tubuh anda dan boleh menjauhi pelbagai jenis penyakit. Namun, tahukah anda dengan meminum barli juga anda boleh mendapatkan kulit yang cantik, pakej dengan tubuh yang langsing sekiranya diamalkan secara konsisten.

Perkongsian daripada Aisyah Badar Bajrai seperti di bawah ini boleh dijadikan panduan untuk anda. Resipi barli yang mudah untuk disediakan dan murah pula bahan-bahannya. Semoga bermanfaat dan selamat mencuba !

Masa memula jumpa resepi ni Aisyah excited sangat. Sebab selama ni tak tau pun barli ni boleh cantikkan kulit kita plus kuruskan badan. Ya Allah, murah kot modal beli barli. Nak minum hari hari pun boleh.

Air barli ni walaupun nampak biasa biasa jek tapi kalau kita konsisten minum, badan kita boleh KURUS tau. Pastu kulit yang KUSAM pun boleh BERSERI SERI balik plus boleh ANJALKAN KULIT. Tak yah sesusah nak cucuk botox. Minum jek air barli. Jimatt.

Ok jom tengok cara buat air barli, ( boleh guna sukatan sendiri)

AIR BARLI ( cantikkan kulit + kuruskan badan)

1/2 cawan barli
7 gelas air
1 batang kayu manis ceylon
Lemon
Madu ( kalau nak manis)

Rebus barli + kayu manis ceylon dengan air selama 30-45 minit, sampai barli kembang. Pastu dah boleh tutup api. Sebelum minum nanti perahkan lemon sikit dengan masukkan madu sikit.


Baki air barli boleh simpan dalam peti ais. Aisyah suka asingkan biji barli dengan air rebusan sebab tak nak barli tu kembang sangat. Jangan lupa panaskan sebelum minum.

Ni antara khasiat air barli :

Barli
- kurangkan morning sickness
- anjalkan kulit
- sejukkan badan
- banyakkan susu ibu
- rendahkan kolestrol
- melegakan sembelit
- kuruskan badan
- kencing manis
- mencegah sakit jantung
- arthritis
- menguatkan gigi
- kurangkan rambut gugur
- anemia
- batuk, sakit tekak, demam
- mencegah kanser
- mencegah batu karang
- mencegah osteoporosis
- masalah jerawat
- mencegah kencing kotor
- kencing kotor

Kayu manis ceylon
- boost metabolisme badan
- kurangkan kolestrol
- Kurangkan selera makan
- lambatkan proses masuk dalam perut, jadi tak de la cepat rasa lapar
- lancarkan period dan servis dalaman
- darah tinggi
- kencing manis
- sakit sendi

Lemon
- cuci kerak kerak lama dalam usus
- bakar lemak degil
- ada vit c, bagus untuk kulit
- anti kanser
- mengempiskan perut

Madu
- tambahkan tenaga
- antioxidant
- mencegah kanser
- pemanis semula jadi

Siapa cakap nak cantik dan kurus ni kena guna modal besar. Minum jek air barli hari hari, nanti glowing mowing plus anjal tau. Pastu lelemak pun segan nak duduk lelama dalam badan.

Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 4 ulasan )
  1. Upd4te Bett1ng agen jud1 b0la terpercaya di 1ndonesia
    buruan daftar..

    BalasPadam
  2. b0la, c4sin0, CMDbet, t4ngkas, s4bung 4yam, dll ada di F4ns Bett1ng, mari buruan daftar..

    BalasPadam
  3. agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
    ayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
    pin bbm :2B389877

    BalasPadam
  4. kalau tak letak kulit kayu manis boleh ke ?

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "