Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

''Tak Sampai Pun Seminit 'Excident', Geng Towing Dah Sampai'' Lelaki Dedah Taktik Kotor Segelintir Longkai Perdaya Mangsa

26 Feb 2018

Modus operandi menipu pengguna jalan raya dengan menyapu minyak di atas permukaan jalan bagi mengakibatkan kemalangan bukanlah perkara baru di Malaysia. Tektik keji ini dilakukan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab bagi mengaut keuntungan tanpa mengira nyawa orang lain.

Terbaru perkongsian oleh Khairul Kamarudin melalui laman facebook mendedahkan pengalaman beliau sendiri berhadapan dengan geng towing kereta yang didakwa cuba menipu dia dan dua rakan. Manakan tidak, kereta yang dinaiki mereka terbabas secara tiba-tiba dan tidak sampai tempoh seminit pun sudah ada kereta hilux putih yang berhenti seolah sudah sedia menunggu dari awal.

Tidak syak lagi apabila ditanya mereka adalah pekerja towing kereta. Lebih menjengkelkan, kumpulan terbabit berlagak samseng dengan menghalau dia dan rakan-rakan dari melihat apa yang mereka lakukan. Rupanya-rupanya mereka menanggalkan bumper belakang kereta supaya kereta kelihatan rosak teruk sedangkan kereta masih boleh berjalan dengan baik dan tidak memerlukan khidmat towing. Jahat dan tidak berperikemanusiaan.

Untuk perkongsian yang lebih jelas, jom kita ikuti pengalaman beliau seperti di bawah. Moga dapat dijadikan pengajaran kepada pengguna jalan raya lain.

ALHAMDULILLAH ALLAH PANJANGKAN LAGI NYAWA KAMI (LEBUHRAYA KARAK)

Tarikh: 24 February 2018
Waktu: 10pm
Tempat: Jalan Karak (bertentangan kilang Sawmill, selepas tol bentong)

Pada malam ini saya bersama dua orang lagi rakan terlibat dalam kemalangan, Kami baru sahaja pulang dari Kursus di KL.

Dalam perjalanan pulang hujan agak lebat dan tiba2 sahaja di selekoh jalan karak (betul2 bertentangan dengan kilang sawmill) kereta yang dinaiki kami berpusing 360 darjah sebanyak 3 kali dan tersasar ke tepi jalan.

Dalam fikiran waktu itu memikir teknikal kalau brek kereta waktu pusing ape jadi? Kalau xnak bagi tersasar ke jalan bertentangan ape yang perlu dibuat? Alhamdulillah Allah tolong bagi cara dari segi teknikal dan juga diberi lindungan dari-Nya.



Sejurus sahaja kereta berhenti, kami terus turun dan nampak asap keluar dari bonet, disangkakan akan berlaku letupan (banyak sngt tngk movie org puteh) tapi rupenye hanya gas aircod.

Kami cepat2 turun dan ambil barangan penting. Yang buat saya pelik ketika itu terus ada kereta hilux putih berhenti tak sampai seminit kami terbabas.

Mereka memaksa kami terus masuk ke dalam hilux mereka dengan cara mem”panik”kan lagi keadaan. Kami ingin ambil barangan berharga yg lain tapi dilarang tapi kami masih berkeras, jadi barangan berharga selamat. Dan kemudian terus mengunci kereta!

Semasa di dalam hilux saya terus menelefon famili (ayah) untuk dimaklumkan dan bertanya pendapat.

Kemudian berlakulah soal jawab antara saya dan pemandu hilux & rakannya. Yang membuatkan saya mushkil mcm mana mereka boleh sampai dalam masa seminit? Dan terus menyatakan mereka kerja towing kereta..

Saya terus menyoal mereka, tanya lokasi, tujuan mereka, dari mana nak ke mana, bertanya kilang apa berhampiran bertentangan lokasi kemalangan kami, macam mana Mereka boleh sampai dalam masa seminit.. dan banyak lagi.


Teringat saya post di FB mengenai kes minyak dituang ke atas jalan raya bertujuan untuk mengaut keuntungan bagi kerja2 towing kereta.

Rupanya modus operandi begini mmg betul2 terjadi, tak kene tak mengapa, bila dah kene baru percaya..

Kemudian hati saya gelisah kerana mereka meminta kunci kereta.. Jadi saya turun tapi dihalau dengan keras sekali oleh mereka tapi saya tetap berdegil ingin tunggu dan lihat.

Rupa2nya kereta saya masih boleh berjalan dan tak perlu towing pon. Tapi mereka sempat menaggalkan bumper blkg dan mengemikkan sedikit bahagian hadapan untuk meyakinkan bahawa kereta kami rosak teruk. Terlalu Jahat!! Memang tak ada hati perut langsung!!

Tapi kerana kedegilan saya menunggu kerja2 mereka tak dapat berbuat lagi teruk. Walaupon kereta tak di towing, mereka meminta RM250. Minta pengurangan diberi RM200 dan semasa pembayaran saya buat2 tak ada duit dan tunjukkan duit RM1 sahaja. Jadi hanya perlu bayar RM180.

Yang paling saya mushkil, divider jalan tu remuk teruk tapi kereta saya hanya kemik sedikit sahaja.. Saya menyoal mereka, dan rupa2nya dah ade mangsa lain berbangsa cina berpusing terbabas di lokasi yg sama.. dan dengan selambanya mereka menjawab dengan bangganya “yang tadi kami dah towing ke workshop”.

Ketika saya berhenti di RnR untuk solat, saya perasan bahawa kaki saya berminyak.. memang sah mereka telah menuang minyak ke atas jalan di lokasi kami terbabas.. tak tahu nak describe orang sebegini sebagai manusia atau binatang.. hanya fikirkan duit sahaja! Bagaikan nyawa itu hanyalah suatu mainan mereka!


Kerja2 sebegini tak dapat perhatian dari pihak polis ke? Kes menuang minyak atas jalan mcm ni... membahayakan nyawa orang.. sangat bahaya! Mujur saya membawa nissan navara jadi pusingan beberapa kali yang berlaku... Jika kereta kecil, saya rasa akan terbalik beberapa kali dan kes kematian atau perkara lebih teruk mungkin berlaku.

Apa2 pun sangat berayukur kepada Allah kerana menyelamatkan kami semua dari musibah yang lebih teruk.

Ini adalah ujian dan peringatan dari Allah untuk kami dan harap dapat menjadi ikhtibar juga bagi org lain supaya tak terkena situasi sebegini selepas ini.

Apa yg anda perlu buat ketika berhadapan situasi sebegini?

1. Jangan panik! pastikan anda bertenang dan berfikir secara waras semasa menangani situasi.

2. Hubungi polis kemudian ahli keluarga yg tahu selok belok dalam hal2 sebegini. Confirm geng2 india yang buat kerja ni akan menciput lari bila call polis.

3. Jangan percaya bantuan dari org tak dikenali itu 100% bantuan ikhlas. Perlu ada rasa ragu2.

4. Sentiasa berwaspada, paatikan kereta dikunci, barangan brharga diambil (tetapi Jika berlaku kebakaran, tinggal semuanya)

5. Jangan terus brek mengejut! Kenalpasti situasi dan kemungkinannya dan perlu tahu bila masa untuk brek yang sebenar.

Pengajaran:

1. Allah boleh menarik nyawa kita bila-bila masa sahaja. Jangan ingt kita muda masa kita masih panjang, Ajal maut itu rahsia Allah tapi ianya pasti datang tanpa memilih peringkat umur.

2. Sentiasa berhati2 semasa memandu terutamanya semasa hujan lebat!

3. Sentiasa bersyukur dan ingt Doa ibu bapa kita senantiasa bersama kita. Yang mungkin menyelamatkan kita sbnrnya adalah doa dari ibu bapa kita.

Akhir sekali saya doakan perkara sebegini tak akan berlaku kepada anda, cukuplah saya sahaja yg mengalaminya. Moga anda selamat pergi dan balik ke destinasi yang dituju. Sentiasa berdoa dan harapkan perlindungan dari Allah.

Share post ini supaya rakan2 dan org yang kita sayang alert dengan situasi dan modus operandi sebegini!

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 1 ulasan )
  1. AJOQQ menyediakan permainan poker,domino, bandarq, bandarpoker, aduq, sakong dan capsa :)
    ayo segera bergabung bersama kami dan menangkan uang setiap harinya :)
    AJOQQ juga menyediakan bonus rollingan sebanyak 0.3% dan bonus referal sebanyak 20% :)

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "