Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Selepas 7 Hari Koma, Pelajar Dipercayai Cuba Gantung Diri Selepas Kecewa Dituduh Curi Telefon Gurunya Meninggal Dunia

1 Feb 2018

1 Feb - Pelajar yang dipercayai cuba membunuh diri selepas dia dituduh mencuri telefon bimbit gurunya baru-baru ini, telah menghembuskan nafasnya yang terakhir pada jam 3.30 pagi ini, lapor Malaysia Tamilar Kural

Setiausaha NGO Tamilar Kural Malaysia, Satees Muniandy, yang memaklumkan perkara tersebut kepada media, berkata anggota keluarganya berada di bilik mayat

Memetik laporan Malaysia Kini  pelajar yang berusia 13 tahun itu berada di dalam keadaan koma di Hospital Seberang Jaya sejak 24 Januari lalu selepas dia cuba menggantung dirinya dengan kain selendang.



Laporan polis telah dibuat oleh keluarga mendiang dan menggesa agar siasatan segera dijalankan serta guru berkenaan diambil tindakan.

Mendiang yang berasal dari Nibong Tebal itu telah menulis sepucuk surat sebelum dia cuba menggantung diri kerana dituduh mencuri telefon bimbit gurunya.

Pelajar tersebut menafikan tuduhan yang dikenakan terhadapnya dan telah bertindak cuba menggantung diri di dalam bilik di rumahnya.

Datuk P Kamalanathan berkata kementerian meneliti kes itu dan mendedahkan bahawa guru berkenaan telah dipindahkan ke pejabat pendidikan daerah.
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 3 ulasan )
  1. Upd4te Bett1ng agen jud1 b0la terpercaya di 1ndonesia
    buruan daftar..

    BalasPadam
  2. b0la, c4sin0, CMDbet, t4ngkas, s4bung 4yam, dll ada di F4ns Bett1ng, mari buruan daftar..

    BalasPadam
  3. agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
    ayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
    pin bbm :2B389877

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "