Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Sanggup Alas Guna Tangan Semata-mata Untuk Keselesaan Ibunya Berehat

8 Feb 2018
Ramai diantara kita berusaha untuk mendidik anak-anak supaya menjadi insan yang berguna serta dapat berbakti bukan sahaja kepada keluarga, bahkan masyarakat dan negara.

Pepatah ada mengatakan, 'ibu bapa cerminan anak-anak'.  Setiap perilaku dan sikap yang ditunjukkan ibu bapa kepada anak-anak pasti akan menjadi ikutan.  Jika bagus perbuatannya, baiklah tuntutan anaknya.

Walaupun masih kecil dan belum pernah merasakan kehidupan dunia keseluruhannya, anak-anak ini sebenarnya lebih bijak dan mulia daripada kita.  Mereka lebih sensitif terhadap apa yang berlaku disekelilingnya.

Contoh ini dapat dikaitkan daripada kisah seorang anak yang dilihat menggunakan lengannya sebagai alas tempat kepala ibunya bersandar.  Sayu hati melihat gambar yang diambil didalam sebuah keretapi bawah tanah di Chengdu ini.  Tersirat seribu makna.



Gambar tersebut telah viral dimedia sosial dengan pelbagai komen-komen positif yang ditujukan kepada budak lelaki itu.  Daripada pandangannya juga kelihatan penat dan mungkin juga dia memerlukan tempat duduk sebelah ibunya itu untuk berehat, tetapi dia lebih rela berdiri dan mengalas lengannya sebagai bantal asalkan ibunya dapat beristirehat dengan selesa.

Beberapa pengguna didalam ruangan komen mengatakan bahawa mereka juga pernah melihat budak lelaki itu memberikan tempat duduknya kepada seorang wanita yang sedang mendukung bayinya.  Tidak dinafikan lagi, anak ini menyedari betapa pentingnya berbuat baik terhadap orang lain.

Melihat tindakan murni kanak-kanak tersebut, terlalu banyak pengajaran yang dapat diambil walaupun melalui sekeping gambar.  Apa pula kebaikan yang telah kita buat hari ini?

Siakapkeli.my                                                                           

Sumber: Indian Express
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 1 ulasan )
  1. AJOQQ menyediakan permainan poker,domino, bandarq, bandarpoker, aduq, sakong dan capsa :)
    ayo segera bergabung bersama kami dan menangkan uang setiap harinya :)
    AJOQQ juga menyediakan bonus rollingan sebanyak 0.3% dan bonus referal sebanyak 20% :)

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "