Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Rusia Rancang Hantar Pelancong Ke Angkasa Lepas Dengan Bayaran RM388 Juta

8 Feb 2018
One Comment
                                                             - Gambar Hiasan

 Buat kali pertamanya negara Rusia memiliki rancangan untuk menghantar pelancong ke Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS).

Menurut Ketua Syarikat Angkasa Rusia (Energia), Vladimir Solntsev, pihaknya kini sedang berbincang untuk memberi peluang kepada pelancong yang ingin merasai pengalaman berjalan (spacewalk) di angkasa. 

“Penganalisis pasaran telah mengesahkan bahawa terdapat golongan berada dan kaya sedia membayar untuk pakej pelancongan ini,” ujar Vladimir.

Meskipun bayaran yang dikenakan kepada pelancong pertama akan dikurangkan, kos perjalanan yang dianggarkan mencecah AS$100 juta (RM388 juta) merupakan sebuah jumlah yang agak besar.

“Pelancong dapat berjalan di angkasa dan membuat filem mahupun klip video.

“Dalam setahun, hanya lima hingga enam penumpang boleh melawat ke angkasa lepas selama 10 hari,” jelas beliau.

Energia merupakan syarikat angkasa yang turut terlibat dalam pasukan pelancaran manusia pertama di angkasa lepas iaitu Yuri Gagarin pada 1961.

Syarikat ini sedang membina modul baharu, NEM-2 yang bakal dilancarkan pada 2019 dimana mampu menampung hingga enam penumpang dalam satu masa serta dilengkapi kabin yang selesa, dua tandas dan akses internet. 

Sumber- Dailymail
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 1 ulasan )
  1. Daftar sekarang dan pasang jagoammu (F4ns Bett1ng)
    minimal depo/wd hanya 50rb

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "