Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Risau iPhone Anda 'Dicabul' Rakan-Rakan, 6 Cara Ini Memastikan Aplikasi Anda Dikunci Dengan Akses 'Touch ID Password'

6 Feb 2018
Adakah anda prihatin terhadap privasi beberapa applikasi pada peranti anda?  Jangan risau! Terdapat banyak cara untuk mengunci applikasi dan melindung privasi anda.  Anda boleh memuat naik beberapa applikasi yang ditawarkan di 'Appstore' untuk menyekat penggunaan aplikasi tertentu bagi anak-anak atau hanya menggunakan bantuan ciri kunci aplikasi melalui peranti khusus buat pengguna iPhone sendiri.

Dalam perkongsian kali ini, kami kongsikan teknik mengunci aplikasi khusus bagi pengguna IOS daripada Nur Sakeena Razif yang mengaktifkan akses ini untuk menyekat penggunaan Youtube daripada anaknya.  Mari ikuti langkah-langkah seperti dibawah untuk memastikan peranti anda tidak 'dicabuli' orang luar. 

Sebab ada yang suruh Keena share cara lock application (single app) untuk iPhone user.  So inilah dia:

Member yg konon pinjam fon nak tengok utube tapi suka pecah masuk gallery atau fb korang, boleh guna ni untuk membatalkan niat mereka.

Keena guna sebab anak. Bila dia layan baby shark, jari dia macam shark jugak. Tekan sana sini & exit application. Kalau dah berkali-kali, kita pun penat nak hadap.

Dah boleh lock application, senang kerja.
(semua apps boleh, bukan Youtube je.)

1. Pergi Setting - General


2. Klik bahagian Accessibility


3. Scroll kebawah sehingg jumpa Guided Access


4. Enable/On butang hijau untuk Guided Access dan Accessbility Shortcu

Nak aktif yang ni, sekali je. Tak perlu banyak kali. Bila dah enable guided access ni, korang boleh masuk mana-mana apps dengan hanya klik ‘home button’ 3x sahaja.


5. Set passcode

Kalau nak exit apps, dia suruh masukkan passcode. Nak exit, klik HOME BUTTON 3x dan masukkan PASSCODE.


6. Touch ID (Untuk iPhone 5s keatas)

Lepas tu, terus pergi ke application yang kawan/anak korang nak tengok, contoh utube. Lepas masuk app, tekan HOME BUTTON 3x. Nanti dia keluar ‘guide access started’. Lepas tu bagi la member/anak korang layan utube tanpa risau dorang boleh buat benda lain.

Nak clear tengok vid. Sebab bila on GUIDED ACCESS Keena tak boleh screenshot


Video Manual

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 1 ulasan )
  1. AJOQQ menyediakan permainan poker,domino, bandarq, bandarpoker, aduq, sakong dan capsa :)
    ayo segera bergabung bersama kami dan menangkan uang setiap harinya :)
    AJOQQ juga menyediakan bonus rollingan sebanyak 0.3% dan bonus referal sebanyak 20% :)

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "