Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Penamat Segala Kontroversi, Bapa Elfira Loy Sudah Pulangkan Cincin Tunang

19 Feb 2018

Selepas beberapa pergolakan khabar angin menceritakan kisah cinta antara Elfira Loy dan Sufian Suhaimi, akhirnya hari ini, bapa aktres tersebut telah mengesahkan bahawa beliau sudah memulangkan cincin mengikut adat dikediaman keluarga penyanyi itu di Muar, Johor, petang semalam sebagai penamat segala kontroversi putus tunang yang tercetus dimedia sosial beberapa hari lalu.

Bapa Elfira, Ahmad Sabri Ariffin memberitahu media, beliau telah ditemani lapan lagi ahli keluarga dan sanak saudaranya ketika bertempu bapa dan bapa saudara Sufian dirumah keluarga penyanyi tersebut kira-kira jam 5.30 petang.

"Kami sekeluarga sudah membuat keputusan memutuskan tali pertunangan antara Elfira dan Sufian.

"Kami anggap antara anak saya dan dia (Sufian) tiada jodoh. Apa juga alasan atau sebab musabab lain itu tak perlulah ditulis kerana ia akan menyakitkan hati dan menyinggung perasaan orang lain.

"Biarlah ia tersimpan erat dan hanya keluarga masing-masing saja tahu." - BH Online.

Menurut bapanya lagi, Sufian tidak berada dikediaman tersebut ketika majlis pertunangan cincin berlangsung.

Ahmad Sabri memberitahu bahawa majlis pemulangan cincin ini sepatutnya berlangsung lebih awal namun kekangan masa membataskan urusan itu.

"Saya pun sibuk dengan urusan kerja. Jika diikutkan, kita mahu serah cincin ini sebelum Elfira mengerjakan umrah pada awal bulan ini. Tapi ada saja halangan. Akhirnya, alhamdulillah segala urusan dipermudahkan semalam," katanya.

"Proses penyerahan cincin berlangsung dengan adat Melayu tanpa ada syarat tambahan seperti majlis tunang Oktober lalu.

"Baik keluarga saya dan keluarga Sufian menerima keputusan itu dengan terbuka. Kami masing-masing reda dengan apa yang sudah tertulis dan sepakat meneruskan hubungan baik tanpa perlu bermusuh," katanya.

"Saya tak anggap hanya satu keluarga saja yang menanggung malu dan sedih. Sebaliknya, kedua-dua keluarga.

"Sebagai orang Islam dan Melayu kita menerima ketentuan qada dan qadar ini... Kita merancang, Tuhan tentukan.

"Malah, lebih baik dan afdal selepas ini kita tutup saja hal ini tanpa perlu ada lagi kenyataan daripada pihak Elfira dan Sufian termasuk sidang media yang boleh menyinggung perasaan," katanya.

Tambah Ahmad Sabri, dia turut berkomunikasi dengan Elfira dan Sufian selepas apa terjadi.

"Saya ada menghantar mesej kepada Elfira sekembalinya dia dari New York, Amerika Syarikat (AS), malam tadi. Saya harap dia kuat dengan dugaan ini.

"Saya harus puji Sufian kerana mesej yang dihantarnya, semalam cukup bagus. Dia beritahu keluarganya sudah maklumkan hal penyerahan cincin. Dia juga minta maaf atas khilaf diri selain meminta halalkan makan dan minum," katanya.

Pasangan ini telah mengikat tali pertunangan pada 6 Oktober lalu dan sepatutnya disatukan pada awal bulan depan, namun kuasa jodoh ditangan Allah pasti ada yang terbaik buat mereka berdua.
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 4 ulasan )
  1. F4ns Bett1ng
    B0l4, C4sin0, s4bun9 4yam, T0gel dll.. dp50 wd50

    BalasPadam
  2. Kalah melulu main di agen lain?
    mari coba disini Upd4te Bett1ng (7ACD8560)

    BalasPadam
  3. agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
    ayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
    pin bbm :2B389877

    BalasPadam
  4. AJOQQ menyediakan permainan poker,domino, bandarq, bandarpoker, aduq, sakong dan capsa :)
    ayo segera bergabung bersama kami dan menangkan uang setiap harinya :)
    AJOQQ juga menyediakan bonus rollingan sebanyak 0.3% dan bonus referal sebanyak 20% :)

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "