Hanya Ada Satu Pilihan Selamatkan Untuk Nyawa Anak Saya, Saya Merayu, Tolonglah Anak Saya
"Hanya satu pilihan sahaja yang ada untuk selamatkan nyawa anak saya Siti Nur Aaira Ameera iaitu melalui pembedahan pemindahan hati yang perlu dijalankan disana(China)," luahan hati seorang ibu yang kini buntu memikirkan bagaimana cara mahu mengumpulkan wang untuk menyelamatkan nyawa anaknya.
Ibu berkenaan, Siti Zubaidah Abd Jalil melalui laman Facebook telah memuatnaik satu status merayu simpati orang ramai membantu mengumpul dana sebanyak RM250,000 untuk memastikan anaknya Siti Nur Aaira yang menghidap Billiary Attresia dapat dibawa ke China untuk pembedahan hati segera.
"Saya Siti Zubaidan binti Abdul Jalil, dengan rasa kecil dan rendah diri, merayu simpati dan belas ehsan tuan/puan yang budiman untuk menyumbang kos menampung pembedahan anak saya di China," tulisnya dengan menyertakan laporan perubatan anaknya itu untuk rujukan orang ramai.
Terdapat 3 buah negara yang boleh membuat rawatan ini termasuk Singapura tetapi kos di negara China yang paling murah, jadi mereka memilih untuk mendapatkan rawatan di negara berkenaan.
Untuk orang ramai yang mahu membantu boleh salurkan bantuan ke wangan ke akaun CIMB Bank 7624054681 atas nama Siti Nur Aaira Ameera bt Mohd Mamdoh@Ridzuan atau menghubungi Siti Zubaidah sendiri di talian 019-9031093.
"Semoga Tuan dan Puan yang bermurah hanti dapat menyumbang seberapa yang termampu, setiap wang ringgit yang diinfaqkan tuan dan puan amat berharga bagi anak saya, hanya Allah sahaja yang maha melipat gandakan rezeki dan Maha membalas segala jasa dan kebaikan Tuan/Puan," tulisnya lagi.
Beliau turut menurunkan pesanan meminta netizen untuk berkongsikan mesej yang ditulisnya ini supaya anaknya dapat mengjalani kehidupan seperti anak-anak sihat yang lain. - Siakapkeli.my
F4ns Bett1ng
BalasPadamB0l4, C4sin0, s4bun9 4yam, T0gel dll.. dp50 wd50
Kalah melulu main di agen lain?
BalasPadammari coba disini Upd4te Bett1ng (7ACD8560)