Orang Utan Mati Ditembak 17 Kali Sebelum Dipenggal Dan Dicampak Ke Sungai
Dua orang lelaki warga Indonesia ditahan selepas dipercayai melakukan pembunuhan kejam terhadap seekor orang utan di Kalimantan Tengah.
Mereka dikatakan menembak orang utan berkenaan sebanyak 17 kali sebelum memenggal kepala haiwan tersebut dan membuang bangkainya ke dalam sungai di Barito, dekat sini.
Haiwan malang itu juga didapati tiada bulu akibat terbakar dengan kesan tembakan.
Kedua lelaki yang bekerja sebagai penoreh getah itu mengaku membunuh orang utan jantan dan mendakwa mereka bertindak demikian kerana mempertahankan diri.
Menurut Ketua Polis Kalimantan Tengah, Anang Revandoki, polis telah menyita parang yang digunakan untuk menyerang haiwan itu.
“Mereka menembak haiwan itu beberapa kali tetapi ia tidak mati. Seorang daripada mereka memenggal kepala dari belakang.
“Kepala haiwan itu ditanam di belakang rumah,” ujarnya.
Gambar bangkai haiwan itu yang tanpa kepala terapung dalam sungai, tular dan mencetuskan kemarahan aktivis hak haiwan.
Jelas Anang, pelaku mendakwa membunuh orang utan itu kerana takut melihat haiwan besar berkenaan tiba-tiba bergerak ke arah mereka.
Jika disabitkan, suspek berusia 32 dan 41 tahun itu, berhadapan hukuman penjara lima tahun.
Sumber- The Straits Times
Upd4te Bett1ng, sbo, ibcbet, s4bung 4yam, t4ngk4s, dll
BalasPadamminimal dp/wd 50rb.. ayo daftar
Ayo daftarkan diri Anda di F4ns Bett1ng
BalasPadampin bbm 5ee80afe