Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

"Nak Selamatkan Anak Sendiri Atau Nyawa Orang Lain Yang Kita Tak Kenal?", Dilema Paramedik, Antara Tugas Dan Keluarga

26 Feb 2018
4 ulasan

Doktor atau paramedik masing-masing memainkan peranan dan tanggungjawab untuk menyelamatkan nyawa manusia.  Mereka betugas 24 jam sehari tanpa ruang rehat demi untuk setiap daripada kita yang mungkin menghadapi kecelekaan dan memerlukan bantuan segera untuk dirawat.

Antara keluarga dan pesakit? Ini adalah salah satu dilema yang dihadapi mereka.  Berjanji untuk berkhidmat kepada masyarakat namun terpaksa mengorbankan masa untuk keluarga walaupun mereka juga berada didalam situasi yang sangat memerlukan bantuan.

Perkongsian daripada Akmal Amai ini menerusi laman Facebook miliknya berkongsi pengalaman dan dilema sebagai seroang pegawai Paramedik yang dirasakan sangat sukar untuk memilih antara pesakit dan anaknya sendiri dimana dalam masa yang sama kedua-dua mereka melalui detik-detik kecemasan dan perlu diselamatkan dengan kadar segera.

Ikuti pengalaman Akmal dan isteri yang wajar dicontohi dan dihormati kerana sukar untuk kita melaksanakan kedua-dua tugas sebagai seorang yang diharapkan untuk menyelamatkan nyawa orang lain dan dalam masa yang sama berperanan sebagai pasangan ibu bapa yang mempunyai anak kecil namun mereka, berjaya menyelamatkan kedua-duanya walau terpaksa berkorban dipermulaan.



(Aku nak taip panjang ni, kalau nak baca ready popcorn dulu)

Dilema Paramedik


5.49pm: Tengah nak bukakan baju Niyaz H. utk mandi, terima panggilan dari call centre HPSF minta respon satu kes bodyweakness. Detail kes dicatat. Pakaikan baju Niyaz semula. Ckp kat Niyaz ada org sakit, nanti Niyaz mandi dgn umi. Cam biasa dia terkinja2 nak ikut. Tableh!

5.57pm: Start ambulan, dpt call. info ada kemalangan di kawasan jagaan kk parit bakar juga, mujur team medic kk parit jawa ingin bantu respon kes tu.

6.03pm: OTW nak respon kes bodyweakness tersebut, umi telefon tanya kat mana, terdengar suara Niyaz menangis kuat. Niyaz jatuh masa wikang kereta mainan dia. Dagu koyak. Laceration wound 2.35cm. Active bleeding.

Waktu ni terasa keadaan keliling tiba2 jadi sgt perlahan. Waktu bagai terhenti. Siren ambulan pun terasa sunyi..

Nak selamatkan anak sendiri atau orang lain yg kita tak kenal?

Anak: active bleeding, risau cerebral concussion, retak tulang ke.. anak sendiri tu..

Pesakit: bodyweakness, boleh jadi ngah nazak..

Ada niat nak minta pemandu encik Jamilkhir tukar arah ambulan balik ke rumah. Tapi fikirkan keadaan pesakit, call umi dulu, umi ngah usaha stop bleeding Niyaz. Dia sarankan aku settlekan kes dulu sbb ambulan dah gerak ke lokasi.


Dugaan 1.

Kes bodyweakness aku cuba settelkan sepantas mungkin. Rumah ke jln besar 30 meter. Ambulan tak boleh masuk. Pt terbaring di dapur rumahnya. Alert, BP agak tinggi, paras gula normal. Pesakit ada masalah mental. Angkat ke stretcher gigih tolak lalu jln tanah tak rata sampai masuk ambulan. En Jamilkhir pandu agak laju kali ni. Dia pun risaukan Niyaz, sbb dah mcm anak buah dia.

Dugaan 2.
Jam begini org masih berpusu2 balik kerja kereta byk. En Jamilkhir memerah otak cari jln utk lepaskan ambulan.

Dugaan 3.
Sampai unit kecemasan, ada kereta depan pintu tempat ambulan turunkan pesakit. Seorg gadis sedang tolak whellchair ke kereta tu. Nampak kelibat warga emas sedang menggayakan cara nak keluar dari kereta. Setelah menunggu agak lama, aku keluar ambulan, lari ke kereta tu, peluk makcik tu letak atas whellchair dan minta waris segera alihkan kereta.

Aku berlari daftarkan pesakit aku walau waris ada utk daftarkan. Segala urusan terasa sgt pantas hingga pesakit yg aku jumpa tbaring kat dapur rumah dia kini selamat dibaringkan ke katil zon kuning. Satu kes selesai.
Call umi...

Umi berjaya stop bleeding, dia suruh terus balik klinik.



Di klinik, umi sampai siap dgn uniform sbb nak kerja syif mlm. Dua parents ni bertungkus lumus membalut dan menjahit dagu anak mereka. Jahit anak sendiri ni agak mencabar sikit. Kita berlawan dgn emosi sendiri. Jeritan, ketakutan, rayuan anak berbaur dgn tugas yg perlu dilaksanakan utk mengubati dia. En Jamilkhir menahan sebak memegang kaki Niyaz.

Selesai jahit, tenangkan Niyaz bawak gi mkn kedai, sbb umi tak sempat siapkan beefsteak yg dia bakar tadi.
Kes selesai..

Umi terus pecut nak masuk kerja mlm.
Anak2 aku hantar ke pengasuh yg sedia mengasuh bila diperlukan. Harap2 Niyaz bertahan mlm ni bila bius habis kesan.

Aku, blk rumah bancuh kopi menaip post fb sambil menunggu panggilan kes seterusnya.

Atau panggilan pengasuh...

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 4 ulasan )
  1. Dukung tim bola kesayangan Anda dengan pasaran bola terbaik di www(dot)Upd4teBett1ng(dot)com

    BalasPadam
  2. Ayo daftarkan diri Anda di F4ns Bett1ng
    pin bbm 5ee80afe

    BalasPadam
  3. AJOQQ menyediakan permainan poker,domino, bandarq, bandarpoker, aduq, sakong dan capsa :)
    ayo segera bergabung bersama kami dan menangkan uang setiap harinya :)
    AJOQQ juga menyediakan bonus rollingan sebanyak 0.3% dan bonus referal sebanyak 20% :)

    BalasPadam
  4. JAWATAN KOSONG PARAMEDIK AMBULAN INSAF MALAYSIA DI KUALA LUMPUR. TERBUKA KEPADA MEREKA YANG BERMINAT SILA EMAILKAN RESUME ANDA TERUS KEPADA insaftechnicalrelief@gmail.com

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "