Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

"Baru Seminggu Masuk Youtube Dah Dapat Sejuta 'View'," Lelaki Ini Salahkan Segelintir Netizen Punca 'Awek Cendol' Jadi Tular

26 Feb 2018

26 Feb - Sebenarnya kisah 'awek cendol' yang baru-baru ini tular di laman sosial masih belum lagi menemui jalan penghujungnya. Selepas dijemput ke rancangan Motif Viral menerusi saluran Astro Ria, pelbagai reaksi netizen yang muncul selepas rancangan itu ditayangkan.

Seingat penulis, laman Facebook Siakap Keli tidak pernah memuat naik video yang diviralkan beberapa minggu lalu dan langsung tidak berminat dengan video sumpama itu.

Selepas video penuh segmen awek cendol dalam rancangan Motif Viral itu dimuat naik ke Youtube menerusi saluran Thinker Studio, hanya beberapa hari sahaja video itu telah mencapai lebih sejuta tayangan.


Siapa yang sebenarnya menyebabkan video ini tular? Seorang pengguna Facebook, Peter Vladimir menjawab persoalan yang timbul dan ada sesetengah pihak yang mendakwa rancangan Motif Viral selalu mempopularkan orang yang salah.

Untuk pengetahuan semua, rancangan Motif Viral adalah sebuah rancangan yang menjemput sesiapa sahaja yang tular di laman sosial. Bukan sahaja perkara negatif, malah hal positif juga tetap dijemput ke rancangan tersebut asalkan tular di laman sosial.

Tetapi sayangnya, topik positif yang dibawa oleh Motif Viral tidak langsung mendapat sambutan oleh netizen.

Berikut adalah kenyataan Peter Vladimir tentang rancangan Motif Viral dan perkara yang tular di laman sosial. Semoga bermanfaat.


Orang tanya aku hari tu pasal awek cendol masuk tv. Lepas tu tanya pandangan aku pasal rancangan Motif Viral. Kata mereka, rancangan Motif Viral ni mempopularkan orang bodoh. Aku diam tak cakap apa-apa. Sebabnya aku dah lama tahu problem kita bukanlah rancangan tv tapi problem kita ialah kepala otak masyarakat kita.

Motif Viral sebelum ni pernah jugak panggil individu lain untuk ditemuramah. Orang-orang positif bersama kisah yang positiflah. Tu aku dah letak 4 contoh.

Tapi view sendu. Beberapa puluh ribu saja. Awek cendol ni jugak power. Baru seminggu masuk Youtube, dah dapat sejuta view. Sebabnya korang ni lah yang duk cari video tu. Koranglah yang duk femeskan dia. Koranglah buat dia jadi trending.

Lepas tu tuding jari kepada Motif Viral. Tak nak mengaku kesalahan sendiri. Tak nak mengaku dia naik sebab korang. Pfft.

Perangai suka sebut salah orang ni aku menyampah lama dah. Buka video Metallica, ada beruk komen “Justin Bieber tak power macam ni”. Tulis artikel pasal XPDC, ada monyet komen “bebudak sekarang mana tahu benda macam ni. Tahu Aiman Tino je.”




Apa punya bangang entah sebut nama Justin Bieber dekat video Metallica. Apa punya bebal sebut nama Aiman Tino dekat artikel XPDC. Fokus sajalah kepada apa yang kita suka. Benda yang kita tak suka ni, biar je lah ditelan angin lalu. Pejam mata buat-buat tak nampak je. Tak perlu sebut, tak perlu tulis.

Macam itu jugak dengan Alip Syukri, Sajat, atau public figure negatif yang lain. Kau kenal Bobo? Kenal Syasya Solero? Mana depa berdua sekarang? Takde orang peduli dah kan sebab takde sesiapa dah sebut. Alip Syukri dengan Sajat pun boleh terima nasib yang sama kalau korang buat benda yang macam korang buat dekat Bobo dan Syasya tu.

Kalau sebut pun, sebut sekali dua je lah. Ini sepanjang masa kau duk sebut pasal orang yang kau menyampah, kau la yang masalah sebenar. Bukan orang-orang tu. Hipokrit.

Korang tak boleh ke rilek-rilek macam aku? Rilek tau rilek? Tengok aku. Rilek je.





Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 3 ulasan )
  1. Dukung tim bola kesayangan Anda dengan pasaran bola terbaik di www(dot)Upd4teBett1ng(dot)com

    BalasPadam
  2. Ayo daftarkan diri Anda di F4ns Bett1ng
    pin bbm 5ee80afe

    BalasPadam
  3. AJOQQ menyediakan permainan poker,domino, bandarq, bandarpoker, aduq, sakong dan capsa :)
    ayo segera bergabung bersama kami dan menangkan uang setiap harinya :)
    AJOQQ juga menyediakan bonus rollingan sebanyak 0.3% dan bonus referal sebanyak 20% :)

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "