Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

"Mangsa Telah Digilis Beberapa Kenderaan Lain", Polis dan Kakitangan Lebuhraya Berusaha Kutip Cebisan Otak

8 Feb 2018


Kemalangan yang berlaku di kilometer 226.5, Lebuhraya Utara Selatan (Arah Utara) malam tadi telah meragut nyawa seorang mangsa yang menunggang motosikal jenis Honda EX 5 kira-kira jam 11.00 malam itu.

Polis dan kakitangan Lebuhraya Utara Selatan berusaha mengutip cebisan otak mangsa yang dipercayai meninggal dunia akibat melanggar bahagian belakang kenderaan yang masih tidak lagi diketahui dan tercampak diatas jalan dilorong sebelah kiri.

Mangsa telah disahkan meninggal dunia oleh pasukan paramedik sebaik tiba di lokasi kejadian.  Memetik laporan, mangsa baru berusia 20 tahun dan beralamat di Kampung Kundur Hulu, Negeri Sembilan.



Pemangku Ketua Polis Daerah Rembau, Asisten Komisioner Nazruel Ekram Abu Shari berkata, "mangsa telah digilis beberapa kenderaan lain.  Siasatan lanjut masih dijalan dan mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Tampin bagi proses bedah siasat."

"Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987."


Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 1 ulasan )
  1. Daftar sekarang dan pasang jagoammu (F4ns Bett1ng)
    minimal depo/wd hanya 50rb

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "