Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Kepala Bayi Umur 3 Bulan Retak Kerana Terhentak Besi Buai, Ibu Berang Pengasuh Cuai Tinggalkan Anak Sewaktu Keluar

7 Feb 2018
2 ulasan

Siapa yang tidak mahu membesarkan anak sendiri sepenuh masa. Namun kerana desakan ekonomi, isteri kini juga terpaksa bekerja bagi membantu keluarga. Anak-anak pastinya terpaksa ditinggalkan bersama pengasuh atau ahli keluarga untuk dijaga. Namun apa yang merisaukan seperti kes yang sedang meningkat kini, keselamatan anak yang tidak terjamin akibat kecuaian pengasuh.

Tular di laman facebook, perkongsian daripada Nurul Zafirah Mustafa yang melahirkan ketidakpuasan hati terhadap pengasuh bayinya. Manakan tidak, bayi yang baru berusia tiga bulan sudah mengalami kecederaan serius, retak tempurung kepala. Lebih menyedihkan, bahagian otak bayi tersebut juga mengalami pendarahan. Hati ibu mana yang tidak sedih? Siapa pun yang berada di tempat ibu ini pasti mengalami perasaan yang sama.

Bila ditanya kepada pengasuh, kononnya tidak tahu kenapa kepala bayi tersebut mengalami bengkak. Mujurlah ibu ini bertindak pantas membawa bayinya ke hospital. Bayangkan sekiranya tidak dibawa untuk pemeriksaan lanjut, mungkin kesannya akan menjadi lebih teruk jika tidak dirawat awal.

Jom kita baca perkongsian beliau seperti di bawah. Semoga boleh djadikan pengajaran dan ikhtibar buat ibu-bapa di luar sana.

05.02.2018 "kepala hana retak" umur 3 bulan.

Ya Allah betapa sedihnya hati nie tengok kepala hana besar sebelah. Amik dekat pengasuh, tnye dia kepala hana kenapa bengkak. dia kata hana tido je arinie tibe² tgok kepala bengkak.


Hati rasa tak sedap terus bawak hana ke hospital bahagian emergency.. Dpt Result X-ray doktor ckp kepala hana retak! Risiko pendarahan dalam otak..Ya Allah rasa nak rebah dgr doktor ckp camtu!!

Terus call pengasuh bgtau kepala hana retak. Tnye kenapa jd camni? Baru die nak ckp die keluar rmh. Tggalkn hana dgn anak die umur 5 tahun. Kepala hana kena besi buai. Kuat sgt ke kak kena besi sampai retak kepala anak aku??!!

Anak aku baru 3 bulan wei, Sakit betul hati aku..kalau kena kat anak kau ape perasaan Kau! Sampai bile² pon aku tak maaf kan kau lah!!


Perkongsian terbaru dari beliau juga turut mengesahkan bahawa anaknya telah mengalami pendarahan dalam otak.

Hana mengalami pendarahan dalam otak.. malam nie hana kena masok darah..

Sama-sama kita doakan agar bayi comel ini kembali sihat seperti biasa.

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 2 ulasan )
  1. Pinjaman untuk pelbagai tujuan
    Kami menawarkan jumlah minimum sebanyak RM5,000.00 kepada RM5 juta
    Pada kadar faedah yang rendah sebanyak 2%
    Pinjaman
    Tempoh: sehingga 25 tahun bergantung kepada jumlah pinjaman yang anda perlukan.
    Pelanggan mestilah
    Lebih daripada 18 tahun
    Transaksi ini 100% selamat untuk semua orang
    Untuk maklumat lanjut tentang kredit, sila hubungi kami melalui e-mel:
    (leonardodorafinance@gmail.com)

    BalasPadam
  2. agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
    ayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
    pin bbm :2B389877

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "