Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

"Kenapa Kita Kena Solat Ibu?" Empat Nasihat Dalam Surah Luqman Jadi Panduan Untuk Anak Rajin Solat

13 Feb 2018
3 ulasan

Pendidikan dan pembelajaran anak-anak perlu seimbang dengan tidak hanya tertumpu kepada pelajaran di sekolah sahaja. Sesi pembelajaran juga berterusan meskipun dirumah kerana ibu bapa boleh mengajar anak-anak ilmu agama, adab dan pelbagai lagi.

Terdapat pelbagai dilema yang dilalui oleh ibu bapa sepanjang mendidik anak-anak mereka menjadi insan yang berguna dan taat kepada agama. Antara dilema yang dilalui ibu bapa ialah ketika menghadapi anak yang malas untuk menunaikan solat.

Mengerjakan solat lima waktu merupakan kewajiban kepada semua umat islam yang berakal dan pendedahan kepada solat ini bermula seawal umur tujuh tahun lagi.

Sekiranya usia anak lebih dari tujuh tahun maka ibu bapa berhak untuk merotan anak yang liat untuk menunaikan solat tetapi sebenarnya terdapat pendekatan lain yang boleh diguna pakai.

Entri kali ini berkongsi penulisan dari Puan Siti Aminah Sulaiman yang bercerita tentang empat nasihat yang terkandung dalam Surah Luqman yang menjadi jawapan kenapa anak malas solat.

Mari kita ikuti perkongsian yang sarat dengan manfaat ini.


"Kenapa kita perlu solat Ibu?
kita tak nampak Allah pun..kenapa kena solat pada sesuatu yang tak nampak?"

Seorang ibu mengadu pada saya soalan anaknya.
Anak yang berusia 8 tahun itu keberatan untuk solat

Terus terngiang-ngiang ditelinga saya suara Ustaz Syaari masa kelas Ibrah Surah Luqman yang lepas
Jawapannya ada dalam Surah Luqman.

Luqman mendidik anaknya mentauhidkan Allah dahulu, kemudian baru anak itu disuruh bersolat.

Kalau kita lihat nasihat Luqman pada anaknya dari ayat 12 ke 17, langsung tak sentuh pasal solat.


Sebelum bersolat, Luqman perintahkan anaknya untuk:

1) Bersyukur kepada segala nikmat yang Allah berikan.

2) Jangan syirikkan Allah.

3) Buat baik kepada kedua Ibu Bapa

4) Percaya pada perkara yang ghaib iaitu Hari Pembalasan.

Luqman beri analogi perbuatan yang baik atau buruk yang walaupun seberat biji sawi, kemudian ia tersembunyi di celah batu besar. Allah al Khabir mampu untuk keluarkan apa yang tersembunyi itu untuk dihakimi dan dan diberi balasan.

Melalui nasihat Luqman ini, kita boleh bayangkan Islam ini ibarat sebuah pohon.

AKAR bagi pohon ini ialah pendidikan akidah.
Asas akidah yang perlu kita ajar pada anak ketika usia 0-6 tahun ialah:
siapa Allah?
Iaitu Nama dan Sifat Allah dalam Asma ul Husna
Nikmat Allah yang ada pada tubuh kita dan sekeliling yang boleh anak lihat, rasa dan dengar.


Apabila benih akidah dah berjaya disemai dan menjalar menjadi akar yang kuat,
maka akan lahirlah pohon berbatang kuat, berdaun rimbun dan berbuah.

Batang yang kuat ini ialah IBADAH (yang wajib seperti solat, puasa dan lain)

Daun yang rimbun ialah Ibadah Sunnah.

Buah ialah AHLAK yang cantik.

Pentingnya untuk kita sebagai ibu bapa untuk faham perkara ASAS dalam pendidikan anak.

Dalam Fasa Pendidikan anak,
Allah perintah kita sebagai ibu bapa untuk suruh anak bersolat pada usia mereka 7 tahun, perintah solat akan jadi mudah jika benih akidah SUDAH DITANAM pada usia 0-6 tahun.



Bagaimana jika kita terlepas untuk semai akidah pada usia 0-6 tahun?

Jangan risau ibu ayah..tiada istilah terlambat untuk anak-anak kita.

Rahmat Allah tu luas sekali..bila kita dah faham mengenai perkara ASAS dalam pendidikan anak,

Kita bermula semula dari perkara yang paling BASIC,
iaitu bagaimana nak tanam benih dan semai akar yang kuat..
tak kisah anak tu umur 8 tahun ke, 15 tahun atau 18 tahun sekalipun.

Ajar semula anak mengenal Allah dan kejadianNya.

Anak perlu selalu merasakan kewujudan Allah dan adanya Hari Pembalasan

Tiada istilah terlambat dalam kembali semula pada Allah

Saya yang dah berumur ni pun sedang belajar semula isi kandungan Al Fatihah..sebab nak lebih khusyuk dalam solat.

Semoga penulisan saya dapat menjawab persoalan kenapa anak menolak atau malas untuk bersolat apabila meningkat usia 7 tahun dan keatas.

Saya doakan setiap yang membaca post ini dikurniakan anak yang soleh yang kekal bersolat walau dalam apa jua keadaan.
Amin Ya Rabb.

Sumber-  Siti Aminah Sulaiman
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 3 ulasan )
  1. F4ns Bett1ng, s1tus Jud1 b0la 0nline terpercay4
    minimal dp/wd 50rb

    BalasPadam
  2. Ayo Dukung Team Anda Bersama Kami di www(dot)Upd4teBett1ng(dot)com
    depo/wd hanya 50rb saja

    BalasPadam
  3. agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
    ayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
    pin bbm :2B389877

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "