Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Haram Jika Sengaja Buat Rosakkan Kertas Undi Atau Undi Rosak - Mufti

14 Feb 2018
Dalam pengundian pilihan raya, satu undi dikira rosak jika kertas undi atau alat pengundian yang digunakan disalah tanda.  Ia boleh terjadi dengan niat sengaja atau tidak disengajakan.  Oleh itu, undi rosak tidak dikira dalam pengiraan undi.  Antara kesalahan tersebut termasuklah:

  • Tidak pangkah/dibuat tanda
  • Pangkah semua parti yang ditulis
  • Koyak
  • Membuat sebarang tanda hingga undi tidak lagi sulit
Kertas undi tidak dikira rosak jika ditulis:
  • Tanda O
  • Tanda betul
  • Melukis gambar, tetapi masih dalam ruangan yang disediakan
Oleh hal yang demikian, kempen #UndiRosak telah mendapat perhatian Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohamad yang memberitahu bahawa perbuatan sengaja itu adalah haram.

“Justeru, berdasarkan kepada kepentingan pelantikan pemerintah, makanya kami cenderung untuk menyatakan bahawa haram merosakkan undi."


“Begitu juga haram hukumnya daripada sudut syarak untuk tidak mengundi dan mendaftarkan diri sebagai pengundi.” 

Kempen merosakkan undi ini semakin ligat selepas Pakatan Harapan menamakan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai salah seorang calon perdana menteri.  Kumpulan ini melihat Mahathir dan Najib tidak jauh bezanya.

Sehubungan dengan itu, kempen undi rosak digerakkan sebagai tanda protes kedua-dua belah pihak yang dikatakan tidak mampu menjadi alternatif kepada rakyat.  Zulkifli menyeru pengundi menjalankan tanggungjawab secara amanah dan menjaga dharuriyyat al-hams yang lima iaitu agama, nyawa, akal, keturunan dan harta.

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "