Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Ini Makna Disebalik Stiker Pada Buah Yang Menentukan Buah Itu Ditanam Secara Organik, Penggabungan Genetik atau Konvensional (Racun Serangga)

3 Feb 2018

Jika anda perasan setiap kali membeli buah disupermarket, sebahagian daripada anda mungkin menyedari bahawa setiap buah yang dijual pasti akan ada stiker diatasnya.  Kewujudan stiker itu pasti tidak dipedulikan namun sebenarnya menyimpan maklumat tentang bagaiman buah-buahan tersebut ditanam.

Memetik sebuah artikel, setiap stiker pada buah memiliki kod yang disebut PLU, singkatan daripada price look-up number.  Ada tiga kod yang berbeza yang mengidentifikasikan apakah buah tersebut ditanam secara konvensional, organik atau melalui perkahwinan genetik.  

Untuk penjelasan lebih lanjut, anda boleh membaca perkongsian daripa Lin Chalo ini yang mengulas maksud tersirat kod buah yang ada pada setiap stiker yang ditampal diatasnya.  Semoga perkongsian ini bermanfaat dan menjadikan anda lebih berhati-hati dalam pemilihan sumber buah yang terbaik.



PLU Code

Kalau anda perasan, kadang-kadang ada buah yang mempunyai pelekat yang tertera 4 atau 5 digit.

Ia adalah PLU Code. Setiapnya mempunyai maksud tertentu.

1) Mempunyai empat digit dan dimulai dengan nombor 3 atau 4


- Ini menunjukkan sayur atau buah tersebut ditanam secara konvensional; yang mana kemungkinan besar ada penggunaan racun serangga (pesticides).

- Makanya sebelum nak makan tu silakan basuh properly. Basuh bersih-bersih kalau ada sabun khas organik untuk basuh buah-buahan dan sayur-sayuran silalah beli dan guna di rumah.

2) Mempunyai lima digit dan dimulai dengan nombor 8


- Ini menunjukkan tumbuh-tumbuhan atau haiwan adalah Genetically Modified Organism (GMO).

- Maksudnya tumbuh-tumbuhan atau haiwan tersebut dihasilkan melalui kaedah bioteknologi penggabungan gen.

- Seboleh-bolehnya elakkan GMO ni. Sebab ia boleh menghasilkan toksin dalam badan dan menimbulkan macam-macam penyakit.

3) Mempunyai lima digit dan dimulai dengan nombor 9


- Sayur-sayuran dan buah-buahan ni ditanam secara organik. Maksudnya ditanam tanpa racun serangga. Makanan organik adalah yang terbaik tapi kosnya agak mahal.

Bukan semua produk makanan ada PLU Code sebab benda ni tak diwajibkan pun. Kalau ada bajet lebih makanan organik itulah yang terbaik. Saya suka cari sayur yang ada bekas-bekas gigitan ulat. Kalau rasa mahal boleh start tanam sayur-sayuran sendiri.

Kalau takde bajet nak beli yang organik dan tak kuasa pula nak tanam sendiri, pastikan sayur-sayuran & buah-buahan tu basuh bersih-bersih. Guna garam ka, pencuci sayur & buah organik ka dan sebagainya.

Jangan culas bab ni sebab walaupun racun serangga yang digunakan ke atas sayur-sayuran tu katanya di bawah paras bahaya tapi kalau dah simpan sikit-sikit dalam badan lama-lama boleh jadi toksin.

Makanan semulajadi adalah yang terbaik tapi pastikan ia adalah dari sumber yang terbaik juga.

Semoga bermanfaat.

Marilah kita start berkebun.

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 2 ulasan )
  1. F4ns Bett1ng Aman dan terpercay4
    Info lebih lanjut : 5ee80afe :)

    BalasPadam
  2. Kecewa dengan agen game online yang lain?
    Daftar disini saja Upd4te Bett1ng

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "