Gambar Hiasan |
Isu kali ini bukan ingin menyalahkan mana-mana pihak tapi mungkin sekadar peringatan tentang tanggungjawab sebenar yang terkadang dipandang ringan namun sebenarnya memberikan impak yang besar dalam pelayaran rumahtangga.
Peranan suami sangat besar, dan kerana itulah amanah Allah yang diberikan kepada suami untuk sentiasa berlaku adil. Adil dalam segi emosinya, nafkah, adil terhadap anak-anak dan segala penjagaan yang diperlukan.
Gambar Hiasan |
Namun pun begitu, isteri sebagai tulang belakang perlu senantiasa membantu dan menyokong kerja keras suami anda. Nampak macam senangkan, 'membantu'? Setelah penat seharian bekerja, menghadap kesesakan lalu lintas dan balik rumah dengan keadaan anak-anak yang tidak terurus, masih adakah lagi rasa nak 'membantu'?
Bukan semua orang mampu mengawal emosi lebih-lebih lagi jika berdepan dengan beberapa masalah yang meragut fikiran untuk menyelesaikannya. Namun itulah peranan suami. Seorang pemimpin yang perlu bertindak, memikul, menjaga, dan bersedia dalam apa jua situasi semata-mata mengukuhkan kerajaan yang dibinanya.
"Tempatkanlah mereka (perempuan-perempuan yang idah) di tempat kediaman yang sesuai dengan kemampuan kamu, dan janganlah menyengsarakan mereka untuk menimpakan kesusahan kepada mereka."
(at-Talaq :6)
Gambar Hiasan |
Mungkin dengan keadaan ekonomi yang semakin menyesakkan nafas, pengurusan kerja yang tidak menentu, dan kewangan yang terumbang-ambing membuatkan segelintir daripada pemimpin-pemimpin rumahtangga kini mengalami tekanan dalam mengawal emosi mereka terhadap orang disekeliling terutama sekali si isteri.
Semakin banyak pergolakan berlaku, semakin hilang rasa timbang rasa isteri terhadap suami walau tahu bagaimana susah mereka mencari rezeki namun suami juga perlu tahu betapa berat tugas isteri aka ibu dalam menjaga anak-anak anda. Sepatutnya menjaga dan mendidik anak ini dilaksanakan bersama-sama, sepertimana anda inginkan isteri sentiasa bersama-sama dalam susah atau senang.
Gambar Hiasan |
Terbuka mata apabila membaca perkongsian daripada Zulaikha Harun yang menceritakan asam garam kehidupan bekeluarga dengan anak-anak tanpa sokongan yang baik daripada suami. Ikuti kisah dibawah yang pastinya memberikan banyak pengajaran dalam pembangunan keluarga harmoni.
Wahai suami, kenapa lidah tu tajam sungguh bila bersuara. Tak terfikirkah terguris hati isteri?
Hanya kerana rengekkan anak, mengganggu tidur malam suami. Tugas yang menyusahkan dan melecehkan diserah bulat2 pada isteri.
Kenapa? Sebab isteri suri rumah? Apa2 yang berkaitan rumah semua awak tak nak ambil tahu termasuk mendidik anak2? Kalau anak dihantar ke pengasuh pula, perihal anak2 pengasuh pula yang kena settlekan.
Hellooo, buat anak nak, jaga anak tak nak!
Tugas jaga anak bukan sekadar belikan baju, belikan susu, belikan mainan, bayar pengasuh.
Bukan duit, duit, duit!
Gambar Hiasan |
Duit tu baru satu.
Kalau duit tu dah bertimbun sangat, hal anak semua nak serah kat orang. Give up lah jadi bapa.
Siapa cakap anak2 ni nanti dia retilah bila dah besar.
Nanti sampai masa pandailah.
Plisss lah, anak kalau tak dididik, tak diajar. Tang mana nak pandai sendiri?
Kalau susu badan, 2tahun pun ibu2 nak stop dah. Sama je kalau susu botol.
Tak kan tiba2 anak awak tu pandai sendiri.
Belum ajar anak ke toilet. Nak tunggu anak pandai sendiri buka pampers, tiba2 ke toilet buang air. Siap pandai cuci sabun dan flush! Perghhh, Albert Eistein yang genius pun tak cenggitu.
Tinggi sangat imaginasi awak wahai bapa2.
Anak perlu diajar, satu - satu. Ya, memang leceh. Memang menguji kesabaran. Buang botol susu anak tu, seminggu dua merengek. Lepastu dah tak minta dah. Boleh minum pakai cawan.
Ajar anak ke toilet. Buka pampers dia. Pakai seluar tanpa pampers. Seminggu dua. Pandailah ke toilet. Tak perlu pakai pampers lagi dah.
Dengar macam senang kan. Tapi prosesnya, para ibu lah yang merasa azab sorang2 kalau dah si ayah tak nak ambil tahu. Bersabar dengan rengekkan anak. Nangis kuat2 menjerit nak susu, nak susu. Tak boleh tidur tak ada botol kat mulut. Terbangun tengah malam minta susu, tak dapat nangis lagi.
Kalau toilet training, setiap 10 minit ibu tanya nak kencing tak? Nak berak tak?
Setiap 30 minit bawak anak ke toilet, suruh kencing. Kadang terlupa, habis basah rumah anak kencing. Kene bersihkan. Belum lagi part kita dah shhhh shhhh kat toilet sampai 20minit tak kencing2. Keluar je toilet, sarung seluar. Basah pula dia kencing. Kene bersihkan lagi.
Penat. Ya, PENAT. LETIH. Menguji emosi dan fizikal. Tapi ibu2 ni sabar. Tak lama. Seminggu dua pandailah anak aku ni. Tapi ayah??
Dahlah tak menolong, dia DOWN kan lagi si ibu ni.
Nak bicara tentang tidur malam yang nyenyak? Dari pregnant ibu tak tidur nyenyak. Sakit2 dalam pantang pun tak tidur nyenyak. Anak dah dua tiga tahun pun masih tak dapat nak tidur nyenyak.
Belum part anak sakit. Anak demam. Boleh jadi satu malam dia tak tidur. Dan awak ayah2 pertikai tentang tidur awak?? sungguh tak adil!
Kami ibu2 bukan merungut. Tapi soal mendidik anak biarlah sama2 kita laksanakan tugasnya. Bertolak ansur dan bertoleransi. Siang isteri dah berhempas pulas sendirian menjaga anak dan mengurus rumah.
Ayah balik kerja paling2 sejam dua je layan anak awak tu. Pukul 10 anak2 ngantuk nak tidur dah.
Pejam je lah mata tu, dan tutup mulut tu. Tolong je lah isteri awak. Bukan anak orang lain. Anak awak juga. Awak kerja esok. Isteri pun ada kerja esok. Duduk rumah dengan anak2 bukan tak de kerja nak buat.
Sekali isteri tak nak peduli dah tentang rumah dan anak2. Jangan terkejut awak balik rumah, anak tak mandi, pampers penuh dan anak berak tak cuci. Rumah macam tongkang karam. Anak nangis lapar. Baru awak tahu kenapa dunia awak selalu indah.
Isteri tak minta pun awak amik cuti , ajar anak benti botol.
Isteri tak minta pun awak cuti, ajar anak pergi toilet.
Tak, mereka buat sendiri.
Gambar Hiasan |
Awak hanya perlu sokong dan tolong sikiiit je.
Jadi, tutup mulut dan tolong tanpa persoal.
Fikirlah tentang mereka, kasihani mereka dan sayangi mereka.
Balik tu amik masa peluk dan ucaplah terima kasih pada isteri.
Pelukan awak tu powerfull wahai encik suami.
.
Ia boleh hilangkan rasa penat lelah isteri seharian.
Ia bole padam api kemarahan isteri.
Ia boleh hilangkan rajuk dan kecil hati isteri.
Iya. Peluk jerr.
Tak payah bagi bunga, bagi coklat. Bagai.
Tak payah sampai nak bawak naik helikopter pusing satu Malaysia.
Peluk sahaja. Dan say thank you.
Tak susah pun, isteri hepi. Anak hepi. Awak pun hepi.
F4ns Bett1ng agen jud1 b0la terpercaya di 1ndonesia
BalasPadamburuan daftar 5ee80afe
Adakah anda berminat dengan pinjaman? Kami menawarkan semua jenis bantuan kewangan kepada semua individu "pinjaman peribadi perniagaan, pinjaman pelaburan, hutang Pinjaman Pinjaman Rumah dan pinjaman syarikat di seluruh dunia. Kadar faedah kami adalah 2% setahun Kami juga telah memberikan nasihat kewangan kepada pelanggan kami. jika anda mempunyai projek yang baik atau ingin memulakan perniagaan dan memerlukan pinjaman untuk membiayainya dengan segera supaya kami boleh membincangkan, menandatangani kontrak dan kemudian membiayai projek atau perniagaan anda untuk anda. Sila hubungi kami hari ini untuk semua keperluan kewangan anda Hubungi kami melalui E-mel: (leonardodorafinance@gmail.com)
BalasPadamagen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
BalasPadamayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
pin bbm :2B389877