Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

(Gambar & Video) Seekor Harimau Liar Ditemui Terbaring Depan Rumah Penduduk, Datang 'Minta Tolong' Rawat Kesakitan Ditanggungnya

1 Feb 2018

Seekor harimau dalam kategori spesis yang terancam menentang naluri kebiasaanya dengan keluar daripada habitat semata-mata untuk mencari bantuan manusia akibat kesakitan tak tertanggung daripada masalah gigi dan gusi yang dihidapi.

Satu daripada 500 ekor harimau Siberia yang tinggal dihabitat bersalji di timur Rusia ditemui dihadapan sebuah rumah terpencil didaerah tersebut.  Galina Tsimano, jiran kepada tuan rumah tersebut menjelaskan bagaimana dia terkejut melihat seekor harimau terbaring dihadapan pintu rumah jirannya pada awal pagi itu.



"Alexey ingin membuka pintunya pada waktu pagi namun, pintunya seakan ditahan oleh sesuatu daripada luar."

"Ketika sedang mencuba untuk membuka pintu, dia seakan terdengar ngauman harimau tersebut dan segera berundur untuk menhubungi pihak berwajib."

Pasukan kecemasan sebaik tiba cuba untuk menghalau dan mendekati harimau tersebut namun anehnya, pemangsa tersebut berkelakuan tenang dengan membiarkan sahaja mereka mendekatinya dan daripada riaknya juga jelas terlihat kesakitan yang dialami.



Pakar yakin bahawa harimau ini cuba mencari bantuan manusia sebagai usaha terakhirnya untuk menyelamatkan diri.  Pasukan kecemasan yang tiba dirumah Alexey kemudian memindahkannya ke pusat pemulihan yang terletak di Alekseevka.

Disini, pakar memberitahu bahawa pemangsa itu baru berusia 10 tahun, betina dan sedang mengalami masalah serius dibahagian rahangnya.  Mujur saja dia tidak dicederakan oleh pemburu haram yang selalu berlegar didalam hutan tersebut.



Ketua Pemeliharaan dari Kementerian Sumber Asli berkata, harimau tersebut keletihan kerana masalah gusi serius yang dihadapi dan kehilangan gigi atas yang turut menyukarkannya untuk makan dengan betul selain menyebabkan kekurangan zat dan kehilangan berat badan yang mendadak.

Ia kini sedang menjalani diet daging serta diberikan suntikan antibiotik untuk terus bertahan.  Beliau juga menambah bahawa tidak dapat menyembunyikan fakta dimana keadaan harimau itu sangat menyedihkan dan kami sangat berharap agar harimau ini mampu bertahan.

"Kami benar-benar berharap agar ia akan terus hidup dan akan melakukan apa saja untuk menyelamatkannya."

Siakapkeli.my

Sumber: Daily Mail
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 3 ulasan )
  1. Upd4te Bett1ng agen jud1 b0la terpercaya di 1ndonesia
    buruan daftar..

    BalasPadam
  2. b0la, c4sin0, CMDbet, t4ngkas, s4bung 4yam, dll ada di F4ns Bett1ng, mari buruan daftar..

    BalasPadam
  3. agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
    ayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
    pin bbm :2B389877

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "