Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

(Gambar) "Nie Rumah Ke Kandang B#bi?, Sebelum Keluar Siap Kencing Atas Tilam," Pemilik Dedah Perangai 'Jahanam' Penyewanya

2 Feb 2018
3 ulasan


Kisah penyewa yang merosakkan rumah sewa dan harta benda seringkali kita dengar.Bukan sahaja menyebabkan pemilik menanggung kerugian untuk membaik pulih rumah, malah ada yang terus lari meninggalkan rumah tanpa membayar sewa.

Terbaru, perkongsian dari Puteri Syafiqah melalui laman facebook yang meluahkan perasaan kesal dan marah dengan sikap penyewa yang tidak bertanggungjawab. Rumah sewa milik keluarganya itu disewa oleh sekumpulan lelaki yang bekerja.

Bukan sahaja lambat membayar sewa, malah mereka turut merosakkan harta benda rumah. Lebih memburukkan, barangan di dalam rumah juga turut dicuri sebelum keluar.Penyewa ini hanya baru menyewa dalam tempoh enam bulan, bayangkan jika mereka tinggal lebih lama di situ, pasti kerosakan yang lebih teruk akan berlaku.

Jom kita baca perkongsian beliau di bawah. Moga menjadi pengajaran buat semua agar berhati-hati memilih penyewa agar kejadian seperti ini tidak berulang lagi.

BERHATI HATI LAH BILA PILIH PENYEWA ‼️ 

Tolong lah sesiapa yang kenal muka2 penyangak ni tolong lah ludah sikit muka diorang. Diorang kianat jahanamkan rumah. Nilai sendiri ini rumah ke kandang babi? Selama 6 bulan korang menyewa korang boleh duduk dalam keadaan rumah macam ni?! PENGOTOR JIJIK! 

Apa punya manusia lah korang ni. Aku masukkan gambar diorang supaya yang lain boleh berhati hati elakkan kalau diorang nak menyewa dekat mana2 nanti. Korang boleh nilaikan sendiri. Family aku ambil ini sebagai PENGAJARAN supaya lepas ni lebih berhati hati.


Bukan itu sahaja, kawasan dapur juga sangat teruk dengan pinggan mangkuk yang bersepah dan sangat kotor. Sinki juga dibiarkan tersumbat dengan sampah yang penuh dan berulat.



Tempat tadahan air di bilik mandi pula diambil untuk dijadikan sebagai tong sampah. Sangat tidak bertanggungjawab.


Tidak cukup dengan itu, penyewa juga turut membiarkan lantai di bahagian dapur dalam keadaan kotor. Memasak di bawah lantai yang berhadapan tandas, sampah pula dilonggokan di bahagian tepi, sangat menjijik dan meloyakan.


Toilet juga ditinggalkan dalam keadaan kotor dan busuk. Memang tidak bertanggungjawab.


Menurut Syafiqah lagi, setelah perbuatan buruk mereka terbongkar, mereka meminta masa tambahan sehari lagi untuk mendiami rumah sewa tersebut dengan alasan kononnya mahu mengemaskan rumah. 

Rupa-rupanya, bukan rumah yang dikemas tetapi mereka bertindak merosakkan lagi rumah sewa itu. Perangai keji yang langsung tidak dapat diterima akal. Siapa yang tidak geram.


Paip bilik air sengaja dibiarkan terbuka dan lampu tidak ditutup. Kipas di setiap bilik juga dicuri oleh penyewa. Mereka juga tergamak kencing di atas tilam dan mengoyakkan bantal serta tilam yang disediakan oleh pemilik rumah. Bukan itu sahaja, tong gas pun turut dicuri.

Tergamak mereka melakukan perbuatan seperti ini. Jelas Syafiqah, layanan baik ibu bapanya kepada semua penyewa itu langsung tidak dihargai oleh mereka.


Gambar yang dikongsikan Syafiqah menunjukkan keadaan rumah yang siap "dikemas" oleh mereka.




Risau kejadian sama berulang kepada penyewa lain akibat perbuatan biadab mereka, Syafiqah turut berkongsi gambar penyewa tersebut.



Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 3 ulasan )
  1. simpati pada kak yg dpt penyewa hantu yg tdk bertanggung jawab. lps ni ckp pula tuan rumah racist / pilih org pula. tetapi yg rugi siapa tanggung.

    BalasPadam
  2. Kata nak tunjuk muka supaya orang lain boleh berhati-hati dgn mereka... Tapi apasal kaburkan muka?.. Camana orang nak kenal?

    BalasPadam
  3. Pinjaman untuk pelbagai tujuan
    Kami menawarkan jumlah minimum sebanyak RM5,000.00 kepada RM5 juta
    Pada kadar faedah yang rendah sebanyak 2%
    Pinjaman
    Tempoh: sehingga 25 tahun bergantung kepada jumlah pinjaman yang anda perlukan.
    Pelanggan mestilah
    Lebih daripada 18 tahun
    Transaksi ini 100% selamat untuk semua orang
    Untuk maklumat lanjut tentang kredit, sila hubungi kami melalui e-mel:
    (leonardodorafinance@gmail.com)

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "