Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Dari Saja Saja Buat Makan Sampai Boleh Jadi Bisnes, Lelaki Ini Kongsi Resipi Roti Jala Sos Cokat Yang Jadi Kegilaan Ramai

5 Feb 2018

Melihat sahaja gambar ini pun sudah terliur dibuatnya. Roti jala sos coklat, memang menarik. Selalunya kuih jala berwarna kuning dan dimakan bersama kari ayam atau daging tapi uniknya kuih jala dan sosnya ini menggunakan coklat.

Resipi yang dikongsikan oleh Muhamad Fadzul Ilahi Azhar melalui Group Masak Apa Hari Ni (MAHN) mendapat lebih daripada 20 ribu share. Siapa sangka bermula dengan saja-saja dibuat makan, roti jala sos coklat yang dibuat oleh lelaki ini mampu menjadi pendapatan sampingan apabila ia makin mendapat sambutan.

Jom kita ikuti perkongsian beliau di bawah. Ibu-ibu boleh cuba sendiri di rumah, pasti anak-anak berebut untuk makan.

Dari saja2 buat makan.. sampai la menjadi duit poket.. hari ini saja saya dapat tempahan 70 set.. saya ingat orang tak suka.. saya cuba.. Alhamdulillah dapat sambutan.. 

Saya nak sis2 yang tak buat apa2 kat rumah.. boleh laa amik resepi ROTI JALA SOS COKLAT.. sama2 kita kongsi ilmu.. yang mana dah share sebelum ni bagus la. Yang belum share silakan.. saya halalkan.. tapi doakan saya berjaya dalam bisnes.. aaminn.


Ada orang tanya saya jual sebekas berapa.. saya jual 1bekas RM5 ADA 7 KEPING


GUNA KUALI NONSTICK

- Gandum 3 cwn
- 2biji telur
- 3 sb serbuk koko (tengok nak gelap atau cerah)
-3 sb gula
- Sedikit garam
- 3 sb minyak msak
- 1/2 cawan susu cair
- Air ikut kepekatan jangan pekat sangat jgn cair sangat

Kacau smua bahan dalam satu mangkuk lepas tu blend hingga halus.. semasa blend tu boleh tengok kalau ada pusar kat tengah tu boleh masuk satu ibu jari tu adunan cantik.. kalau blend adunan tu xda pusar atau pusar kecik.. masuk kan air bgi ada pusar kat tengah.. xpndai nak explain.. ahha


GUNA BOTOL 3 KAKI

Sos coklat

Double boiler
200gm coklat masakan.. (selbourne brand saya guna)
200gm susu fullcream / Susu cair


Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 2 ulasan )
  1. agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
    ayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
    pin bbm :2B389877

    BalasPadam
  2. F4ns Bett1ng agen judi online aman dan terpercaya
    Jangan ragu, menang berapa pun pasti kami proseskan..

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "