Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

7-Eleven Malaysia Tawar Semula Program Francais Untuk Usahawan Tempatan

28 Feb 2018

28 Feb - 7-Eleven Malaysia Holdings Bhd (SEM) telah menawarkan semula program francaisnya kepada usahawan tempatan untuk melabur menjadi rakan kongsi dalam menguruskan kedai 7-Eleven.

Memetik laporan BH Online, Sesiapa yang berminat hanya memerlukan pelaburan RM250,000 sahaja untuk menguruskan operasi kedai 7-Eleleven secara sepenuh masa, malah pembabitan yang aktif oleh pemegang francais dipercayai mampu menjana pendapatan lebih tinggi.

Pengasas Kumpulan Berjaya, Tan Sri Vincent Tan berkata, berikutan pelancaran itu, SEM akan memilih calon francais sesuai yang sedang mencari peluang perniagaan berpotensi tinggi itu dan mampu memberi komitmen penuh dalam menguruskan perniagaan mereka.

"Graduan universiti harus pertimbangkan untuk menguruskan perniagaan sendiri dan menjadi francaisi 7-Eleven Malaysia kerana ia mempunyai rekod perniagaan yang kukuh.

"Selepas pemegang francais mempelajari cara untuk menguruskan sebuah kedai dengan betul, mereka boleh boleh menguruskan lebih banyak cawangan 7-Eleven, sekali gus menjana pendapatan lebih banyak untuk diri sendiri,"
katanya dalam satu kenyataan hari ini.


SEM juga bercadang pada tahun ini untuk melabur RM70 juta untuk menambah 200 kedai 7-eleven baharu dan menambah baik beberapa kedainya di seluruh negara.

Sehingga tahun 2017 sahaja, syarikat itu sudah memiliki 2,225 kedai yang mana kira-kira 10 peratus daripadanya di francais.

Menurut pemangku Ketua Pegawai Eksekutif 7-Eleven Malaysia, Ho Meng berkata, program itu dilancarkan bagi memberi peluang kepada usahawan yang layak untuk memperoleh pendapatan menerusi usahanya.

"Bagi bayaran RM250,000, ia termasuk bayaran awal francais dan deposit untuk bekalan barangan dan keselamatan yang mana ia akan diterima semula oleh bakal francaisi.


"Ia hanya sebagai jaminan bahawa pemegang francais berkenaan akan mematuhi syarat dan prestasi yang ditetapkan,"
katanya.

Beliau berkata, model francais syarikat itu adalah berdasarkan perkongsian untung yang mana SEM akan bertanggungjawab terhadap perbelanjaan seperti pajakan hartanah, peralatan kedai, insurans am, audit inventori, dan servis pemasaran serta menyediakan latihan dan perundingan operasi.

"Pemegang francais pula bertanggungjawab menanggung perbelanjaan operasi kedai secara langsung seperti kos buruh, kekurangan tunai dan inventori," katanya. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 2 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "