Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Walaupun Bas Rosak, Demi Bahagiakan Isterinya Sempena CNY, Lelaki Sanggup Berjalan 40km Redah Salji Beli Pakaian Baru

30 Jan 2018

Pengorbanan seorang suami sanggup melakukan apa sahaja demi isteri tercinta. Memilih kebahagian isteri lebih penting walaupun diri sendiri terpaksa menderita. Begitulah apa yang dilakukan oleh seorang lelaki ini.

Zhao Fangzi, yang berusia 60 tahun merupakan seorang pekerja asing yang ingin pulang ke rumah untuk sambutan Tahun Baru Cina. Bas untuk pulang ke rumahnya tidak dapat beroperasi berikutan salji yang lebat. Berdepan pilihan yang sukar untuk memilih membelanjakan wang dengan teksi atau berjalan kaki unuk pulang, dia lebih rela memilih untuk berjalan dalam salji dan suhu beku sejauh 40 kilometer.



Pengorbanan yang dilakukan itu demi menjimatkan wang bagi membeli pakaian baru buat isterinya. Menurut sumber, Zhao berkata tambang teksi yang dikenakan sebanyak 200 yuan (RM 122.95) lebih baik dibelanjakan untuk membeli pakaian isteri bagi sambutan Tahun Baru Cina yang hampir tiba.

Dia memulakan langkah dari stesen keretapi Luoyang ke kampung halamannya di daerah Mengjin, wilayah tengah Henan, pada hari Khamis pagi selepas tiba dengan kereta api dari Shanghai.


Keputusan untuk berjalan itu diambil kerana menurut Zhao, untuk menunggu perkhidmatan bas seterusnya bermakna perlu membayar untuk sebuah hotel.

"Sekiranya saya tinggal di sana dan menunggu, saya terpaksa mendaftar masuk ke sebuah hotel yang juga menyebabkan kos bertambah, jadi saya memutuskan untuk berjalan pulang ke rumah." kata Zhao.

Zhao meninggalkan kampung halamannya untuk Shanghai setahun yang lalu, tetapi menurutnya tidak mudah untuk mencari kerja di usianya. Dia telah bekerja di tapak pembinaan di sana, memperoleh pendapatan kira-kira 2,000 yuan sebulan, namun masih berhutang kira-kira 10,000 yuan dengan majikan.

Dia kecewa kerana tidak dibayar sebelum Tahun Baru, namun bosnya berjanji untuk membayar lebihan gaji yang tidak dibayar itu selepas perayaan.

Menurut sumber, Tahun Baru Cina yang jatuh pada 16 Februari, adalah percutian paling penting dalam budaya Cina, dan ia juga satu-satunya peluang untuk ramai pekerja asing pulang ke kampung halaman mereka bagi melihat keluarga.

Tetapi untuk Zhao, kepulangannya kali ini hanya akan menjadi satu arah perjalanan. Dia berkata yang dia sudah bersedia untuk bersara dan tidak akan kembali lagi ke Shanghai.

"Saya sudah berusia 60 tahun, dan sudah tiba masanya untuk bersara. Saya juga mempunyai pencen.'' ujar Zhao.

Namun keputusan yang diambil itu membuat perjalanannya jauh lebih sukar. Dia terpaksa membawa barang-barangnya termasuk tikar, kipas elektrik dan peralatan tempat tidur.


"Ia tidak sejuk," kata Zhao dengan tuala di kepalanya untuk melindungi rambut daripada salji. "Dan semakin banyak kamu berjalan, semakin panas yang kamu rasa."

Siakapkeli.my

Sumber : South China Morning Post
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "