Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Lelaki Ini Menyesal Hidup Berpoligami Dan Mengakui Isteri Pertama Lebih Banyak Membantu Ketika Susah

30 Jan 2018
No Comment
Gambar Hiasan

Poligami diboleh kepada semua lelaki Islam khusus kepada mereka yang teristimewa.  Istimewa dalam mempunyai kelebihan-kelebihan khas yang tidak ada pada lelaki-lelaki lain. Kelebihan-kelebihan ini membolehkan mereka mengatasi segala cabaran emosi, mental, dan fizikal serta berbekalkan kemahiran istimewa yang perlu ditempuhi apabila berhasrat untuk berpoligami.

Salah satu kelebihan yang perlu ada kepada lelaki istimewa ini adalah, kemampuan dan kuasa dalam menanggung nafkah setiap isteri serta anak-anak.  Nafkah merupakan tanggungjawab wajib setiap suami, bahkan haram jika bagi suami itu tidak mampu memenuhi keperluan nafkah seperti Firman Allah swt:

"Dan kewajipan suami memberi makan dan pakaian kepada isteri dengan cara yang baik.'' (Al-Baqarah: 223)
Ini adalah sama dengan menggandakan tanggungjawab dari segi ekonominya, agama, sosial tanpa mengabaikan salah satu daripadanya kepada setiap isteri yang dikahwini.  Oleh sebab itulah, hanya lelaki istimewa sahaja mampu berpoligami, dan jika dia memudaratkan isteri-isterinya, hukum poligami itu boleh membawa kepada haram.

Kerana itulah lelaki yang tidak ada kriteria istimewa ini berhadapan dengan pelbagai masalah apabila berpoligami.  Alquran juga menyebut didalam surah An-Nisa ayat 3;

"Kahwinilah wanita-wanita yang kamu sukai, dua, tiga dan empat.  Tetapi jika kamu khuatir tidak dapat berlaku adil (antara wanita-wanita itu), hendaklah satu sahaja atau budak yang dalam milikmu. Ini paling dekat kepada kamu supaya tidak berlaku curang."



Sehubungan itu, satu perkongsian dilaman Facebook milik Kheyr Hameed menceritakan kisah seorang suami yang menghubunginya kerana ingin meminta konsulatasi berpoligami dan lelaki itu juga memaklumkan bahawa dia bagaikan serik memiliki lebih daripada seorang isteri. Daripada cerita tersebut, dia berkongsi rasa bersalahnya terhadap isteri pertama yang banyak membantunya menguruskan hal kewangan dan isteri kedua yang tidak mahu terlibat langsung dengan masalah yang dihadapinya.

Mari ikuti cerita penuh suami yang hidup berpoligami ini seperti dibawah supaya dapat dijadikan iktibar dan panduan untuk para lelaki yang berhasrat ingin berkahwin lagi.  Cukup istimewakah anda?

Semalam ada lelaki ni call. Dia nak suruh bagi tips dan konsultasi sebab dia poligami. Madam pun bebel panjang lebar pasal deklarasi harta sepencarian.



Dia take note.

Kemudian dia cakap macam ni, "madam, nak minta madam maklumkan pada lelaki-lelaki yang nak poligami. Nasihat saya, cukuplah 1 bini. Tak payah banyak-banyak. Jangan layan nafsu."

Terus madam masuk point, "yang encik layan nafsu juga kenapa?."

"Dah terperangkap madam. Ingatkan syiokk lah. Bini sana bebel, balik rumah bini sini. Macam lagu p.ramlee tu. Rupanya sakit kepala. Penat letih pun ada. Belanja 2 famili sebulan dah dekat 6 ribu. Gaji saya negatif dah madam sebab poligami ni." Dia mengeluh.

"Hah, dah nampak tak point kenapa mahkamah tak izinkan dulu?. Tapi encik juga yang yakin pegi nikah kat siam." Bertubi-tubi madam bahasakan dia.



"Itulah madam. Selama ni 1st wife banyak tolong. Dia tolong bayarkan bil, duit minyak kereta semua dia tak berkira. Taska anak duit dia. Sekarang ni sebab saya buat hal, dia tak nak tolong apa-apa dah. Saya pun janji nak bayar semua. 2nd wife pula awal-awal dah bagi warning, jangan usik duit dia. Saya ingatkan gaji 8k cukuplah untuk uruskan 2 famili. Dengan anak 6 ni. Rupanya memang tak cukup. Sekarang ni kerja lebih masa. Sebab nak dapatkan extra income. Weekend saya buat freelance. Masa dengan famili terus takde dah. Ingatkan bahagia poligami. Rupanya serabut otak dan penat badan je. Hmmm"

Hmmm...ini pengakuan seorang suami yang poligami. Kesian. Tapi dia masih teruskan tanpa menceraikan. Bagi dia, biarlah teruk macammana pun dia kena kerja, dia tak boleh aniaya mana-mana perempuan yang dah sah jadi isteri dia. Sekurang-kurangnya dia cuba untuk berlaku adil dalam hal nafkah dan tanggungan keluarga.

Semoga si suami ini tadi diberi kekuatan untuk hadapi kehidupan poligami.

Notakaki: nanti mesti ada yang cakap time management lelaki tu yg salah. Ok fine.

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "