18 Jan - Tantrum atau Temper Tantrum adalah perasaan atau emosi yang sering berlaku kepada kanak-kanak yang berusia 15 bulan sehingga 4 tahun. Mereka boleh marah, mengamuk dan menangis secara tiba-tiba.
Bukanlah sesuatu yang mudah untuk mengawal dan memujuk kanak-kanak yang sedang mengamuk dan menangis bila mereka tidak dapat apa yang mereka mahukan.
Teknik memujuk dan mengawal kemarahan kanak-kanak seperti ini menjadi cabaran kepada ibu bapa untuk menenangkan anak yang sedang mengamuk dan menangis.
Seperti apa yang ditulis oleh Dr Masjuki tentang Temper Tantrum ini. Menurut beliau, ramai ibu bapa yang putus asa apabila gagal memujuk anak mereka melalui kata-kata. Akhirnya ibu bapa pula yang mengamuk, emosi dan menjerit-jerit.
Tambah Masjuki lagi, semakin tinggi suara ibu bapa kepada anak yang sedang mengamuk, ia akan lebih merangsang anak-anak untuk melawan ibu bapa.
Teknik yang terbaik untuk mengatasi masalah ini ialah teknik pengabaian (No Touch, No Talk and No Eye Contact) atau Hukuman Masa (Time Out).
"Sebenarnya apabila kanak-kanak berada dalam gelojak emosi, mereka tidak dapat mendengar dengan baik atau berfikir secara waras," katanya.
Perkara ini berlaku kerana, bahagian otak mereka telah ditutup oleh limpahan hormon adrenalin yang disebabkan oleh runtunan emosi atau marah yang kuat.
Time-In pula adalah waktu untuk menyambung semula hubungan melalui perbincangan yang murni selepas anda dan anak-anak sudah kelihatan tenang.
Tulis Dr Masjuki lagi, sangat peting untuk ibu bapa mempelajari teknik seperti ini dengan bijak agar anak-anak akan suka mendengar dan bagaimana jadi pendengar yang baik untuk anak-anak suka bercakap dengan anda.
Berikut adalah penerangan penuh dari Dr Masjuki tentang teknik untuk mengawal kanak-kanak dari Temper Tantrum secara berkesan. Semoga dapat memberi manfaat kepada ibu bapa.
Ramai ibubapa yang kecewa dan putus asa apabila gagal memujuk melalui kata-kata untuk anak-anak yang sedang dalam keadaan mengamuk atau tantrum. Akhirnya ibubapa pula yang naik berang, emosional dan menjerit-jerit.
Sebenarnya lebih tinggi kita angkat suara, ia lebih merangsang anak-anak untuk melawan suara kita. Ia seolah-olah mencabar dan merangsang mereka untuk melawan. Sebab itu, cara terbaik ialah melalui teknik 'Pengabaian' (No touch, No Talk, No eye contact) atau Hukuman Masa (TIME-OUT).
Berikut adalah penerangan penuh dari Dr Masjuki tentang teknik untuk mengawal kanak-kanak dari Temper Tantrum secara berkesan. Semoga dapat memberi manfaat kepada ibu bapa.
Gambar Hiasan |
Sebenarnya lebih tinggi kita angkat suara, ia lebih merangsang anak-anak untuk melawan suara kita. Ia seolah-olah mencabar dan merangsang mereka untuk melawan. Sebab itu, cara terbaik ialah melalui teknik 'Pengabaian' (No touch, No Talk, No eye contact) atau Hukuman Masa (TIME-OUT).
TIME-OUT adalah hukuman yang meletakkan kanak-kanak di tempat yang sangat membosankan berikutan tabiat mengada-ngada (tantrum) atau sebarang perilaku buruk mereka. Kita putuskan hubungan biasa dengan mereka untuk satu jangka masa.
Sebenarnya apabila kanak-kanak berada dalam gejolak emosi, mereka tidak dapat mendengar dengan baik atau berfikir secara waras. Secara literal, bahagian otak mereka telah ditutup oleh limpahan hormon Adrenalin yang disebabkan oleh runtunan emosi atau amarah yang kuat. Begitulah juga kita selaku penjaga, jadi tidak rasional ketika kita emosional.
TIME-IN pula adalah waktu untuk menyambung semula hubungan melalui perbincangan yang murni selepas kita dan anak-anak sudah kelihatan tenang. Terangkanlah tentang salah laku dan kenakalan mereka. Semak dan rujuk semula segala peraturan yang telah mereka langgar atau arahan kita yang tidak mereka patuhi.
Penting untuk ibubapa pelajari cara bagaimana untuk bercakap dengan bijak agar anak-anak akan suka 'mendengar', dan bagaimana jadi pendengar yang baik agar anak-anak akan suka 'bercakap' dengan kita.
Perbetulkan tingkahlaku kanak-kanak dengan rasa hormat dan baik semasa sesi TIME-IN ini (bukan semasa mereka mengamuk). InsyaAllah mereka akan bertindak balas dengan rasa hormat dan penuh kebaikan terhadap kita juga.
Ketahuilah bahawa anak-anak memerlukan tahap belaian kasih sayang paling tinggi di saat mereka sepatutnya layak, atau sangat memerlukannya. Ketika ini, seboleh-bolehnya cuba didik disiplin anak-anak tanpa sebarang tekanan. Cuba berikan reaksi dan penjelasan yang lebih positif dan membina.
Semoga bermanafaat. Selamat mencuba. - Siakapkeli.my

Ayo daftarkan diri Anda di F4ns Bett1ng
BalasPadampin bbm 5ee80afe
Kalah melulu main di agen lain?
BalasPadammari coba disini Upd4te Bett1ng (7ACD8560)