Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

"Takkan Hari-Hari Beli Beras, Kau Bela Saka Ke," Lelaki Ini Curi Tumpuan Netizen, Balas 'Twit' Tentang 2 Barang Berharga Rm50

17 Jan 2018
2 ulasan

17 Jan - Baru-baru ini telah tular sebuah gambar di laman Twitter, seorang lelaki memuat naik sekeping gambar sebotol minyak masak dan sekampit beras dengan kapsyen, "2 barang ni dah RM50, kau lelaki dah bersedia ke nak kawin."

Gambar itu telah mendapat perhatian dari netizen dan telah mendapat pelbagai respon yang berbeza dari netizen sendiri.

Dalam kebanyakkan respon tersebut, ada satu 'Re-Twit' yang berjaya mencuri tumpuan penulis untuk dihuraikan dalam artikel kali ini.


Respon yang datangnya dari seorang pengguna Twitter bernama Hazrey juga memuat naik gambar barang-barang keperluan yang lebih banyak dan lebih murah berbanding lelaki tersebut.

Hazrey memuat naik gambar tersebut dengan kapsyen, "Ternampak orang Twit, dia beli minyak dan beras dah RM50. Ini semua tentang pengurusan wang dan bijak berbelanja. Semua dalam foto ini saya beli RM41.15 sahaja. Takkan hari-hari nak beli beras? Kau bela saka ke?"

Ada benarnya apa yang dikatakan saudara Hazrey. Ini semua tentang pengurusan wang dan cara anda berbelanja. Antara tips yang boleh digunakan ialah, cari kedai yang menawarkan harga paling murah. Di kebanyakkan tempat sudah banyak wujudnya kedai serbaneka yang menawarkan harga murah.


Selain itu, pilih jenama yang dijual dengan harga yang berpatutan. Sebagai pengguna yang bijak, memilih jenama barangan keperluan adalah satu kemestian agar anda tidak mudah tertipu dengan helah strategi pemasaran yang mana anda boleh membeli jenama A dengan harga yang murah berbanding jenama B yang lebih mahal dan memiliki kualiti yang sama dengan jenama A.

Tips yang seterusnya ialah, berjimat dengan penggunaan bahan masakan seperti minyak masak. Anda boleh mengurangkan penggunaan minyak masak supaya boleh bertahan dengan lebih lama untuk jangka masa sebulan.

Berikut adalah respon netizen terhadap gambar yang dimuat naik oleh Hazrey. Masing-masing mempunyai pendapat yang tersendiri.


Moralnya, semua pengguna berhak membuat keputusan mengikut kemampuan diri sendiri. Bak kata pepatah, "jika kail panjang sejengkal, lautan dalam jangan diduga." Ukurlah baju dibadan sendiri supaya pengurusan kewangan anda lebih efisyen dan stabil. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 2 ulasan )
  1. Ayo dukung team Anda bersama saya di Upd4te Bett1ng
    depo/wd hanya 50rb saja

    BalasPadam
  2. Mari bergabung dengan saya di www*F4nsBett1ng*com
    Proses cepat, aman dan terpercaya

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "