Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Berjauhan Dari Keluarga, Bapa Ini Sanggup Berjalan Setiap Malam Ke Stesen Keretapi Untuk Mendapatkan Wifi Percuma

17 Jan 2018

Suami yang setia dan ayah yang penyayang. Kerana tuntutan hidup, dia sanggup meninggalkan keluarga demi menyara anak dan isteri. Namun rindu pada keluarga mengatasi segalanya.

Salah satu cara bagi melihat keluarganya yang jauh adalah melalui panggilan video yang pastinya menggunakan sambungan internet. Mahu membeli internet, dia perlu berjimat cermat. Jadi satu-satunya pilihan yang ada adalah dengan menghabiskan masa berjalan setiap malam ke stesen keretapi yang terdekat bagi mendapatkan sambungan wifi percuma.

Kisah menyentuh hati ini menjadi viral apabila lelaki ini membuat satu panggilan video kepada keluarganya awal bulan lalu. Seorang penumpang yang kebetulan lalu di situ, telah menangkap gambarnya dan memuat naik gambar itu ke internet.


Gambar yang dikongsikan pengguna itu telah menarik komen ramai netizen dengan sesetengah orang menyatakan kasihan mereka kepada beliau. Ada yang turut mempersoalkan mengapa dia tidak hanya membayar pakej data bulanan supaya dia boleh membuat panggilan video setiap hari di asrama pekerja.

Ge Yuanzheng, yang berasal dari wilayah Henan, sama seperti kebanyakan pekerja asing China yang lain. Mereka harus menetapkan belanjawan yang ketat setiap bulan untuk membantu keluarga. Gee berpindah ke timur China pada bulan Oktober dan bekerja di sektor pembinaan. Gaji yang diperoleh beliau adalah sebanyak 200-300 yuan, bersamaan dengan RM100-200 sehari.




Beliau tinggal di asrama dengan rakan-rakannya dan hanya cukup makan. Menurut Ge, dalam tempoh tiga bulan dia berada di Shanghai, dia belum lagi melawat mana-mana tempat tarikan pelancong yang terkenal kerana takut menghabiskan wang tunai yang diperolehinya.


Bagi Gee, perkara yang jauh lebih penting adalah sentiasa berhubung dengan orang yang tersayang di rumah. Walaupun begitu, jelas beliau untuk berhubung tidak ada sebab baginya untuk membuang wang. Terdapat sambungan internet yang sangat baik di stesen keretapi bawah tanah di kawasannya yang boleh digunakan.

"Saya tidak mahu membelanjakan wang, tetapi saya merindukan rumah dan mahu bercakap dengan keluarga saya," ujar beliau.


Ge berkata dia berjalan ke stesen keretapi setiap malam, di mana dia boleh duduk selesa dan berbual dengan mesra. Setelah kisahnya menjadi viral, isteri Ge yang tidak disebut namanya melihat imej itu. Dia pada awalnya sedih kerana memikirnya suaminya yang perlu berjalan melalui bandar setiap malam hanya untuk membuat panggilan video kepada keluarga. Tetapi dia gembira apabila Ge menjelaskan bahawa dia dalam keadaan baik.


Pasangan itu mempunyai dua anak, seorang anak lelaki yang bekerja dan seorang anak perempuan yang belajar untuk menjadi seorang jururawat. Kos pendidikan anak bongsunya itu lebih kurang 30,000 yuan, lebih dari RM180,000 setahun.

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 2 ulasan )
  1. Ayo dukung team Anda bersama saya di Upd4te Bett1ng
    depo/wd hanya 50rb saja

    BalasPadam
  2. Mari bergabung dengan saya di www*F4nsBett1ng*com
    Proses cepat, aman dan terpercaya

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "