Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Sah Seorang Jemaah Umrah Lawat Ladang Unta Positif MERS-CoV, KKM Keluarkan Garis Panduan Sebelum Ke Timur Tengah

3 Jan 2018

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melalui Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah telah mengeluarkan satu kenyataan mengesahkan bahawa seorang lelaki berusia 55 tahun dari Selangor telah dijangkiti virus MERS-CoV setelah pulang dan tiba di Malaysia pada 23 Disember lalu daripada mengerjakan umrah.

Mengikut rekod, pesakit tersebut mengalami masalah kesihatan seperti demam, batuk, lemah badan, lelah dan sakit kaki pada 24 Disember sebelum dikejarkan ke hospital berdekatan dan menerima rawatan kes demam. Pada 28 Disember, dia kemudiannya datang ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) untuk menerima rawatan lanjut. Setelah meneliti rekod perjalanan pesakit, pegawai kesihatan di Hospital Sungai Buluh dan Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) pada 30 Disember kemudian menjalankan ujian saringan MERS-CoV dan mendapati pesakit positif ujian tersebut.

Melalui kenyataan tersebut lagi, KKM mengesahkan bahawa pesakit kini berada dalam keadaan stabil dan dirujuk ke Hospital Sungai Buluh untuk menerima rawatan lanjut. Pesakit juga memaklumkan bahawa dia ada menyertai lawatan ke ladang unta selain meminum susu mentah dan menyentuh unta ketika mengerjakan umrah tersebut.

KKM kini sedang menjalangkan aktivti pencegahan dan kawalan terhadap kontak rapat (close contact) pesakit termasuklah jemaah umrah kumpulan yang sama, keluarga pesakit petugas kesihatan yang merawatnya serta kontak rapat yang menaiki pesawat yang sama dengan pesakit. Oleh itu, pihak KKM akan mengeluarkan maklumat baru dari masa ke masa hasil daripada pemantau yang dibuat ke atas kumpulan-kumpulan yang dinyatakan.

Ujar kenyataan itu lagi, WHO hingga kini masih belum dapat mengenal pasti punca dan cara bagaimana virus tersebut merebak namun KKM menasihati semua jemaah umrah terutamanya untuk mengelak daripada terbabit dalam aktiviti menyentuh atau memakan / meminum produk mentah seperti susu, daging dan air kencing unta.



KKM pada masa yang sama juga mengeluarkan nasihat kesihatan kepada jemaah umrah atau mereka yang bercadang ingin melancong ke negara Timur Tengah seperti berikut :

1. Semasa dalam tempoh lawatan, selalu mengamalkan tahap kebersihan diri yang tinggi seperti kerap mencuci tangan dengan menggunakan air dan sabun atau bahan pencuci tangan (hand sanitizer), terutamanya selepas batuk, bersin atau selepas bersalaman.

2. Semasa dalam tempoh lawatan, sentiasa membawa bersama penutup mulut dan hidung (mask) serta bahan pencuci tangan (hand sanitizer) untuk digunakan apabila perlu.

3. Semasa dalam tempoh lawatan, elakkan dari mengunjungi kediaman atau institusi penjagaan kesihatan yang terlibat dalam kejadian jangkitan wabak MERS-CoV di negara tersebut.

4. Elakkan dari melawat ke ladang haiwan atau menyentuh sebarang jenis haiwan, khususnya unta.

5. Elakkan dari mengambil (iaitu memakan atau meminum) sebarang produk mentah / tidak dimasak dengan sempurna yang melibatkan unta; seperti susu, daging, air kencing dan produknya.

6. Mereka yang pulang dari lawatan ke negara-negara yang terlibat, khususnya negara di rantau Timur Tengah adalah dinasihatkan untuk mendapatkan rawatan dengan kadar segera, sekiranya mengalami gejala demam dan jangkitan respiratori (seperti batuk dan kesukaran bernafas), khususnya dalam tempoh 14 hari setelah tiba di Malaysia. Mereka perlu memaklumkan mengenai sejarah perjalanan mereka kepada doktor yang merawat.


KKM pada masa yang sama juga turut menggesa agensi pelancongan terutama yang menguruskan perjalanan jemaah umrah / haji agar turut memberi kerjasama dalam memperkukuhkan kesedaran mengenai MER-CoV terhadap jemaah yang diuruskan oleh agensi masing-masing.

Maklumat terkini berhubung MERS-CoV akan dikemaskini dari semasa ke semasa dan orang ramai boleh mendapatkan maklumat tersebut di laman web KKM dan Facebook CPRC Kebangsaan (National Crisis Preparedness Response Centre).

Sumber : Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia


Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 2 ulasan )
  1. ayo ditunggu apa lagi segera bergabung dengan kami di D/E/W/A/P/K
    menangkan uang jutaan rupiah, dengan minimal deposit 10.000 saja looo.
    ayo segera bergabung ya ditunggu lo ^_^

    BalasPadam
  2. ayo menang kan ratusan juta rupiah di FANSPOKER || tunggu apa lagi gan , segera daftar kan diri anda di WWW.FANSPOKER.COM
    || bbm : 55F97BD0 || WA : +855964283802 || LINE : +855964283802 ||

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "