Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

"Apa Itu Autisme," 3 Personaliti Hebat Kongsi Detik Pahit Manis Memiliki Anak-Anak Istimewa Ini

3 Jan 2018

3 Jan - Autisme adalah kecacatan perkembangan tegal yang melibatkan fungsi otak. Autisme dianggap sebagai sejenis kecacatan neurologi dan bukan kecacatan psikiatris mudah, walaupun ciri-ciri biasa termasuk masalah dengan perhubungan sosial dan komunikasi emosi dan juga pola biasa berkaitan dengan minat, aktiviti dan perangai.

Autisme juga melibatkan masalah dengan integrasi deria. Biasanya, autisme kelihatan pada usia awal tiga tahun. Dianggarkan bahawa autisme membabitkan dalam 2 hingga 6 kes setiap 1,000 orang, dan autisme 4 kali lebih kerap dalam kanak-kanak lelaki berbanding perempuan.

Baru- baru ini Public Health Malaysia menerusi laman Facebooknya telah berkongsi mengenai 3 personaliti hebat yang mengharungi kehidupan seharian dengan menjaga anak merek yang menghidapi autisme.


Tiga personaliti hebat itu ialah pelakon terkenal Zarina Zainuddin, Menteri Belia dan Sukan Malaysia YB Khairy Jamaludin dan akhir sekali komposer terkenal Edry KRU. Ketiga-tiga personaliti ini mempunyai ceritanya tersendiri dan ketabahan serta kesabarab mereka dalam mengharungi kehidupan seharian harus dicontohi dan diberikan pujian.

Jom bersama penulis mengikuti perkongsian yang bermanfaat dari Public Health Malaysia tentang Autisme dan kisah suka duka tiga personaliti popular tanah air ini.

Kenali Autisme

Menurut Google Trends, Kata carian " What is Autisme" telah menduduki tangga ke 5 bagi kata carian paling banyak di Google membuktikan isu ini semakin mendapat perhatian masyarakat. Di Malaysia, kata carian " Punca Autisme" mendominasi carian di google di ikuti dengan carian "ciri ciri autisme"


Kesedaran dan pengetahuan masyarakat mengenai Autisme adalah jauh lebih baik berbanding 10- 20 tahun lalu, namun masih terdapat banyak ruang untuk di tingkatkan dan di perbaiki.



Antara cabaran utama bagi ibu bapa dan keluarga yang memiliki anak anak autisme adalah stigma dan pandangan serong masyarakat kepada anak anak ini.

Berbanding golongan kurang upaya lain ataupun penyakit sindromik lain, kanak kanak autisme kelihatan normal dari segi fizikal ataupun luaran. Ini merupakan antara punca mengapa mereka sering di salah erti.

Perbezaan tingkahlaku yang di alami hanya dapat diketahui dengan memerhatikan tingkahlaku dan sikap mereka yang sterotype seperti ;

- Tiada atau lemah ‘eye-contact’

- Tiada tindakbalas apabila dipanggil (bukan kerana pekak)

- Tidak peka kepada perasaan orang di sekitarnya

- Mengulangi perkataan/frasa dituturkan oleh orang lain (echolalia)

- Kesukaran memulakan perbualan, sturuktur ayat tidak betul

- Mahu kekal pada rutin dan turutan yang spesifik dan tidak fleksibel

- Kerap lakuan pergerakan badan yang berulang (mengayunkan badan, berputar atau mengepakkan tangan)


Sebagai contoh, semasa menghadiri kenduri perkahwinan, kanak kanak autisme yang memiliki deria sensitif mungkin berasa tidak selesa dengan keadaan yang sesak dan bising di kenduri. Mereka mungkin akan mula "Tantrum" ataupun mengamuk di khalayak ramai. Selain itu, kanak kanak autisme juga memiliki minat yang mendalam terhadap sesuatu objek (obses). Jika di kenduri kahwin, kebiasaannya mereka begitu obses dengan pengantin dan pelamin. Oleh itu, mungkin kanak kanak ini akan sentiasa duduk hampir dengan pengantin dan suka berada di pelamin.

Bagi masyarakat yang tidak tahu dan tidak memahami isu ini, pasti ada yang mengelengkan kepala melihat aksi kanak kanak autisme ini. Tidak kurang juga yang menghina, " inilah akibat Ibu bapa tidak pandai didik anak". Ketahuilah, memukul, mengherdik dan meninggikan suara kepada kanak kanak autisme TIDAK membantu dan tidak berkesan sama sekali.


Hakikatnya, kanak kanak ini perlu di dekati dan di sayangi LEBIH dari kanak kanak lain. Sesungguhnya, penerimaan baik masyarakat kepada kanak kanak autisme akan meningkatkan fungsi sosial dan komunikasi mereka. Ketahuilah, mereka memerlukan "ANDA", masyarakat sebagai satu proses terapi.

Masyarakat juga di sarankan untuk menerima insan autisme dan keluarganya seadanya. Usahlah disukarkan dan tambah lagi bebanan mereka. Jangan diskriminasi atau disisihkan hanya kerana perbezaan mereka. Sikap toleransi yang tinggi, tidak mencerca, tidak merendahkan mereka serta memberi sokongan dari segi moral, kepakaran, tenaga dan kewangan yang termampu adalah yang terbaik.

Bersama ini, kami kongsikan beberapa Personaliti Hebat dengan anak autisme mereka. Setinggi penghargaan di ucapkan kepada personaliti personaliti hebat ini yang tampil berkongsi suka duka bersama anak anak Autisme.

Zarina Zainuddin


GAYA, penampilan, pemakaian dan raut wajah pasangan kembar ini tidak ubah sama seperti remaja lain yang sedang meningkat dewasa.

Wajahnya begitu bersahaja dan langsung tidak nampak sebarang kekurangan pada dirinya, namun disebalik 'kesempurnaan' itu, mereka sebenarnya anak istimewa yang menghidap masalah autisme.

Bagi yang tidak mengenalinya, mungkin akan mencemuh melihat perangai mereka seakanbudak nakal, tetapi jika mengetahui mereka adalah anak kepada selebriti Zarina Zainudin, sedikit sebanyak pasti mahu mengetahuinya.

Zarina mengakui bukan mudah menjaga anak autisme terutama apabila dikelilingi masyarakat yang kurang pengetahuan mengenai autisme.

Itulah yang dirasai oleh Zarina ketika menjaga anak bujang kembarnya, iaitu Muhammad Razil Azrai (Razil) dan Muhammad Raizal Azrai, 20 (Raizal).


Biarpun naluri keibuannya ingin melepaskan mereka seperti anak remaja lain, namun dek kerana keterbatasan, pergerakan perlu dikawal bagi mengelakkan kejadian lebih buruk berlaku.

Tanya saja apa cabaran yang tidak pernah berlaku, malah bermacam-macam perkara pahit sudah dilalui sepanjang meniti fasa kedewasaan. Anak hilang, dimaki orang, tidak dihiraukan ketika bersekolah semuanya sudah dirasai.

Ada ketikanya Zarina sedih dengan sikap sesetengah orang yang tidak memahami situasi mengenai anaknya.

"Siapa boleh bersabar jika anak dimaki, walhal anda tahu itu bukan sengaja dilakukan mereka. Baru-baru ini, Razil secara tiba-tiba minum air orang lain dan terus dimaki," katanya

"Tolong lihat dulu dan jangan terus bertindak memarahi dengan mengeluarkan kata-kata kesat. Saya boleh membayar apa saja yang anak saya lakukan, tetapi tolong fahami dan jangan melulu memarahi atau bertindak kasar pada mereka," katanya ketika ditemui di rumahnya, baru-baru ini.


Orang mudah menghukum insan seperti anaknya kerana tidak pernah berada di tempatnya dan merasai apa yang dilalui, bahkan tidak mengetahui apakah itu autisme.

Melihat situasi itu, Zarina sentiasa berhati-hati dalam memberi kebebasan pada anak kembarnya yang mempunyai karakter berbeza.

Razil dikategorikan sebagai hiperaktif, sukar dikawal, moodnya tidak boleh dijangka, tidak boleh membaca dan berkomunikasi berbanding adiknya, Raizal yang mengalami autisme sederhana.

Zarina berkata, meniti usia dewasa, masing-masing ada rutin sendiri, Raizal akan bangun seawal jam 6 pagi untuk solat Subuh, manakala abangnya Razil akan bangun jam 8 pagi.

Selesai bersarapan, mereka akan keluar membeli majalah dan semua jenis akhbar yang perlu dibaca dalam satu tempoh masa tanpa diganggu. Abang hanya suka menyelak majalah berbanding adik yang tahu membaca dan bercakap.


"Saya biarkan mereka. Jika ada masa lapang dan tiada penggambaran drama saya akan bawa mereka bersiar-siar bagi membiasakan diri dengan keadaan di luar," katanya.

Bahkan beliau juga memberi kelonggaran kepada Raizal untuk ke kedai dan bercukur jambang atau misai sendiri berbanding abangnya. Raizal sendiri akan tahu kedai yang mana perlu dituju dan ramai yang sudah mengenalinya.

"Bagi Razil, saya perlu menguruskan semuanya kerana bimbang jika berlaku kecederaan dan sebagainya," katanya.

Dalam keadaan anaknya begitu, Zarina bersyukur kerana Raizal diibaratkan sebagai pembantu peribadinya dalam apa juga situasi dan di mana-mana saja membabitkan abangnya kerana memiliki sikap pelindung.


"Jika saya membawanya keluar berjalan-jalan di pusat membeli-belah, Raizal sentiasa memegang tangan abangnya kerana bimbang akan berlari dan menghilangkan diri. Segala hal berkaitan dengan abangnya, semua akan diuruskan seperti ke tandas dan sebagainya.

"Di samping itu, saya beri wang kerana bimbang mereka akan mengambil apa saja barang tanpa dibayar. Saya sering memesan Raizal bayar apa saja yang diambil abangnya.

"Bahkan, saya juga beri telefon bimbit pada Raizal jika berlaku apa-apa yang tidak diduga," katanya.

Bebanan itu sedikit berkurangan apabila Raizal bijak memainkan peranannya sebagai adik. Razil pernah terlepas pegangan adiknya dan menyebabkan mereka berdua hilang di pusat membeli-belah.

Ketika itulah, telefon bimbit yang dibekalkan menjadi penghubung untuk mengetahui di mana kedua-duanya.

"Di rumah juga Raizal akan sentiasa memastikan abangnya terjaga. Ketika waktu makan, dia akan bersama-sama abangnya. Bagi saya itulah hikmah mereka dilahirkan sebagai pasangan kembar," katanya.


Jika beliau sedang menjalani penggambaran juga, anak-anaknya juga akan dibawa bersama tatkala tiba hujung minggu kerana ingin memberikan suasana berbeza.

"Saya tidak mahu mereka terkongkong di rumah. Saya akan bawa dua lagi anak lelaki saya, iaitu Muhammad Naim Azrai, 13, dan Muhammad Adam Azrai, 10. Mereka sangat memahami situasi abangnya.

"Madu saya juga akan datang ke rumah dan membantu melihatkan anak-anak saya. Mereka memanggil madu saya mama," katanya yang turut mengusahakan perniagaan makanan secara kecil-kecilan dan produk kosmetik.

Tiada apa yang beliau harapkan kecuali setiap orang lebih peka kepada masalah autisme ini dan tidak mudah menuding jari, menuduh membuta tuli jika berlaku sesuatu kejadian di luar dugaan.

Jadi pembantu peribadi ibu

Di sebalik masalah kesihatan yang dihadapi mereka, kedua-dua kembar terbabit mempunyai kelebihan tersendiri.


Raizal cekap dalam pengiraan membabitkan tahun dan akan segera menjawab dengan tepat setiap soalan diberikan.

Beliau juga mudah memberikan jawapan setiap nama perdana menteri dan tahun pemerintahannya, selain boleh mengingati setiap drama dan tahun ibunya kembali berlakon.

"Ibu mula berlakon pada tahun 1990 dan kembali aktif pada tahun 2007, drama bertajuk Tidak Pernah Ku Sesali. Sekarang ibu tengah buat penggambaran 1 Cinta dan drama akan datang lakonan ibu ialah Serunding Daging Abang Sado dan Roti Canai Kuah Rendang," kata Raizal mengenai lakonan ibunya.

Beliau juga menjadi pembantu peribadi Zarina ketika di set penggambaran seperti menandakan setiap skrip lakonan ibunya.


Perkara itu membuatkan beliau lebih terdedah dengan dunia luar dan membantunya menguruskan diri pada masa hadapan.

"Saya seronok tolong ibu ketika berlakon," katanya yang turut mendapat pendidikan di Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Sunway.

Sementara itu, Razil pula dengan dunianya sendiri dan sekali sekala turut diberi pendedahan dengan dunia luar.

Sumber: InTrend


YB Khairy Jamaludin



Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa Menteri Belia dan Sukan, YB Khairy Jamaluddin atau lebih dikenali sebagai ‘KJ’ mempunyai seorang anak yang menghidapi autisme. Anak lelaki keduanya, Timor Abdullah atau nama panggilannya Puma kini berumur 9 tahun. 

Berikutan dengan isu ini, baru-baru ini KJ menyatakan kebimbangan serta keprihatinannya terhadap isu ini melalui kenyataan di dalam Instagrammnya yang menyeru agar semua pihak perlu campur tangan pada peringat awal agar membolehkan mereka yang mengidap autisme mampu mengembangkan potensi serta bakat dalam diri mereka.

 Tambah beliau lagi, anak-anak istimewa ini tidak sepatutnya disembunyikan malah mereka sewajarnya digalakkan menjalani kehidupan gembira dan produktif seperti anak-anak biasa yang lain.


Khabarnya, Kementerian Belia dan Sukan akan bekerjasama dengan Persatuan Autisme Kebangsaan Malaysia (NASOM) dalam mencipta kemahiran di Institut Kemahiran Belia Negara bagi memberi peluang kepada anak-anak autisme ini belajar meningkatkan potensi dalam diri agar menjadi orang dewasa yang mampu berdikari.

 Baru-baru ini, berdasarkan laporan dalam salah satu akhbar tempatan Sinar Harian, KJ ternyata beremosi mengenangkan nasib kanak-kanak autisme sewaktu sesi ‘kupas buku’ yang berjudul Uniquely Human baru-baru ini.


Jelas beliau, “Buku ini mengubah hidup saya, mengubah cara saya mendekati anak saya sendiri dan bagaimana saya cuba untuk memahami dia tanpa cuba mengubah dia menjadi seperti anak-anak lain yang normal”.

Ternyata tindakan serta keprihatinan KJ memperjuangkan nasib golongan autisme mendapat respon serta pujian dari netizen. Thank you YB KJ!

Sumber: Glam Lelaki

Edry KRU




Edry bersyukur miliki anak autisme

Anggota kumpulan KRU, Edry Abdul Halim percaya kehadiran Emery merupakan anugerah paling bermakna buat dirinya walaupun dilahirkan dalam keadaan autisme.

Edry juga percaya semua rezeki diperoleh adalah untuk anak ketiganya itu yang pada bulan hadapan menginjak umur sembilan tahun.

“This special boy ialah anak ketiga saya, Emery. Dia dilahirkan dengan autisme dan next month umur nak masuk 9 tahun," ujarnya

“Its a lifetime commitment, dan saya percaya semua rezeki yang datang adalah untuk Emery. Dialah anugerah paling bermakna buat saya,” katanya menerusi status di Facebook.


Edry yang merupakan pemain synthesizer untuk Kumpulan Mojo turut mengucapkan rasa syukur apabila dikurniakan seorang isteri yang sabar dan penyayang untuk menjaga anaknya itu.

“Saya pasti ramai parents menghadapi kesukaraan membesarkan anak autisme, tetapi I’m blessed with seorang isteri yang sabar dan penyayang,” ujarnya.

Bersempena `Bulan Kesedaran Autisme’, pengarah dan juga penerbit itu mengajak agak semua pihak menyelidik informasi mengenai autisme supaya dapat memahami kehidupan insan istimewa itu.

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 1 ulasan )
  1. ayo ditunggu apa lagi segera bergabung dengan kami di D/E/W/A/P/K
    menangkan uang jutaan rupiah, dengan minimal deposit 10.000 saja looo.
    ayo segera bergabung ya ditunggu lo ^_^

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "