Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Pesawat AirAsia Membuat Lencongan Kecemasan Selepas Penumpang Meninggal Dunia Dalam Penerbangan

25 Jan 2018


Pagi semalam, pesawat AK416 AirAsia membuat lencongan dan mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai (LTAS), Johor selepas menerima aduan kecemasan semasa penerbangan melibatkan kru Air Asia sendiri (sebagai penumpang).

Menurut laporan media, mangsa digegaskan dengan rawatan perubatan segera namun disahkan meninggal dunia oleh doktor di lapangan terbang terbabit.

"Keluarga AirAsia sedih dengan kehilangan kakitangan kami ini dan kami mengucapkan takziah buat keluarganya.

"Kami akan memberikan sokongan yang diperlukan kepada keluarga mangsa ketika tempoh ini." - Harian Metro

Kru warganegara Indonesia berusia 46 tahun itu segera dihantar ke Hospital Temenggong Seri Maharaja Tun Ibrahim (HTSMTI), Kulai sebaik sahaja mendarat.

Pada masa yang sama, Ketua Polis Daerah Kulai, Superintendan Dzulkhairi Mukhtar ketika dihubungi mengesahkan AirAsia telah membuat laporan mengenai kejadian itu.

Selepas kejadian, menurut kenyataan AirAsia, pesawat tersebut kemudian berlepas dari LTAS pada 9 pagi dan mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Husein Sastranegara, Indonesia pada 10.11 pagi.

Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.


Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 3 ulasan )
  1. Terpercaya, Berpengalaman, CS ramah dan online 24 jam.
    Gabung dengan kami (www,updatebetting,co) dan dapatkan cashback 3% setiap minggunya.

    BalasPadam
  2. Daftar sekarang dan pasang jagoammu (F4ns Bett1ng)
    minimal depo/wd hanya 50rb

    BalasPadam
  3. AJOQQ menyediakan permainan poker,domino, bandarq, bandarpoker, aduq, sakong dan capsa :)
    ayo segera bergabung bersama kami dan menangkan uang setiap harinya :)
    AJOQQ juga menyediakan bonus rollingan sebanyak 0.3% dan bonus referal sebanyak 20% :)

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "