Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

(Video) Nak Test Bateri Original Atau Tidak, Bateri Telefon Meletup Selepas Digigit Seorang Lelaki

25 Jan 2018


Gara-gara desas desus bateri iPhone yang cepat drain, seorang laki-laki telah menggigit bateri iPhone disebuah kedai elektronik di Taiwan untuk menguji ketulenan bateri tersebut.

Kejadian ini berlaku pada Jumaat lalu, semasa dia mencari bateri ganti untuk iPhone miliknya.  Menurut laporan media, akibat perbuatannya itu bateri tersebut tiba-tiba meletup dan terbakar.

Lelaki dan teman wanitanya itu telah disambar api sebaik sahaja bateri yang digigit itu meletup.  Namun menurut pemeriksaan hospital, kedua-dua mangsa tidak parah.  Walaupun begitu, orang ramai yang berada didalam kedai tersebut pada masa itu sangat terkejut dengan letupan yang berlaku.


Seorang pakar siber telah mengkritik perbuatan lelaki berkenaan dengan berkata, "bateri tu bukannya emas, kenapa dia nak gigit?"

Memetik laporan media, lelaki berkenaan bertindak sedemikian kerana trauma dengan kedai-kedai elektronik di sana yang sering menjual barangan ciplak atau palsu.  Meskipun begitu, kedai tersebut menawarkan harga bateri murah kerana tindakan Apple yang memperlahankan sistem model lama dan memberikan potongan harga bagi bateri ganti diserata dunia.

Lelaki itu dikatakan hanya ingin mengambil langkah menguji ketulenan bateri tersebut, namun caranya itu salah kerana dengan mengigit tidak dapat membuktikan apa-apa pun.

Siakapkeli.my

Sumber: Taiwan News
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 2 ulasan )
  1. Terpercaya, Berpengalaman, CS ramah dan online 24 jam.
    Gabung dengan kami (www,updatebetting,co) dan dapatkan cashback 3% setiap minggunya.

    BalasPadam
  2. Daftar sekarang dan pasang jagoammu (F4ns Bett1ng)
    minimal depo/wd hanya 50rb

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "