Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

"Pernah Putus Asa Dengan Akdemik Anak," Ketabahan Wanita Ini Menjaga 2 Orang Anak Istimewanya Sangat Mengagumkan

20 Jan 2018

20 Jan - Seorang ibu telah berkongsi menerusi group Facebook Autisme Malaysia tentang anak-anaknya yang mempunyai keistimewaan yang tersendiri.

Beliau yang dikenali sebagai Norhayati memiliki 2 orang anak lelaki yang istimewa. Anak sulungnya yang menghidap Attention Deficit Hyperactive Disorder (ADHD) dan anaknya yang kedua menghidap Autism Spectrum Disorder (ASD).

Walaupun Hayati diduga sebegitu, namun semangat serta kesabaran yang beliau miliki harus diberi pujian kerana tidak semua manusia mampu untuk mengharungi ujian tersebut.

Menurut Hayati, kedua-dua anaknya tiada fasa merangkak ketika kecil tetapi terus duduk dan berjalan. Itu adalah sebahagian tanda-tanda autisme yang perlu anda tahu.

Pelbagai dugaan yang terpaksa Hayati tempuh untuk membesarkan anak-anaknya dan memberikan pendidikan yang sempurna untuk masa depan yang lebih cerah.

Usaha Hayati membuahkan hasil apabila anak sulungnya kini telah melanjutkan pelajaran di Sekolah Tahfiz selepas berjya lulus temu duga yang dijalankan oleh sekolah tahfiz berkenaan.

Anaknya yang kedua pula beliau daftarkan ke Program Pendidikan Khas (PPKI). Menariknya, anaknya yang kedua ini sangat suka memasak dan menonton rancangan masakan di televisyen telah menjadi hobi buat dirinya.

Jom ikuti kisah suka-duka yang ditempuh oleh Puan Norhayati untuk membesarkan anak-anak beliau yang sangat istimewa itu. Semoga dengan perkongsian ini dapat memberi pengajaran kepada pembaca dan membuka mata masyarakat tentang anak-anak autisme ini.


Salam dan selamat sejahtera, dah lama tak buat perkongsian di sini. Hanya nak share 2 org anak saya yang ASD + ADHD. Kedua-duanya ada kad oku dan kedua-duanya tiada fasa merangkak semasa bayi, duduk dan terus jalan. 

Mungkin coretan ini yg paling panjang kat page ini. Sebab sebenarnya saya memang tiada masa nk menulis panjang-panjang macam ni. Semoga perkongsian ini memberi manfaat untuk kawan-kawan yg lain dalam group ini. 

Alhamdulillah yang abang dah lulus temuduga dan baru 2 minggu mendaftar masuk di sebuah maahad tahfiz sains di utara ni dan manakala adiknya masih di tahun 3 PPKI. Walaupn keduanya ada asd dan adhd, byk behaviour yg tak sama semasa mereka masih kecil.

Saya juga pernah melalui fasa-fasa yg sukar, tak boleh makan kat kedai sebab anak akan berjalan atas meja mkn, menjerit-jerit dan macammacam lagi. Kenduri kawin pun terpaksa bergilir-gilir pergi sorang-sorang, sorang lagi kena jaga dlm kereta. 3 kali hampir hilang mencari merata-rata tempat. 


Pernah kena bersihkan dinding dan perabot rumah sebab habis dinding dan perabot-perabot kena sapu najis (time tu tengah masak kat dapur, tak sedar anak dah berak dalam pampers dia korek), telur habis sepapan kena pecah dan berguling-guling dengan telur pecah tu, tuang sabun cuci pinggan sebotol dan siap main luncur ski (time tu umi dia terlena. haha), pernah jatuh tergolek kat jalan raya kejar anak, tantrum kt mall dan banyak sangat-sangat lagi peristiwa-peristiwa yang mencabar kesabaran kami sekeluarga.

Saya pernah juga give-up dan pasrah dengan akademik anak yang 1st sebab bila dia di aliran perdana, banyak tertinggal dan tak dapat follow lesson kerana ADHD yg dia alami menyebabkan dia tak dapat fokus sepenuhnya dan pernah msukkan dia di PPKI(sebelum tu di kelas perdana kerana sekolah masih belum ada aliran PPKI). Dia juga pernah makan kertas exam bila terpaksa menghabiskan exam tersebut (banyak helaian dia stress penat tulis).

Alhamdulillah, selepas beberapa tahun mengalami kesukaran handle 2 anak ASD ni, semakin besar anak-anak dah semakin ok. Anak-anak memang tak pernah consume sebarang ubat or medication dan suppliments, sebab memang refuse makan ubat. Kalau demam pun memang tak pernah bagi ubat. 




Mujur mereka berdua ni sangat jarang demam, Alhamdulillah. Just lalui kehidupan mcm biasa tapi memang perlukan kesabaran yang tinggi, cuma bagi aktiviti yang mana bersesuaian dengan minat anak. Anak yg kedua amat minat memasak, channel tv kegemaran pun semua yg berkaitan memasak dan boleh statik tgk rancangan memasak. 

Anak yg ini ada speech delay dan mula bercakap dan keluarkan perkataan pertama mama umi ayah ketika berumur hampir 5 tahun. Juga ada sensory problem, jalan jengket-jengket, suka kotor, dan tak boleh pijak tikar getah sebab melekit-lekit. Tutup telinga bila dengar blender, vakuum.

Namun, terus boleh membaca bahasa melayu dan bahasa inggeris tanpa di ajar ketika mula bercakap pada umur 5 tahun. Hari-hari baca buku resepi, tengok youtube resepi, so sekarang ni kat rumah hanya melayan dia memasak sajalah(kena ready stok bahan baking). Banyak juga hasil masakan yg dah berjaya buat seperti kek, muffin, pizza. 

Nampaknya kelebihannya di situ sebab kadang-kadang dia yg ajar kita macam mana nak buat. Tapi lately kena tgk jugak sebab dia dh start tengok cara-cara memasak Naagin sebab umi dia duk layan citer Naagin kat rumah. hahaha, bahaya betul! (Naagin pun masuk dlm cerita ni haha).

Si abg tahun ni form 1 dan lalui peperiksaan upsr macam anak normal yg lain cuma dia di kategori calon MBK (dapat tambahan masa tapi tak asingkan kelas) tapi si anak tak gunakan sebab dia dh siap sama mcm kawan-kawan yang lain katanya. Sepanjang persekolahannya dari tahun 1-4 (aliran perdana) memang sangat mencabar. 


Buku tulisnya tak pernah siap dia salin dari sekolah. Setiap tahun, setiap subjek, memang tak kan lebih dari 10 pages yg berjaya salin. Tahun 1-2 tulisan memang tak boleh baca langsung (ada masalah psikomotor) tak boleh lompat, urus diri memang set teruk.



Alat tulis memang bukan kata hari-hari hilang, tapi setiap kali lepas rehat dah kosong pencil box. Bila hilang, satu kelas kena stop belajar sebab tantrum nak jugak carii even pemadam tu dah besar kuku jari kelingking hahaha. So di rumah memang macam kedai stationery buat stok alat tulis. Prestasi di tahap 1 masih ok, sehingga di tahun 4 dia mula stress sebab banyak sangat subjek. Drop sehingga grednya 3E 2F masa tu. Jadi saya buat keputusan masukkan dia di PPKI. Setahun di PPKI dia dah kurang stress dan mula fikirkan masa depan anak di sekolah menengah.

Semasa di PPKI dia turut ambil UPKK, dapatlah 3A 5B dengan cara dia yg memang tak baca buku langsung tu haha. Masuk tahun 6, saya mohon untuk anak menduduki UPSR sebab saya tahu anak saya boleh buat walaupn cikgu-cikgu PPKI ramai cadangkan dia ambik PASR sahaja takut dia stress. Disebabkan nak ambik UPSR, jadi anak perlu masuk aliran perdana semula, mungkin sebab dah semakin besar dan bila di tahun 6, dia mula boleh adapt. Saya tak hantar tuisyen tapi mula buat 1 to 1 dengan dia.

Saya tak harap banyak, harap dia lulus sahaja memandangkan dah banyak dia tertinggal. Selalu pesan kat dia is ok kita lambat, janji kita usaha, selalu beri kata-kata semangat disamping doa yg tidak putus-putus. Ujian awal tahun 6 masih dapat result 3D 3E. Jika orang lain buat 10 latihan, anak saya hanya mampu buat 3 sahaja. Memang dia tak boleh dan tak kan buat lebih dan akan stress. So memang kena pasrah, bagi saya janji dia konsisten buat. Alhamdulillah sehingga trial dia berjaya dapat 1A, ada B dan gred paling rendah C.

Sehingga UPSR keluar, walaupun resultnyer biasa-biasa sahaja lebih kurang trial, semua interview dia dapat. Ada yang lulus, ada yg tak. Cuma kami sangat bersyukur sebab dia lulus dan di terima masuk di sekolah sekarang. Walaupun dengarnya ada yg 3A dan 6A pun tak dapat masuk sebab tak lulus temuduga (saya ada tulis catatan anak autisme masa apply sek tersebut). So dah masuk 2 minggu dia di asrama penuh tersebut.




Walaupn minggu pertamanya 5 pasang stokin tinggal 1.5 pasang, bantal hilang, baju seluar semua tak tau kat mana, dia masih kuat semangat tak minta nak balik. Katanya seronok belajar kat situ, yg tak seronok barang-barang dia hilang haha (padahal salah letak aje, lepas tu jumpa balik) tapi seminggu 4 kali kami ulang alik tengok uruskan baju-baju dia sementara nak biasa. Mujur dekat dengan rumah.

Lega hati umi bila baru-baru ni kawan-kawan dia cakap ustaz kat situ sayang pada anak ni selalu letak dia di sebelah ustaz yg mengajarnya supaya tak hilang fokus. Lupa yg sorang ni memang kuat bercakap. Tak ada speech delay, sedikit asperger, so saya mmg pernah beberapa kali libatkan dia ke pertandingan inovasi peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

Alhamdulillah memang tak menghampakan walaupun pernah mengalami saat-saat sukar dia tantrum tak nak present dekat-dekat nak bertanding tu gara-gara bertukar bilik hotel bajet yang aircond dan tv brand qonda, mujur dah ok lepas tu.

Rasanya dah panjang sangat perkongsian saya kal ini. Saya mohon kawan-kawan tolong doakan anak-anak saya mudahan mereka istiqomah dalam apa jua bidang yg mereka ceburi. Masih jauh lagi perjalanan mereka. Saya juga doakan semoga kawan-kawan semua tabah hadapi cabaran dan rintangan. Semoga anak-anak kita semua berjaya di dunia dan akhirat. Hanya kepada Allah kita berserah, semoga ada sinar pada anak-anak kita semua. Salam sayang semua. 












Siakapkeli.my

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 2 ulasan )
  1. Daftar sekarang dan pasang jagoammu (F4ns Bett1ng)
    minimal depo/wd hanya 50rb

    BalasPadam
  2. Ayo Dukung Team Anda Bersama Kami di www(dot)Upd4teBett1ng(dot)com
    depo/wd hanya 50rb saja

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "