Gambar Hiasan |
Gula-gula, cokelat atau sebarang snek manis memang menjadi kegemaran kanak-kanak. Ada pula yang sampai memberontak terbaring dilantai-lantai pasaraya kerana hanya inginkan gula-gula yang dijual dikiosk berhampiran.
Tak sampai hati lihat anak menangis, ibu bapa pun lemah dan disogoklah gula-gula sebagai tanda kasihan. Namun, ketahuilah para ibu bapa apa itu gula? Gula merupakan karbohidrat ringkas yang membekalkan sumber tenaga segera yang mudah diserap oleh tubuh.
Terdapat dua jenis gula; yang pertama adalah gula semulajadi daripada buah-buahan, sayur-sayuran dan madu. Kedua, gula tambahan iaitu gula yang ditambah kedalam makanan atau minuman samada semasa diproses, dimasak atau secara terus. Gula tambahan ini juga berasal daripada sumber semulajadi tumbuhan atau haiwan.
Gula tambahan yang paling selalu kita dengar adalah, Sucrose, Corn Syrup Solid dan Glucose Syrup Solids. Kenapa perlu dihadkan pengambilan gula tambahan ini kepada anak-anak?
- Pengambilan gula berlebihan dalam jangkamasa panjang boleh meningkatkan berat badan dan penyebab obesiti. Keadaan ini menjadi lebih serius apabila kurangkan aktiviti fizikal dan diet harian yang tinggi lemak.
- Gula pembentuk karies gigi. Kementerian Kesihatan merekodkan kadar karies gigi meningkat setiap tahun.
- Masalah kelakuan seperti panas baran dan hilang daya tumpuan
- Kencing manis
- Tekanan darah tinggi
- Sakit jantung
Perkongsian daripada Hafiz Sulaiman yang sudah hampir 7 tahun mengamalkan diet tanpa gula ini juga telah menerapkan rutin itu kepada kedua orang anaknya. Tidak disangkal awal percubaannya dilalui dengan beberapa cabaran seperti badan lesu, loya, susah tidur dan rambut gugur namun kesan jangka panjang badan tanpa gula lebih penting. Ikuti perkongsian daripada Hafiz ini dan mungkin anda juga boleh mempraktikkannya bersama anak-anak.
MEMORI MANIS SEHINGGA KE AKHIR HAYAT
(Sape ada anak moleklah baca dan ambil iktibar)
Susah gila kan nak mula pantang gula
Sudah tentu sangat sukar
Awal-awal saya diet tanpa gula 7 tahun lepas
- Badan jadi lesu.
- Kepala berat dan berdenyut-denyut.
- Loya, sakit perut, perut berbunyi, kejap sembelit..kejap cirit.
- Nafas berbau..jerawat tumbuh banyak. Kulit jadi kusam.
- Mood macam orang lepas bersalin. Habis semua staf kat klinik kesihatan tu kena tempias err..sori
- Susah tidur, macam-macam fikir.
- Rambut pun gugur juga.
Kesan hanya sementara..tapi awal-awal diet memang mencabar sebab paling teruk reaksi ni. Kemudian jadi mudah insha Allah.
20-30tahun lamanya kita bebas mengambil gula sesuka hati.
Tanpa perasaan risau...gerun..tanpa fikir 2 kali.
Kita tak diberitahu bahaya gula.
Malah kesedaran tentang bahaya gula hanya bermula alaf baru ini.
Tak kurang juga bagi green light anak-anak kecil makan macam-macam manis.
Katanya anak perlu tenaga nak belajar kat sekolah..
"Fakta kata " tenaga diperlukan di sekolah setara daki gunung?
atau berenang 50 pusingan kolam renang?
Agaknya ikut logik kira-kira "fakta" anak-anak kena minum 10tin air manis ni untuk aktiviti di sekolah?
Kesian kita asyik dicuci minda ..kita kayakan mereka dengan korbankan anak kita.
Kita kesian tengok mereka menjerit menangis nak air manis nak gula-gula
Tapi kita tak kesian tengok badan debab mereka..kita sedapkan hati kata comel nii.
Anak-anak emo dan tantrum mungkin petanda ketagihan gula dan gangguan saraf.
Kita pun stres bila tak makan gula.
Begitu juga dengan anak-anak.
Bahaya gula ini bukannya bermula ketika kita dewasa.
Tetapi bermula sejak kita kecil lagi.
Saya sendiri sudah merasai pelbagai kesan sampingan ketagihan gula sejak kecil.
Memang sangat berbeza tahap kesihatan saya berbanding adik beradik saya yang tak suka manis.
Asyik sakit, alergi dan emosi tak stabil.
Alhamdulillah Allah bukakan hati saya..bukakan minda saya untuk terima ilmu bahaya gula.
Saya juga berazam melaksanakan tanggungjawab saya melindungi anak-anak saya daripada ketagihan gula.
Ia bermula daripada kecil.
Ia perlukan pengorbanan ketabahan kita tengok anak kita jerit mintak gula.
Ia perlukan keberanian kita sound baik-baik ibubapa kita yang suap gula pada anak-anak kita.
Ia perlukan pemahaman umum tentang bahaya gula ini.
Ketagihan ini lekat selamanya di "sistem limbik" otak..iaitu reward centre otak anak-anak kita.
Dopamin yang dikeluarkan secara berterusan akan merosakkan area frontal anak-anak kita yang merupakan
bahagian "kebijaksanaan" anak-anak.
Lagi banyak gula diperlukan untuk beri "ganjaran syiok" kepada otak kita.
Macam mana anak nak bijak kalau asyik sogok dengan gula.
Kita kena tunjukkan role model yang baik.
Biar anak kita rasa bersalah minum manis-manis ni.
BRAINWASH MEREKA
Jangan sampai kemanisan makanan itu sebabkan mereka teringat-ingat sampai besar.
Jangan sampai mereka jadi gemuk berpenyakit dewasa nanti sebab kita yang hadiahkan "memori manis" kepada mereka.
Percayalah..sangat susah nak pantang gula..
Tapi lebih susah bila dah addicted ni.. rasa gula tu teringat-ingat...jadi senang kita kelaut sebab MEMORI MANIS SUDAH TERPAHAT DI OTAK SAMPAI KITA MATI.
Jom kita usaha..jangan ulangi kesilapan kita.
Cegah anak kita jadi PENAGIH GULA.
Semoga Allah lindungi anak-anak kita daripada bahaya gula berlebihan.
SHARE dan TAG pasangan kita. Semoga jadi azam tahun baru untuk.kesihatan lebih baik. Nak tag mak pak mentua pun apa salahnya
Kembalilah kepada fitrah makanan yang halal dan toyyib. Elakkan mengikuti langkah syaitan.
Wallahua'lam
Daftar sekarang dan pasang jagoammu (F4ns Bett1ng)
BalasPadamminimal depo/wd hanya 50rb
Ayo Dukung Team Anda Bersama Kami di www(dot)Upd4teBett1ng(dot)com
BalasPadamdepo/wd hanya 50rb saja