Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

"Pakai Kain Sarong Atas Perut," Wanita Ini Kongsi Tips Menarik Untuk Memudahkan Proses Melahirkan Anak

19 Jan 2018

19 Jan - Melahirkan anak adalah satu detik yang sangat dinantikan oleh sepasang suami isteri. Terutama sekali kepada pasangan yang sudah lama menanti kehadiran cahaya mata.

Mudah untuk melahirkan adalah sesuatu perkara yang menjadi doa untuk para ibu ketika mengandung kerana itu adalah perkasa biasa dalam hidup manusia agar dipermudahkan segala urusan.

Pelbagai tips dan petua yang diamalkan terutama masyarakat melayu untuk wanita mengandung yang boleh dipraktikkan selagi amalam itu tidak melanggar hukum Islam.

Seperti apa yang diamalkan oleh seorang pengguna Facebook yang juga seorang ibu yang berkongsi beberapa tips yang digunakan ketika mengandungkan anaknya, Hayla Khadeeja Mohd Kazim.

Ibu kepada Hayla, Syamira Osman dikatakan telah dijaga oleh ibunya dan mengikut setiap petua yang diajar oleh ibunya supaya mudah untuk melahirkan anak.

Menurut Syamira, antara tips yang diamalkan ialah, memakai kain sarong atas daripada perut. Petua ini hendaklah diamalkan oleh ibu mengandung sehingga hari untuk melahirkan. Tips ini dikatakan bagi bayi dalam kandungan berada di posisi yang sepatutnya.

Gambar Hiasan
Selain itu, setiap kali mandi perlu menghisap air yang mengalir di hujung rambut untuk memudahkan anak dilahirkan ketika bersalin.

Tambah Syamira lagi, minyak kelapa dara jugasangat bagus untuk dibuat urutan ketika mengandung. Tujuannya ialah bagi melembutkan kawasan yang berisiko untuk terkoyak.

Jom ikuti perkongsian penuh oleh Syamira Osman tentang tips untuk memudahkan proses melahirkan anak.

Tips beranak.
Masa mengandung kan hayla dah masuk 5bulan mcm tu, wan hayla a.k.a nenek hayla suruh umy pakai kain atau seluar atas perut.

Kalau seluar tu susah la. Pakai kain sarong jugak yg senang pakai mesti atas perut. Sampai la nak beranak pom pakai mcm tu . Katanya untuk bg anak turun elok dan duduk pada kedudukan nya.

Tips lagi yg dia bg tiap kali mandi hisap air hujung rambut tu. Ni nak bagi senang beranak. Tapi tak mampu nak buat sebab terpotong rambut jadi pendek.


Adik Hayla Khadeeja
Masa 7 bulan umy dah start minum air selusuh yg wan ambilkan dgn ustaz . Ni air selusuh minum setiap hari. Yg ni bukan air selusuh yg bila jalan dah bukak bru kena minum.

Sambil2 tu umy amalkan makan kapsul minyak kelapa dara . Kapsul tu juga umy cucuk dgn jarum ambil minyak dia dan buat urutan perineum kat laluan bersalin tu . Ni tujuan untuk lembutkan kawasan tu dan kurangkan risiko berkoyak.

Ok. Bila 36 minggu tu umy tiba2 rasa perut mengeras lain mcm. Rasa tak selesa tapi tak sakit. Pagi pukul 8 umy pergi hospital nak check tengok-tengok dah buka 2 cm. So kena la tahan wad sebab 36 minggu jalan dah buka. Duduk la umy di dalam wad tapi tak sakit.

Petang tu wan hayla datang bawa kan milo panas campur dengan manjerin dan telur ayam kg 2 biji mentah2 suruh umy habiskan semua tu. Ni nak bagi ada tenaga dan cepat jalan buka.

Sambil-sambil tu umy buat jalan itik pusing katil umy

Tiba2 lepas pada tu kuar darah. So nurse kata tu tanda nak bersalin dah tu. Tapi tak sakit lagi juga. Tunggu la dulu.




Lepas magrib tiba2 rasa tak sedap perut. Rasa contraction. Lepas isyak makin kuat. Pukul 11 pm mcm tu check jalan 9 cm. So umy di suruh ambil barang-barang baby sebab dah nak masuk labour room. Umy masih boleh berjalan ke labour room. Tak sempat naik wheelchair.

Masuk labour room nurse pecah kan air ketuban dan check jantung baby. Elok je siap check tu terus umy teran .hahahahha tak tahan .kuar la hayla sekali teran.

Alhamdullilah takde koyakkan apa-apa. Baby pom sihat hendaknya. Dalam 15 minit umy dok labour room.

Berbaloi jugak umy amal segala tips-tips tu. Tak cuba tak tahu kan . Mungkin rasa macam leceh dan mengarut tapi yang penting semua dengan izin Allah.

Rindu nak beranak lagi. 


Tips dan petua ini sepenuhnya dipetik melalui Facebook Syamira Osman dan bukannya daripada Siakap keli. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 2 ulasan )
  1. F4ns Bett1ng, s1tus Jud1 b0la 0nline terpercay4
    minimal dp/wd 50rb

    BalasPadam
  2. Upd4te Bett1ng, sbo, ibcbet, s4bung 4yam, t4ngk4s dp50 wd50

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "