Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Pernah Tak Korang Terfikir Kenapa Masyarakat Cina Bagi Buah Limau Semasa Perayaan Tahun Baru Cina.

19 Jan 2018
2 ulasan

Tahun Baru Cina menandakan permulaan tahun baru bagi kalender masyarakat Cina. Bersama-sama dengan warna merah, tanglung, mercun dan pakaian ‘cheongsam’, tak lupa juga dengan tarian naga yang melambangkan kemenangan menumpaskan makhluk ganas bernama ‘Nian’.

Masyarakat Cina akan menyambut ulang tahun pada malam sebelum Tahun Baru dengan kesemua ahli keluarga berkumpul, selalunya di rumah keluarga paling tua. Hidangan seperti ikan, daging ayam, buah limau akan menjadi pilihan.  Ikan yang menariknya tidak dimakan habis, bakinya disimpan semalaman melambangkan “semoga ada lebihnya untuk tahun mendatang”.


Tetapi dalam banyak-banyak tu, korang tak terfikir ke kenapa masyarakat Cina selalu bagi buah limau semasa Tahun Baru Cina?. Untuk pengetahuan korang, masyarakat Cina suka bermain dengan kata-kata dan simbol. Buah limau contohnya memberi makna ‘emas’ atau ‘kemewahan’.

Sebab tu kalau kita tengok masyarakat Cina semua kaya-kaya, sebab diorang makan buah limau lah. Seulas buah limau bersamaan dengan 100g emas. Haa, siapa yang nak kaya tu pergi makan buah limau banyak-banyak. Jangan sampai tumbuh pokok limau dalam perut sudah. Okay, jangan percaya. Itu simbolik je.

Begitu juga dengan persoalan kenapa kuih tart nenas sangat femes sewaktu perayaan Tahun Baru Cina. Sebab itu kita selalu dengar masyarakat Cina cakap “Ada ONG la hari ini”, kerana mereka percaya dengan simbolik perkataan, ‘nenas’ dalam dialek Hokkian bermaksud ‘tuah’ atau ‘rezeki’.


Itu dari segi permainan perkataan, kalau kita lihat dari segi simbol, kebanyakkan tradisi Cina bermain dengan objek bulat. Bentuk bulat dipercayai dapat membawa kebahagian berganda sepanjang musim perayaan. Malah ada pepatah Cina mengeksresikan bentuk bulat sebagai bentuk syurga yang mencerminkan kehidupan abadi yang harmoni.


Bercerita pasal bentuk bulat ni, korang pernah makan Yee Sang tak? Sama jugak konsep dia. Yee Sang atau Lou Sang dihidangkan menggunakan pinggan bulat dan masyarakat Cina berkumpul dalam satu bulatan sambil ‘toss’ dan campurkan bahan-bahan atau dalam bahasa kasarnya melambung makanan ke udara sambil menyebut “Loh Hey” yang bermaksud “semoga tahun ini lebih baik daripada tahun sebelumnya”.


Psstt, memandangkan korang yang tengah membaca ni macam tak pernah je makan Yee Sang, apakata korang try Cheese Sang Cheesy Bites, menu baru yang diketengahkan oleh Pizza Hut menjelang sambutan Raya Cina.

Menu baru ini menggunakan semula konsep hidangan Yee Sang dan kombinasi bulat piza. Piza mewah ini dihiasi dengan limpahan udang tempura rangup, bersama rasa klasik sos  telur masin dan taburan keju cheddar dan mozzarella. Anda juga akan diselangi dengan gigitan nenas yang menghasilkan satu rasa yang ajaib. Serius tak tipu.


Yang pastinya akan membuat anda terpukau dengan keasyikan rasa Yee Sang versi moden ini, bagaikan letusan bunga api pada malam Tahun Baru.


Korang boleh mula serang Pizza Hut yang berdekatan bermula 15 Januari ini dengan tanda harga RM38.00 untuk ala carte. Tetapi nak makan Cheese Sang Cheesy Bites Pizza Hut korang kena ‘toss’ ke udara guna chopstick dulu. Kalau tak korang takdapat feel Raya Cina lah. Jangan baling tinggi-tinggi sangat, nanti orang lain sambar masuk mulut.

Jom kita serang Pizza Hut! Boleh layari lama rasmi Pizza Hut untuk informasi dan keterangan lanjut www.pizzahut.com.my atau seperti biasa, korang boleh je call terus nombor yang selalu keluar iklan kat TV tu 1-300-88-2525, yang penulis tahu sentiasa teringiang-ngiang dalam kepala korang semua.

 Selamat Tahun Baru Cina!



Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 2 ulasan )
  1. F4ns Bett1ng, s1tus Jud1 b0la 0nline terpercay4
    minimal dp/wd 50rb

    BalasPadam
  2. Upd4te Bett1ng, sbo, ibcbet, s4bung 4yam, t4ngk4s dp50 wd50

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "