Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

''Pakcik Tau Pakcik Orang Susah, Buta Sebab Tu Orang Tak Nak Tolong Pakcik'' - Lelaki Kongsi Kisah Pakcik OKU Buat Netizen Sebak

19 Jan 2018
2 ulasan


Tidak semua orang bernasib baik dalam kehidupan. Kita mungkin rasa kita susah, tapi sebenarnya ada lagi yang susah dari kita. Mempunyai pekerjaan, keluarga, tempat tinggal, sihat dan yang paling penting sempurna tubuh badan, nikmat tuhan yang harus disyukurkan.

Bayangkan jika kita hidup seorang diri, tiada keluarga mahupun tempat bergantung, lebih sedih tidak dapat melihat seperti orang lain. Bagaimana kita mahu meneruskan hidup? Hanya yang cekal sahaja mampu bertahan.

Perkongsian dari Irzaq Khalis yang tular di facebook ini menyentuh hati netizen. Pertemuan beliau dengan seorang pak cik yang berstatus orang kurang upaya (OKU) ini adalah secara kebetulan ketika beliau dalam perjalanan untuk membeli makan tengahari. Menyedihkan, tiada satu pun kenderaan yang berhenti untuk membantu walaupun jelas pakcik itu berdiri di tengah panas meminta bantuan.

Jom kita ikuti perkongsian beliau di bawah. Kisah ini boleh dijadikan contoh untuk semua. Moga ada lebih ramai lagi insan yang berhati mulia seperti lelaki ini dalam membantu mereka yang memerlukan.

Sedikit coretan & nukilan. 

Semalam sebelum masuk waktu solat zohor, saya on the way lunch di nasi ayam maharaja (keramat permai), terjumpa pakcik ni kat depan hotel seeds dan berdiri kat tengah panas sambil memegang kertas bertulis, "Tolong Hantar Saya ke Masjid Muadz''.

Yang saya perhati ketika itu,banyak kereta yg lalu lalang tp takde satu pun yang stop by and offer nak hantarkan.. Dengan rasa rendah diri,saya berhenti kereta depan pakcik ni and bawa dia masuk kereta..
Sambil tu sempat lah borak and tanya2 pakcik ni..



Pakcik ni cakap dia dah lama stay kat hotel seeds .. memang inilah rumah dan tempat tinggal dia.. and everytime nak masuk waktu solat,dia akan berdiri and tunggu kat depan hotel smile tu,tak kisahlah berapa lama pun sampai ada yg sudi tumpangkan dia..

Yang sedihnya,pakcik ni cakap , ‘byk sgt kereta lalu lalang tapi takde satu pun yg berhenti..pakcik tau pakcik orang susah , pakcik buta sebab tu orang taknak tolong pakcik’ .. Ya ALLAH sebak rasanya hati ni masa dengar tu..
 
Pakcik ni pun ada mengadu yg baitulmal pun susah nak tolong walaupun dia ni OKU,kalau dpt pun tak banyak and lambat ..BRIM pulak lambat lagi dapat .. Sedih bila dengar orang mcm ni mengadu nasib dia kat kita ..

So bila saya dh drop pakcik ni dalam kawasan Masjid Muadz Setiawangsa,saya sempat sedekahkan sikit mana yg saya mampu,and pakcik tu tanya , ‘warna apa ni’? Then saya bgtau warna apa..


* Saya buat status ni bukanlah utk riak,tapi saya nak minta tolong dan remind kat semua yg berdekatan area Keramat Permai / Setiawangsa , kalau sesiapa nampak pakcik ni tgh berdiri sambil pegang kertas,atau pun sesiapa yg solat di Masjid Muadz Setiawangsa,minta tolong tumpangkan dia.. tak susah pun,hantar dekat2 situ je... 

Janganlah sekilas pandang atau sepintas lalu tanpa memberikan bantuan...pakcik ni tak minta wang ringgit pun,dia nak minta tumpang pergi atau balik dari masjid je... 

* Bagi yg tidak tahu pakcik ni tinggal di Seeds Hotel,Keramat Permai ( same row building KRU lama,sebelah Caltex and dekat dgn LRT Setiawangsa )
Semoga kita semua mendapat Rahmat dari-NYA , InsyaAllah .....

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 2 ulasan )
  1. F4ns Bett1ng, s1tus Jud1 b0la 0nline terpercay4
    minimal dp/wd 50rb

    BalasPadam
  2. Upd4te Bett1ng, sbo, ibcbet, s4bung 4yam, t4ngk4s dp50 wd50

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "