Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Masih Ramai Menggunakan Vape Selepas Disahkan Tidak Selamat, Ini Jawapan Terkini Dari KKM

30 Jan 2018
Gambar Hiasan
30 Jan - Penggunaan e-cigarette ataupun Vape telah lama menapak di Malaysia dan ramai daripada rakyat Malaysia masih menggunakannya walaupun Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengeluarkan kenyataan bahawa e-cigarette tidak selamat untuk digunakan.

E-cigarette ataupun rokok elektronik ini dikatakan kononnya mampu membuat seorang perokok tegar berhenti daripada merokok. Cecair nikotin yang digunakan di dalam rokok elektronik didakwa boleh memenuhi keperluan nikotin yang diperlukan oleh seorang perokok tegar.

Pelbagai persoalan yang dibangkitkan oleh netizen selepas KKM mengisytiharkan e-cigarette tidak selamat untuk digunakan. KKM menerusi laman Facebook rasminya telah menjawab beberapa persoalan yang berbangkit mengenai isu ini.

Gambar Hiasan
Antara yang dibangkitkan ialah, tindakan susulan KKM apabila masih ramai lagi yang menggunakan e-cigarette. Menurut KKM, mereka akan mengawal pengedaran dan penjualan e-cigarette khasnya cecair nikotin e-cigarette dengan menggunakan peruntukan-peruntukan di bawah Akta Racun 1952, Akta Jualan Dadah 1952 dan Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984.

Berikut adalah kenyataan rasmi daripada KKM tentang isu berbangkit mengenai e-cigarette.

PENJELASAN KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA BERKENAAN E-CIGARETTE (VAPE) DAN CECAIR NIKOTIN E-CIGARETTE

1. Walaupun Kementerian Kesihatan Malaysia telah mengeluarkan kenyataan berkaitan e-cigarette, adalah didapati ramai yang masih dan terus menggunakan e-cigarette, apakah tindakan susulan pihak Kementerian?
Jawapan : Kementerian Kesihatan akan mengawal pengedaran dan penjualan e-cigarette khasnya cecair nikotin e-cigarette dengan menggunakan peruntukan-peruntukan di bawah Akta Racun 1952, Akta Jualan Dadah 1952 dan Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah Dan Kosmetik 1984.

Nikotin adalah merupakan bahan racun yang dikawal di bawah Akta Racun 1952 dan hanya dikecualikan untuk rokok atau produk tembakau. Penjualan produk nikotin hanya boleh dibuat melalui ahli farmasi berlesen dan pengamal perubatan berdaftar. Mana-mana orang selain daripada mereka yang disebut di atas yang menjual cecair nikotin e-cigarette adalah melakukan satu kesalahan dan boleh dihukum dengan denda tidak melebihi RM3,000 atau penjara tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali di bawah Akta yang sama.




Pada masa yang sama, pengedaran dan pembekalan cecair nikotin e-cigarette memerlukan pendaftaran dan kelulusan daripada Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan, Kementerian Kesihatan Malaysia. Mana-mana orang yang mengedar atau membekalkan cecair nikotin e-cigarette tanpa kelulusan adalah melakukan satu kesalahan di bawah Akta Jualan Dadah 1952 dan boleh dihukum dengan denda tidak melebihi RM 25,000.00 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali di bawah Peraturan yang sama.

2. Sehingga kini, adakah sebarang penyakit kronik disebabkan penggunaan e-cigarette dilaporkan di Malaysia?

Jawapan : Setakat ini, Kementerian Kesihatan belum ada menerima laporan penyakit yang disebabkan oleh penggunaan e-cigarette di Malaysia. Walau bagaimana pun, oleh kerana keselamatan penggunaan e-cigarette belum lagi disahkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan cecair e-cigarette yang didapati mengandungi nikotin, adalah dijangkakan pengguna e-cigarette juga mengalami risiko-risiko kesihatan sama seperti perokok kerana nikotin boleh menyebabkan penyakit jantung dan penyakit saluran darah selain daripada keracunan akut sekiranya melebihi dos nikotin. Kajian juga menunjukkan nikotin boleh menggalakkan pertumbuhan sel-sel kanser dan wanita mengandung yang menggunakan nikotin mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk melahirkan bayi yang mengalami kecacatan kelahiran berbanding dengan wanita yang bukan perokok.

Gambar Hiasan
3. Dari manakah pengedar cecair nikotin ini mendapatkan bekalan walaupun bahan itu merupakan bahan kawalan?

Jawapan : Pengimport dan pengedar e-cigarette tidak mengisytiharkan cecair nikotin e-cigarette sebagai produk nikotin atau mengisytiharkannya sebagai barangan elektronik atau bercampur aduk dengan barangan lain dan tidak mengisytiharkannya semasa membawa masuk e-cigarette dan cecair e-cigarette ke Malaysia.

4. e-Cigarette dilihat sebagai alternatif terbaik di kalangan pengguna untuk membuang tabiat merokok berbanding niko patch dan gula-gula nikotin yang disyorkan Kerajaan, apakah komen dari pihak Kementerian?

Jawapan : Kementerian Kesihatan Malaysia merujuk kepada nasihat teknikal daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengenai produk e-cigarette (WHO Technical Report Series, no. 955 di http://www.who.int/…/publicatio…/prod_regulation/trs_955/en/) yang menunjukkan bahawa kegunaan dan keberkesanan e-cigarette sebagai alat bantuan berhenti merokok masih belum disahkan, manakala keselamatan cecair nikotin e-cigarette adalah meragukan. 

Selain daripada tahap kepekatan cecair nikotin yang tidak mengikut tahap yang dilabelkan, ada juga cecair e-cigarette yang dilabelkan sebagai kosong (0 mg) nikotin telah didapati mengandungi nikotin, kajian US Food And Drug Administration (USFDA) pada tahun 2009 telah menunjukkan cecair e-cigarette turut dikesan mengandungi bahan-bahan kimia merbahaya seperti diethylene glycol yang beracun dan nitrosamine yang boleh menyebabkan kanser. 

Pengambilan nikotin yang berlebihan boleh menyebabkan keracunan akut manakala WHO juga memberi amaran bahawa kemasukkan nikotin terus ke dalam paru-paru berkemungkinan boleh menyebabkan kesan keracunan dan ketagihan yang lebih memudaratkan.

Berpandukan nasihat teknikal daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan penemuan hasil kajian yang menunjukkan bahaya cecair nikotin e-cigarette, setakat ini, Kementerian Kesihatan tidak memperakui e-cigarette sebagai alat bantuan berhenti rokok dan tidak menggalakkan orang ramai menggunakan e-cigarette. 




5. Apakah yang patut dibuat oleh pengedar e-cigeratte untuk produk mereka berdaftar di Malaysia. Berapakah produk yang telah didaftarkan?

Jawapan : Pengedar e-cigarette perlu memohon kepada Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan, Kementerian Kesihatan Malaysia untuk pendaftaran dan kelulusan produk e-cigarette mereka dan memenuhi semua prosedur untuk pengesahan keselamatan produk tersebut sama seperti pendaftaran untuk bahan racun dan ubatan.

Setakat ini TIADA e-cigarette yang telah mendapat pendaftaran dan
kelulusan Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan kerana keselamatan produk tersebut tidak dapat dijamin.

6. Apakah nasihat Kementerian Kesihatan kepada orang ramai mengenai e-cigarette?
Jawapan : Kementerian Kesihatan mengambil berat terhadap kesihatan semua Warganegara termasuk para perokok. Kementerian kesihatan ingin memastikan produk e-cigarette yang dijual di pasaran adalah selamat untuk digunakan. 


Sehubungan itu, mana-mana orang yang ingin membekal, mengedar atau menjual e-cigarette perlu memohon kepada Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan, Kementerian Kesihatan Malaysia untuk mendapatkan pendaftaran dan kelulusan produk e-cigarette mereka sebelum terlibat dengan aktiviti pengedaran atau penjualan e-cigarette. Kementerian Kesihatan Malaysia juga menasihati orang ramai agar tidak menggunakan produk e-cigarette kerana keselamatan e-cigarette belum disahkan. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 4 ulasan )
  1. F4ns Bett1ng
    B0l4, C4sin0, s4bun9 4yam, T0gel dll.. dp50 wd50

    BalasPadam
  2. Daftar sekarang dan pasang jagoammu (Upd4te Bett1ng)
    minimal depo/wd hanya 50rb

    BalasPadam
  3. Adakah anda dalam masalah kewangan? Adakah anda perlukan a
    pinjaman untuk memulakan perniagaan atau membayar bil anda? Kami
    memberi pinjaman kepada orang yang memerlukan bantuan dan kami memberi pinjaman kepada syarikat tempatan, antarabangsa dan juga pada kadar faedah yang sangat rendah sebanyak 2%.
    Sapukan Sekarang Melalui E-mel: (leonardodorafinance@gmail.com)
    Terima kasih dan Tuhan memberkati

    BalasPadam
  4. AJOQQ menyediakan permainan poker,domino, bandarq, bandarpoker, aduq, sakong dan capsa :)
    ayo segera bergabung bersama kami dan menangkan uang setiap harinya :)
    AJOQQ juga menyediakan bonus rollingan sebanyak 0.3% dan bonus referal sebanyak 20% :)

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "