Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Elak Kereta Terbabas Sebab Lipas Lagi, Pakar Kawalan Serangga Kongsi Teknik Halau Lipas Dalam Kereta

30 Jan 2018

Ekoran insiden semalam yang melibatkan seorang wanita di Singapura berusia 61 tahun yang terbabas ke laluan jejantas apabila terkejut dengan kehadiran lipas yang tiba-tiba berada didalam keretanya.

Bahagian hadapan keretanya rosak teruk namun wanita terbabit hanya mengalami cedera ringan.  Disebabkan itu, ramai netizen telah memberikan tips-tips mengawal serangga perosak sehinggalah kepada beberapa teknik yang dirasakan tidak masuk akal.

Namun pun begitu, pihak The Straits Time telah meminta pakar kawalan makhluk perosak untuk berkongsi beberapa tips dan mitos tidak benar berkenaan penjagaan rapi dalam kereta:

1. ELAK MAKAN DIDALAM KERETA




Lipas sangat sukakan makanan.  Meninggalkan kereta anda dalam keadaan yang penuh dengan sisa makan adalah salah satu cara paling baik menarik minat lipas untuk berada didalam kereta anda lebih lama.

Jika makan didalam kereta adalah satu benda yang tidak boleh dielakkan terutama kepada mereka yang mempunyai anak kecil, anda perlu segera membersihkan kereta selepas itu.

Lipas juga tertarik dengan keadaan yang lembap, jadi sebarang ketumpahan yang berlaku didalam kereta harus segera dilap.

2. KERAP MEMBERSIHKAN KERETA TERUTAMA BAHAGIAN TERSOROK




Membersihkan kereta secara kerap adalah cara terbaik untuk mengelakkan daripada kereta anda menjadi kunjungan lipas-lipas ini.  Namun, ada beberapa kawasan dalam kereta yang sering diabaikan ketika pembersihan seperti bawah karpet, ruang diantara kerusi dan sisi pintu.

Selain daripada mengelap, pemilik kenderaan juga dinasihati untuk 'vacuum' dan menyembur cecair pembasmi serangga perosak.

Disamping itu juga, lipas cenderung menyembunyi dan membiak dikawasan tersorok seperti dibot kereta.

Simpan segala perkakas, kasut atau barang anda kedalam bekas plastik atau penutup ketat. Ini kerana lipas boleh beralih daripada satu tempat ke satu tempat yang lain tanpa anda sedari.  Seperti daripada beg membeli belah anda kedalam kereta.  Oleh itu penting untuk anda melakukan sedikit pemeriksaan untuk memastikan bahawa tiada sebarang serangga perosak yang mengikut  sehingga kedalam kereta.

3. ELAK MELETAKKAN KERETA ANDA BERDEKATAN LONGKANG ATAU TONG SAMPAH




Pemilik kereta perlu mengelakkan diri anda daripadaa meletak kereta dikawasan yang selalu lipas diami seperti dilongkang kumbahan atau tong sampah.

Penyaman udara kereta adalah salah satu punca dimana lipas boleh keluar dan masuk.

Pastikan kesemua tingkap, pintu dan ventilasi udara ditutup rapat sebelum meninggalkan kereta anda.

4. BERHATI-HATI MENGGUNAKAN RACUN PEROSAK




Racun perosak ini bertindak secara cepat untuk membunuh lipas namun anda perlu berwaspada dalam menggunakannya.

Jangan duduk terlalu lama didalam kereta selepas racun perosak disembur kerana bahan kimianya adalah jenis mudah terbakar.

Pakar kawalan serangga menasihatkan agar pemilik kereta meletakkan perangkap lipas dibawah kerusi kenderaan jika keberadaan lipas telah dikenal pasti.

5. DAUN PANDAN KERING TIDAK MEMBERI KESAN KEPADA LIPAS




Kebanyakan warga Singapura mempercayai bahawa aroma daripada daun pandan boleh menjauhkan daripada kehadiran lipas sebagai salah satu medium semulajadi.

Pakar Entomologist, Dr Chan Hiang Hao berkata, "daun pandan mungkin boleh mengelakkan kehadiran lipas namun, mereka tidak boleh dibunuh."  Tambahnya lagi, "jika daunnya kering, ia boleh menjadi sumber makanan kepada lipas dan serangga perosak lain."

6. KEHADIRAN LIPAS WAKTU SIANG BERMAKSUD MASALAH INFESTASI SERIUS




Kes paling serius dihadapi oleh pakar pengawal serangga perosak melibatkan kehadiran lipas yang direkodkan pada waktu siang.

"Lipas ditemui ditempat duduk, tepi sisi pintu, atas karpet, dan dikawasan enjin."

Ketika ditemubual mereka menambah, kebanyakan lipas akan memburu makanan pada waktu malam namun jika melihat pada siang hari ini bermakna paras infestasi adalah diluar imaginasi.

Dalam tempoh dua tahun yang lalu, kira-kira lima hingga 10 peratus aduan diterima yang melibatkan lipas didalam kereta - The Straits Times

Siakapkeli.my                                                                                                                                       
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 5 ulasan )
  1. F4ns Bett1ng
    B0l4, C4sin0, s4bun9 4yam, T0gel dll.. dp50 wd50

    BalasPadam
  2. Daftar sekarang dan pasang jagoammu (Upd4te Bett1ng)
    minimal depo/wd hanya 50rb

    BalasPadam
  3. Adakah anda dalam masalah kewangan? Adakah anda perlukan a
    pinjaman untuk memulakan perniagaan atau membayar bil anda? Kami
    memberi pinjaman kepada orang yang memerlukan bantuan dan kami memberi pinjaman kepada syarikat tempatan, antarabangsa dan juga pada kadar faedah yang sangat rendah sebanyak 2%.
    Sapukan Sekarang Melalui E-mel: (leonardodorafinance@gmail.com)
    Terima kasih dan Tuhan memberkati

    BalasPadam
  4. agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
    ayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
    pin bbm :2B389877

    BalasPadam
  5. AJOQQ menyediakan permainan poker,domino, bandarq, bandarpoker, aduq, sakong dan capsa :)
    ayo segera bergabung bersama kami dan menangkan uang setiap harinya :)
    AJOQQ juga menyediakan bonus rollingan sebanyak 0.3% dan bonus referal sebanyak 20% :)

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "