Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Kuala Pilah Catat Penurunan Suhu 21 Darjah Celsius, Jabatan Meteorologi Menganalisa Fenomena Monsun Timur Laut

13 Jan 2018
3 ulasan


Jabatan Meteorologi Malaysia semalam telah mengesahkan kawasan di selatan Semenanjung sedang mengalami penurunan suhu serendah 21 darjah Celsius.   Negeri Sembilan merekodkan suhu terendah itu sejak tengah malam sehingga awal pagi.

Menurut Ketua Pengarah Meteorologi, Alui Bahari memaklumkan bahawa ia adalah fenomena biasa ketika musim monsun timur laut.

Tambahnya lagi, penurunan suhu ini turut dirasai beberapa negeri seperti Selangor, Melaka, Pahang dan Johor disebabkan oleh keadaan berawan dan hujan renyai.

"Cuaca mendung, hujan berterusan dan pergerakan tiupan angin sejuk monsun timur Laut merupakan antara faktor cuaca sejuk yang melanda beberapa negeri di Semenanjung sejak semalam.

"Cuaca sejuk ini berlaku terutamanya di kawasan pedalaman dan daratan dengan sejak tengah malam semalam hingga awal pagi ini, stesen meteorologi dari selatan Semenanjung hingga ke Johor mencatatkan suhu 22 darjah Celsius minimum dan maksimum 25 darjah Celsius berbanding suhu biasa 30 hingga 31 darjah Celsius," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

"Kita jangka keadaan akan kembali normal hari ini selepas hujan reda," katanya menambah fenomena itu tidak melanda negeri-negeri di utara Semenanjung. - BERNAMA.

Orang awam boleh mendaftar sebagai RakanMET untuk mengetahui perkembangan cuaca di Malaysia melalui https://rakanmet.met.gov.my

Siakapkeli.my

Sumber: Bernama
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 3 ulasan )
  1. Kalah melulu main di agen lain?
    mari coba disini Upd4te Bett1ng (7ACD8560)

    BalasPadam
  2. Daftar sekarang dan pasang jagoammu (F4ns Bett1ng)
    minimal depo/wd hanya 50rb

    BalasPadam
  3. DEWAPK^^ agen judi terpercaya, ayo segera bergabungan dengan kami
    dicoba keberuntungan kalian bersama kami dengan memenangkan uang jutaan rupiah
    ditunggu apa lagi segera buka link kami ya :) :) :* :*

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "