13 Jan - Pernah dengar tentang Diet Atkins? Diet Atkins adalah sejenis corak pemakanan yang diperkenalkan oleh Dr. Robert C. Atkins bagi membantu seseorang menurunkan berat badan melalui konsep pembakaran karbohidrat dan lemak.
Dengan mengurangkan makanan berkarbohidrat seperti nasi, mi, kentang dan gula badan akan mula membakar lemak sebagai bahan api. Ini bererti berat badan anda akan mula menyusut.
Dr. Atkins mula mengembangkan idea karbohidrat rendah dalam pemakanan semenjak tahun 1970an lagi tapi kurang mendapat sambutan. Pada masa itu, ramai rakyat Amerika telah mengikuti low-fat diet atau diet rendah lemak.
Diet Atkins juga telah lama menapak di Malaysia dan ramai rakyat Malaysia telah berjaya menurunkan berat badan daripada sistem diet tersebut.
Di Malaysia juga telah menubuhkan 'Group Facebook' Diet Atkins Malaysia dan bermula daripada group itu lah Atkins mula tersebar di Malaysia.
Seorang ahli group Diet Atkins Malaysia telah berkongsi di dalam kumpulan tersebut apabila beliau mengambil masa 5 bulan sahaja untuk turunkan berat badan dari 115kg kepada 75kg.
Beliau yang bernama Mazuan Farishman Adam telah berjaya mencapai berat badan impiannya dengan mengamalkan sistem Diet Atkins.
Menurut Mazuan, kehidupannya berubah 360 darjah dan tidak pernah menyangka bahawa beliau mampu untuk mencapai impiannya itu.
"Dulu nak naik tangga pun tak larat, sekarang dah boleh naik gunung," tulisnya.
Beliau juga menjelaskan, bukan mudah untuk menjadi kurus dan sangat mudah untuk menjadi gemuk semula.
"Selagi dalam pemikiran kita gunung itu tinggi untuk didaki selagi itu lah kita tak mampu melakukannya," ujarnya.
Kalah melulu main di agen lain?
BalasPadammari coba disini Upd4te Bett1ng (7ACD8560)
Daftar sekarang dan pasang jagoammu (F4ns Bett1ng)
BalasPadamminimal depo/wd hanya 50rb
DEWAPK^^ agen judi terpercaya, ayo segera bergabungan dengan kami
BalasPadamdicoba keberuntungan kalian bersama kami dengan memenangkan uang jutaan rupiah
ditunggu apa lagi segera buka link kami ya :) :) :* :*