Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Kalau Dada Anak Berombak-Ombak Seperti Dalam Video, Tolong Bawa Anak Ke Hospital Segera - Pakar Kanak-Kanak

31 Jan 2018
No Comment

Ramai anta ibu bapa bila anak kecil demam akan merasa risau, risaunya kerana demam atau sakit lain, tapi ramai tidak tahu anak kecil bila demam atau batuk itu turut merupakan tanda-tanda kepada penyakit lain seperti jangkitan paru-paru.

Sebuah posting yang dimuatnaik oleh Doktor Hairin Anisa Tajuddin yang merupakan pakar kanak-kanak, beliau telah berkongsikan sebuah video bagaimana untuk kenalpasti tanda-tanda anak kecil telah mengalami jangkitan kuman dalam paru-paru.

Jom kita baca.

Photo: thoracickey.com

Assalamualaikum dan selamat pagi semua.

Pagi ni just nak share tentang satu perkara yang parents perlu beri perhatian bila anak dah mula demam & batuk2.

IBUBAPA PERLU KENALPASTI TANDA2 ANAK ADA JANGKITAN KUMAN DALAM PARU-PARU

Sekarang ni ramai pesakit saya yg mengalami jangkitan kuman Virus Influenza A & B, everyday ada beberapa kes. Lebih banyak drpd biasa, sebab itu saya terpaksa screen influenza utk kanak2 yg mengalami DEMAM, BATUK DAN SELESEMA.

Sekiranya negative influenza test, bukan bermakna pesakit tak ada jangkitan kuman, tapi mungkin result *false negative* iaitu dia ada Influenza infection tapi result test tak berapa tepat. Namun, selain virus influenza, ada banyak lagi virus lain yg boleh menyerang kanak2 seperti RSV, Rhinovirus, Parainfluenza...dan lain2 yg boleh menyerang sistem pernafasan drpd hidung hingga paru2.

Kebanyakan jangkitan kuman adalah disebabkan oleh virus (70-80%); selebihnya barulah bakteria.
Jadi perlu diingatkan, bukan semua jangkitan kuman dlm siste pernafasan perlukan antibiotic.

Ingat pesanan saya : Antibiotic hanya jika doktor suspect ada jangkitan BAKTERIA.

Jika virus yang menyerang ; selalunya tubuh kita mampu membunuh virus-virus itu dalam beberapa hari. Ketika tubuh berperang dengan virus, macam-macam simptoms yang virus tu dah timbulkan macam demam (boleh jd rendah or tinggi), batuk-batuk (kering or berkahak), selesema, sakit tekak dan sakit-sakit badan. Namun, selalunya ubat yang spesifik utk membunuh virus tersebut tidak banyak. Yang ada cuma Anti Influenza macam Osetalmivir. Selain daripada itu, seperti Rhinovirus & RSV dan lain-lain, belum ada rawatan khusus.

Photo: howcast.com

Sangat penting untuk parents perhatikan tanda-tanda yang dialami oleh anak-anak. Jika selesema dan batuk-batuk, perhatikan dadanya, jika berombak-ombak macam dalam video di bawah, please jangan tunggu 24 jam, bawalah segera ke hospital / ward Emergency.

Dalam minggu ni ramai sangat patients yg datang dengan masalah bernafas kencang dan kurang level oksigen dalam darah (SpO2 sepatutnya yg normal lebih drpd 95%). Ada yg dah lebih sehari anak bernafas laju tapi tak dibawa ke hospital.

Tanda-tanda dalam video tersebut ialah "Subcostal dan intercostal recession" yang menunjukkan bahawa saluran paru2 anak sempit akibat keradangan yang disebabkan oleh kuman (virus or bacteria). Saluran yg sempit ini menyukarkan paru2 anak utk berfungsi dgn baik untuk menukarkan gas oksigen dan karbon dioksida. Maka, pesakit terpaksa bernafas dgn lebih laju utk menambah kadar pertukaran oksigen sehingga paru2 boleh menjadi penat (respiratory fatigue), dan pesakit akan kekurangan oksigen. Malah, jantungnya akan berdegup kencang drpd biasa utk menyalurkan oksigen yang cukup kpd tubuhnya.

Please, tak kisahlah nak bawak ke mana klinik or hospital yang berdekatan, yang penting jangan tunggu. Jika perlu masuk ward, tinggalkanlah perkara2 lain macam kerja or dll...nyawa anak lebih utama.

Sekian pesanan kasih sayang daripada Dr Anisa..Wassalam.


- Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "