Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Bukan Calang-Calang Proton Wira 'Enjin Standard' Ini, Pernah Diuji Michael Schumacher Dengan Tidak Dirancang, Capai Kelajuan 236km/j

31 Jan 2018
One Comment

Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa kereta Nasional Malaysia telah mendapat pujian ramai orang di luar sana, ada yang kagum dengan pencapaian singkat Proton walaupun masih ada sedikit kekurangan yang menjadi bahan hinaan segelintir rakyat sendiri.

Tahukah anda pernah berlaku satu peristiwa yang tidak disangka pada apabila Pemandu kereta Fomula 1 terkemuka dunia, Michael Schumacher  pernah menguji kehebatan Proton Wira 1.8 DOHC satu ketika dahulu.

Ternyata prestasi kereta 'enjin standard' ini berjaya membuatkan perlumba Formula 1 itu kagum dengannya walaupun sudah berusia 7 tahun ketika itu dan diguna amat lasak dalam sukan Rally, jadi tidak hairanlah sehingga kini masih begitu ramai meminati model Wira 1.8 EXi DOHC ini walaupun pengeluarannya adalah pada tahun 1995 lalu.

Mana tidaknya, sebuah kereta 'nampak biasa' ini mampu mencapai 'top speed' 236km/j ], jom kita baca perkongsian otai Suriya Sankaran yang merupakan bekas pelumba Rally tentang kisah di yang berada di sebelah Michael Schumacher ketika pemandu Formula 1 dengan gelaran 7 kali gelaran juara dunia memandu kereta Proton Wira satu ketika dulu.



“Proton Wira 1.8 DOHC ini yang digunakan untuk perlumbaan Rally of Perlis pada tahun 1997-2000, pernah juga di pandu uji oleh Michael Schumacher dengan secara tidak dirancang, dari hotel Pan Pacific, Sepang menghala ke Cyber Jaya Lodge, setelah tamat Press Conference Malboro dengan pihak media. 

Kelajuan maksimum yang dicapai oleh Michael ialah 236km/j dengan Proton Wira ini. Kenderaan ini adalah standard production, cuma diubah-suai dengan peralatan keselamatan, seperti Roll-cage, sistem brake, suspension dan 4 points safety belt-harness. 

Saya tergamam sambil duduk di kerusi penumpang depan, cuba memerhatikan jalan hala tujuan kami. Kagum dengan ketangkasan Michael Schumacher memahami kebolehan dan juga had limitasi pengawalan kenderaan ini walaupun cuma beberapa minit beliau mula memandunya.



Beliau juga memuji keupayaan kenderaan ini walaupun cuma mempunyai lingkungan 140bhp, mileage yang tinggi dan telah berusia 7 tahun. Ia adalah suatu pengalaman yang manis, bersejarah untuk PROTON serta perbualan mesra dengan bekas juara dunia 7 kali F1, yang akan di ingati sepanjang hayat  ❤️


Update

Kereta wira berkenaan masih  dimiliki oleh Encik Suriya Sankaran, beliau amat menyangi kereta berkenaan, cuma warnanya sudah bertukar kepada putih, apa yang menarik masih ada 'sign autograph' dari di atas langit kereta sebelah driver.


Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 1 ulasan )
  1. AJOQQ menyediakan permainan poker,domino, bandarq, bandarpoker, aduq, sakong dan capsa :)
    ayo segera bergabung bersama kami dan menangkan uang setiap harinya :)
    AJOQQ juga menyediakan bonus rollingan sebanyak 0.3% dan bonus referal sebanyak 20% :)

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "