Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Jerawat Tumbuh 'Meriah' Di Muka? Wanita Kongsi Amalkan Campuran Eskinol Dengan Ubat Anti Bacteria 'Bunuh' Jerawat

10 Jan 2018

Buat golongan remaja, antara perkara yang paling ditakuti bila muka mula timbul jerawat. Malulah, boleh jatuh 'saham' di mata kawan-kawan. Kalau jerawat tu biasa-biasa saja takpalah, tapi kalau besar-besar dan penuh satu muka, memang boleh buat diri rasa down je kan?

Dah macam-macam cara buat tapi jerawat tu taknak hilang? Apa kata anda cuba tips seperti yang dikongsikan oleh Azma Omar ini. Tips pun mudah dan murah, bahan-bahan yang diperlukan memang ada di jual di farmasi. Tak salahkan cuba.

Jom Ikuti perkongsiannya di bawah.

Haaaiiiii..

Hari ni rajin sikit mahu cerita ubat jerawat. Sebulan yang lalu tetiba kulit muka saya breakout, jerawat tidak di undang menyerang.

So, panik melanda hahahahaha. Saya pergi klinik pakar kulit habis RM 1000. Tapi jerawat bukan makin surut tapi makin meriah keluar.

Tiba-tiba teringat zaman sekolah dulu, zaman budak asrama time tu muka penuh jerawat batu, ini la yang saya pakai yang buat kulit saya flawless. Tak percaya boleh tanya geng asrama dulu.

Pertama pi farmasi cari eskinol lemon. Lemon sahaja yang lain tak boleh. Pastu tanya kakak cantik yang jaga farmasi tu minta ubat anti bakteria/ubat jerawat kalau di farmasi lahad datu.


Sampai rumah buka kapsul ubat tu masukkan dalam botol eskinol dan goncang. Saya masukkan 5 biji supaya lagi berkesan konon lah. Pernah sampai 10 biji lagi zaman dulu la.

Kemudian pi duduk depan kipas sambil nyanyi lagu Ziana Zain ambil kapas tonyoh muka sampai kapas tu bersih, selagi berdaki gosok la sampai putih.

Lagi best di mana ada jerawat tu ambil kapas tuang eskinol tekap di jerawat sampai kering, tapi kena tahan pedih beb.

Insya Allah satu malam jerawat kering. Seminggu semua mati. Sebulan kulit licin.





Sumber : Azma Omar

Ini adalah perkongsian peribadi, Siakap Keli tidak bertanggungjawab ke atas sebarang masalah/kompilasi akibat pengamalan tips di atas.
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 2 ulasan )
  1. clindamycin ni kan antibiotik boleh ke beli je dari farmasi? antibiotik biasanya diperskripsikan oleh doktor kerana penyakit tertentu kan

    BalasPadam
  2. Dengan minimal deposit 10.000, kalian bisa mencoba keberuntungannya bersama dengan kami
    segera add pin bb kami D87604A1, ditunggu ya di D3W4PK**

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "